BAB 19 : SUPRISE!!!

5.1K 38 2
                                    



Kapal terbang masih lagi berlegar-legar di udara, menantikan green light dari menara kawalan bagi membolehkan ia mendarat. Tidak sabar rasanya untuk aku bertemu melepas rindu pada suamiku, pada anakku yang sekian lama tak berjumpa. Sengaja aku pulang tanpa memberitahu pada sesiapa pun, aku nak bagi surprise pada keluargaku. Pasti diorang akan terkejut bila aku berada di muka pintu nanti.


Urusan di KLIA terasa menyenangkan, aku bergegas menaiki penerbangan seterusnya ke Pulau Pinang, setelah menunggu hampir dua jam. Sempat aku jamah makanan dan berehat di KLIA sambil menantikan waktu subuh. Penerbangan ke Pulau Pinang mengambil masa kurang dua jam, dan apabila mendarat, aku mendapatkan teksi untuk mmembawaku terus ke Sungai Petani. Harga tidak menjadi soal kerana aku segera ingin pulang. Perjalanan pulang kurasakan amat perlahan, tambahan pula pemandu teksi ni memandu agak perlahan di jalan biasa. Mujur dia menambahkan kelajuan apabila menyusuri lebuhraya. Terlelap aku seketika apabila hanya tersedar apabila teksi melepasi tol Sungai Petani Selatan.


Jam menunjukkan hampir tengah hari, aku yakin suami dan anakku berada di rumah kerana hari ini Sabtu, jika tiada aktiviti kokurikulun. Tak sabar rasanya untukku memeluk suami dan anakku. Kalau mengikut jadual, aku hanya akan pulang lagi tiga bulan, namun pihak majikanku memberikan cuti 10 hari padaku sebagai hadiah atas tugas cemerlangku di sana. Gembira tak terkira saat aku menerima khabar gembira itu, terus aku booking flight ticket ke KLIA dan ke Pulau Pinang. Walaupun penat dan mengalami jet-lag, aku happy, aku seronok sebab dapat meluangkan masa bersama orang yang kusayang kelak.


Setibanya teksi di hadapan rumah, kelihatan kereta suamiku ada, menandakan dia tidak ke mana-mana. Aku turun terlebih dahulu membiarkan barang dalam teksi sebab ingin meminta bantuan suamiku mengangkat barangan tersebut, dan sebetulnya aku ingin surprise kat dia. Dengan menggunakan kunci pendua, aku masuk ke perkarangan rumah, dan apabila aku membuka pintu, kelihatan sepasang kasut wanita di dalam rumah. Hatiku berdebar kerana aku tahu itu bukan kasutku. Aku melangkah perlahan menuju ke tingkat atas, dan sayup kedengaran bunyi suara yang aku pasti, suara dalam kesedapan. Aku dekatkan telinga ke pintu, sah suara seorang perempuan mengerang nikmat bersilih ganti dengan suara desahan suamiku sendiri. Siapakah perempuan itu?


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Aku lemah, niatku nak bagi kejutan, aku yang terkejut. Niatku nak terjah, aku yang tersandar di dinding, pasrah. Aku meninggalkan dua insan yang sedang dalam kenikmatan itu, aku melangkah lemah ke tingkat bawah, terus aku lock kembali pintu lalu menuju ke teksi. Dengan suara yang lemah, aku meminta teksi membawa aku ke bandar. Tujuanku adalah ke hotel bajet untuk aku berehat, tidur dan tenangkan fikiranku.


*************


Terjagaku dari tidur apabila kedengaran riuh rendah bunyi di luar, bunyi motosikal yang menderum mengganggu lenaku. Kulihat jam menunjukkan 3 petang. Aku masih tertanya-tanya, dengan siapakah suamiku bersama tadi. Mungkin Suriani, mungkin Syafikah, atau adakah suamiku ada perempuan lain diluar pengetahuanku. Yang aku tahu, hanya Suriani yang mendapat keizinanku, Syafikah hanya pernah bersama ketika aku pulang sebelum ini, bersama suaminya Faizal. Aku buntu, namun niatku untuk suprise masih boleh dilakukan kerana tiada siapa tahu aku balik kali ini.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 4Where stories live. Discover now