BAB 16 : SUAMI LAKONAN

7.4K 48 1
                                    


Perjalanan ku ke Ipoh hanya mengambil masa dua jam lebih, menyusuri Lebuhraya Utara Selatan, dengan langit cerah, merentasi sawah padi daerah Kerian melewati kawasan berbukit bukau sebelum tiba di Lembah Kinta. Terus aku menuju ke Hotel Syuen, lokasi yang akan diadakan majlis reunion Hawa bersama rakan sekolahnya. Setelah parking di basement, aku call Hawa, dan rupanya dia juga baru je sampai, juga sedang berada di dalam kereta di basement. Kulihat jam menunjukkan jam 2.30 petang, memang tepat pada masanya kerana Hawa memberitahuku yang pendaftaran pukul 3 petang.


"Hai Bang Long" tegur Hawa ketika aku menunggunya di lif, sebab dia kata nak naik sekali denganku.


Terpaku mataku melihat penampilan Hawa petang itu, sungguh lain dari biasa. Dia mengenakan baju kebaya moden yang agak ketat, sendat mengikut bentuk badannya. Menampakkan keanggunan dan keayuannya, siapa sangka orang yang pernah ku bersihkan hingusnya, yang pernah aku dukung sewaktu kecil, kini menjadi seorang perempuan jelita yang mempunyai tubuh yang menggiurkan. Pinggang ramping, kecil, dengan berpakaian begitu, bisa memukau mata setiap mata yang memandang.


"Sorry lambat sikit, Hawa touch up sikit tadi" sambungnya lagi, terus dia bersalaman mencium tanganku.


"Fuhh, lawa giler Hawa hari ni, tergoda abang tengok" pujiku melihatnya atas bawah. "Tak sangka la abang"


"Hehehe, sengaja Hawa pakai macam ni sebab Hawa tau sangat kawan-kawan Hawa tu, diorang lagi daring, lagi seksi Bang Long. Nanti abang tengok la" ujar Hawa lagi. "Bang Long pun apa kurangnya, segak hari ni" pujinya pula.

 "Bang Long pun apa kurangnya, segak hari ni" pujinya pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hawa



Aku mengenakan baju T tanpa kolar, kemudian aku pakai blazer hitam, berseluar jeans. Simpel je, sebab aku tak tau nak pakai macam mana. Nasib baik Hawa kata OK, kalau tak, jenuh juga aku nak salin baju lain. Memang aku ada bawa baju spare kalau-kalau Hawa tak setuju dengan pakaianku ini.


"Bang Long, jangan lupa tau, Bang Long kena berlakon jadi suami Hawa, kita kena buat-buat mesra macam orang baru kawen tau" sekali lagi Hawa ingatkan aku setelah berkali-kali dia wassap memberitahu perkara yang sama.


"Ye Hawa, abang tau,jangan risau. Hari ni kita jadi suami isteri tak rasmi. Hehehe..." aku ketawa kecil mencubit pipinya sedikit.


"Jom Bang Long, eh...jom darling...Hehehe..nak kena panggil darling la lepas ni, Bang Long panggil Hawa 'baby' tau" pinta Hawa

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 4Where stories live. Discover now