HS | 02

202 15 0
                                    

𓍢ִ໋🌷͙֒

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𓍢ִ໋🌷͙֒

"ORANG gila?"

Terjungkit kening lelaki itu. Naura angguk laju. Topi keledar dibetulkan sedikit sebelum bersuara,

"Orang gila je lalu jalan motorsikal lepas tu play victim!"

Makin tinggi kening lelaki itu apabila mendengar kata-kata Naura. Tali leher dilonggarkan sedikit sebelum dia berdecit perlahan.

"How ridiculous! Cik Tak Cukup Zat, awak yang menonong keluar tanpa tengok belakang lepas tu awak nak salahkan saya pula?"

Lelaki itu menyilang tangan sambil memandang Naura. Naura menjulingkan biji mata, menyampah dengan lelaki di hadapannya ini.

"Ikut sukahati awak lah! Saya tak nak bayar saman awak tu! Tak nak!" Bentak Naura sebelum kembali kearah motornya. Lelaki itu berdecit tidak percaya.

"Kalau tak nak bayar juga, kita pergi balai."

Terbeliak biji mata Naura. Terus gadis itu menoleh memandang belakang.

"Main kasar nampak!"

Lelaki itu hanya diam dengan senyuman sinis. "Betul nak call polis ni? Bayar jaminan pun tinggi tahu-"

"Eee yelah! Saya bayar! Berapa awak nak?" Soal Naura dengan nada kegeraman. Terus tersenyum si lelaki di buatnya.

"Tak banyak, dalam Rm20 ribu macam tu?"

Hampir terkeluar jantung Naura mendengar amaun yang harus dibayar.

"20 ribu?! Mana saya nak cekup duit banyak tu? Air tealive rm8 tu pun saya tak mampu beli sebab nak berjimat punya pasal!"

Bebel Naura dengan nada tidak puas hati. Lelaki itu menjungkit bahu. Rambut dibetulkan sebelum memandang Naura.

"Whatever the cost is Miss Shortie. Nah nombor saya," Kata lelaki itu sebelum menghulurkan sekeping kad hitam kepada Naura.

Naura cebik sebelum mengambil huluran lelaki tersebut. Terus dibaca isi kad itu. Hampir terkeluar biji mata Naura.

"Umar Al-Huq tu awak?! Star Prince Company tu awak punya?!" Naura memandang lelaki bernama Umar itu dengan reaksi terkejut.

Umar mengangguk. "Kenapa? Awak kenal saya ke sebelum ni?"

Naura angguk laju. "Syarikat awak ni yang selalu masuk berita, SP SP tu. Awak punya kan?"

Umar senyum, "Cepatnya awak teka. Ya, SP tu syarikat saya. Cuma saya tak suka orang tahu siapa saya je. Cukuplah nama pendek, yang tahu je tahu,"

Naura meng'oh'kan kata-kata Umar. Dia terdiam sekejap sebelum memandang Umar kembali.

"Pasal ganti rugi tu, awak ada bagi tarikh luput ke?" Soal Naura takut-takut.

Umar memandang Naura, "Tak ada. Nak bayar ansur pun boleh,"

Naura melepaskan keluhan lega, "Okay tapi boleh tak-"

"Boleh, awak bayar Rm2000 je. Boleh tak?"

Naura ketap bibir. Macam mana Umar tahu niat dia ingin meminta Umar mengurangkan amaun ganti rugi? Hairan.

Naura lantas angguk. Rm2000 tu kira sikit dah Naura! Sebelum dia bagi lagi tinggi, baik setuju je!

"Okay deal. Macam mana nak bayar? Jumpa awak depan-depan ke?"

Umar mengangguk. "Jumpa saya kat syarikat saya setiap kali awak nak bayar. Atau awak tak boleh datang bagitahu saya. Boleh saya tahu nama awak?"

Naura sengih sebelum mengangguk. "Naura Adelia. Tapi okay, kira selesai lah kan? Jumpa bila jumpa Umar!"

Naura segera berlari kearah skuternya. Motor di tolak perlahan. Naura tersengih kearah Umar sambil menolak motor untuk keluar.

"Assalamualaikum, bye Umar!" Naura berkata sebelum meninggalkan kawasan parkir itu.

Umar hanya senyum, "Waalaikumussalam, Adelia."

"Tuan, betul ke tu dia tuan? Kenapa dia macam tak ingat tuan?"

Muncul seorang lelaki di belakang Umar. Berpakaian sama seperti Umar cumanya pakaiannya berwarna coklat gelap.

"I thought the same too Khalif. Entah lah, mesti ada benda yang terjadi. Kita kena tanya mak dia nanti,"

Ujar Umar sambil memandang Naura yang sudah beransur hilang setelah keluar dari kawasan tempat letak kenderaan.

"Mak ayah dia tak buat apa-apa kat di-"

Khalif diam apabila Umar menjelingnya tajam.

"Maaf Tuan," Balas Khalif sambil menundukkan sedikit kepalanya.

Umar melepaskan keluhan perlahan. "Mesti ada something happened waktu aku tak dapat contact mak ayah dia."

Umar terus masuk ke dalam kereta diikuti Khalif yang duduk di tempat penumpang memandangkan Umar sendiri mahu pandu keretanya.

"Tuan nak saya buat apa?" Soal Khalif menoleh kearah Umar yang sudah mula memandu.

"Cari nombor telefon mak ayah dia yang terkini. Lepas tu cari semua tempat yang mak ayah dia pergi sebelum aku balik Malaysia."

Arah Umar. Wajahnya sedikit tegang. Khalif mengangguk laju sebelum melakukan kerjanya melalui tablet kecil di tangan.

𓍢ִ໋🌷͙֒

H | His SoulmateWhere stories live. Discover now