HS | 05

134 14 0
                                    

𓍢ִ໋🌷͙֒

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𓍢ִ໋🌷͙֒

BAHU Naura ditepuk lembut. Berkerut dahi Naura mendengar satu suara lembut menyapa gegendang telinganya.

"Nak.."

Naura membuka matanya perlahan, muncul wajah seorang wanita separa umur. Tak tinggal juga lelaki yang menumpangnya tadi.

Naura seperti mengecam wajah wanita di hadapannya ini.

"Makcik?" Naura soal dengan nada terkejut. Wanita ini yang menegurnya tempoh hari di perpustakaan kerana berbuat bising.

"Tak sangka kita berjumpa, ya?" Wanita itu berkata dengan nada yang sama seperti tempoh hari.

Naura sengih sebelum mengangguk. "Minta maaf sebab tertidur. Makcik ni isteri pakcik ke?" Soal Naura sambil keluar. Bagasinya telah dibawa masuk oleh Adam.

"Tak perlu nak makcik sangat, panggil nenda cukuplah. Tu lebih selesa," Ujar Puan Sri Mariam. Tan Sri Haled mengangguk.

"Betul tu, anggap je kami ni keluarga kamu. Nama kamu siapa? Lupa pula nak menanya, maklumlah kamu nampak penat tadi,"

Ujar Tan Sri Haled. Naura sengih menampakkan giginya, "Naura, Naura Adelia."

Puan Sri Mariam dan Tan Sri Haled memandang sesama sendiri, menyembunyikan senyuman masing-masing.

Puan Sri Mariam memeluk lengan Naura. "Nenda gembira jumpa Naura, jom masuk. Naura mesti penatkan?"

"Tapi pakcik-"

"Tok ayah kamu tu biarkan saja. Ada hal mustahak 24 jam! Dah tua bangka asyik nak bekerja! Dua kali lima dengan cucu kesayangan dia tu! Dah jom masuk," Potong Puan Sri Mariam sambil melirik kearah Tan Sri Haled yang sudah terkebil-kebil.

Tan Sri Haled memandang Adam di sebelah, lelaki itu sedaya upaya menahan ketawa. Tan Sri Haled senyum sebelum menepuk bahu Adam perlahan dan masuk ke dalam rumah agam.

𓍢ִ໋🌷͙֒

TERGAMAM Naura melihat bilik yang diberikan oleh Puan Sri Mariam. Naura memandang wanita itu tidak percaya.

"Besar sangat ni nenda.. Naura seganlah.." Kata Naura dengan nada serba salah.

Puan Sri Mariam menampar lembut bahu Naura, "Tidur aje. Bilik ni memang kosong. Nenda tak ada anak cucu perempuan, jadi bilik ni memang untuk kamu,"

Naura menelan air liur payah. Biliknya ini lebih besar dari rumah lamanya. Katil bersaiz king berwarna coklat pastel. Semuanya pastel. Sangat perfek.

Puan Sri Mariam tersenyum melihat reaksi Naura meneliti bilik itu. Kepala Naura yang berlapikkan tudung diusap,

"Rehatlah. Kamu nampak penat sangat. Kalau kamu perlukan apa-apa, pergi bilik hujung tu. Okay?"

Naura memandang Puan Sri Mariam. Lantas gadis itu memeluk Puan Sri Mariam erat membuatkan wanita separa abad itu terpampang.

"Terima kasih nenda. Naura tak tahu nak balas jasa nenda dengan tok ayah macam mana. Bagi Naura, ni lebih dari cukup," Kata Naura. Tak pasal-pasal dia menangis lagi.

Puan Sri Mariam senyum lembut sambil mengusap tubuh belakang Naura. "Sama-sama Naura. Naura duduk dengan selamat sekarang pun dah satu kelegaan bagi nenda dan tok ayah,"

Balas Puan Sri Mariam, dia meleraikan pelukan sebelum melihat Naura. Tertawa lembut wanita itu sebelum mengelap air mata Naura.

"Bersihkan diri kamu, lepas tu tidur. Jangan fikir banyak, tahu?"

Pesan Puan Sri Mariam. Naura angguk. Puan Sri Mariam meminta diri untuk keluar.

Naura memerhatikan sekeliling. Dia tersenyum sambil mengalirkan air mata.

"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah permudahkan urusan ku dengan insan-insan yang baik,"

Puan Sri Mariam turun dari anak tangga, terhenti apabila melihat satu sosok tubuh yang sedang memerhatikan gambar-gambar yang berada di dalam almari berkunci itu.

Hanya Puan Sri Mariam, Tan Sri Haled dan lelaki itu sahaja mempunyai kunci almari berkunci itu.

"Umar,"

Umar meletakkan semula bingkai-bingkai gambar itu ke dalam almari tadi sebelum menguncikannya.

Umar menoleh sebelum dia tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit.

"Nenda," Umar terus memeluk wanita itu erat. Puan Sri Mariam mengusap lembut tubuh cucu tunggalnya itu.

"Macam peluk pengantin baru pula. Tadi peluk pengantin perempuan, sekarang pengantin lelaki," Sakat Puan Sri Mariam.

Terus memerah muka Umar menahan senyum.

"Dia dah tidur?" Bisik Umar perlahan tidak mahu menganggu sesiapa di dalam rumah agam.

Puan Sri Mariam mengangguk. "Rasanya dah. Macam mana kamu tahu Naura ada kat sini?"

Umar menjuih bibir kearah Tan Sri Haled yang sedang minum kopi di meja dapur. Puan Sri Mariam lantas menoleh.

"Ha minum kopi! Minum kopi! Malam komplain kat saya sakit dada lah, sesak nafaslah tapi minum kopi! Ish, orang tua ni memang degil!"

Hampir tersembur kopi yang diminum Tan Sri Haled apabila dijerkah Puan Sri Mariam.

Manakala Umar mengetap bibir menahan ketawa. "Yam, saya ketagih kat kopi macam ketagih cinta awak tahu?" Ujar Tan Sri Haled.

Puan Sri Mariam berdecit sebelum menyilang tangannya memandang Tan Sri Haled.

"Tak jalan dah kata-kata tu kat saya! Dah pergi tidur, saya nak bincang sesuatu dengan cucu saya ni,"

Halau Puan Sri Mariam. Tan Sri Haled mencebik. "Cucu awak, cucu saya juga,"

Kata Tan Sri Haled sambil memasuki lif ke biliknya dengan nada lemah.

Puan Sri Mariam menghantar pemergian Tan Sri Haled dengan pandangan sambil geleng kepala.

Umar ketawa perlahan, ada-ada saja atuk dan neneknya ini.

"Jadi, kenapa Umar datang ni?" Soal Puan Sri Mariam sambil menjamah kuih bahulu di meja ruang tamu.

Umar mengeluar satu surat. Puan Sri Mariam memandang surat tersebut.

"Isteri kedua papa, dah balik. Nenda tahu kan?"

Puan Sri Mariam mengangguk sebelum membaca isi surat tersebut. Hampir luluh jantung wanita itu.

Surat tadi disimpan sebelum Puan Sri Mariam mengenggam tangan Umar erat.

"Kita tak boleh biarkan kejadian 2 tahun lepas terjadi balik, Umar." Ujar Puan Sri Mariam tegas tetapi berbaur kerisauan.

Umar mengangguk, "Sebab tu Umar datang nenda,"

Puan Sri Mariam memandang cucunya, menunggu kata-kata jejaka itu.

"Umar nak tinggal sini. Jaga Naura."

𓍢ִ໋🌷͙֒

H | His SoulmateWhere stories live. Discover now