HS | 03

147 12 0
                                    

𓍢ִ໋🌷͙֒

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𓍢ִ໋🌷͙֒

NAURA mendongak melihat bangunan yang mencucuk langit itu. Tak sangka Umar ini sesungguhnya sangat-sangatlah kaya.

"Call tak angkat pula si Umar ni," Omel Naura sambil memandang telefon bimbitnya. Niatnya ingin membayar rm200 dulu memandang dia baru terima gaji.

Naura membuat keputusan untuk redah saja masuk ke dalam bangunan megah itu.

Dia berjalan ke kaunter pertanyaan, kelihatan seorang wanita bertudung pastel bersama pakaian kerjanya.

"Ya Cik, boleh saya bantu?" Wanita itu menyoal dengan penuh santun.

Naura sengih sebelum memberi sekeping kad, kad milik Umar yang eksklusif untuk orang tertentu sahaja.

"Nak jumpa bos bangunan ni boleh?" Soal Naura. Sengihan lebar diberi. Wanita itu sedikit terpampan melihat kad yang limited edition itu.

Wanita bertudung pastel itu memandang Naura dengan musykil, "Mana Cik dapat kad ni? Cik curi eh?"

Terus pudar senyuman Naura, "Agak-agak lah nak menuduh pun,"

Wanita itu tersenyum sikit sebelum menekan butang telefon pejabat.

Naura meletakkan kedua tangannya diatas meja kaunter sambil menunggu.

"Hello sekuriti, ada pencuri yang menyamar nak jumpa dengan Tuan, ya dekat tingkat G. Datang cepat ya,"

Naura memandang wajah pekerja itu dengan riak tidak puas hati. "Kau apahal ni? Ingat aku ada masa ke nak menipu benda-benda macam ni?"

Soal Naura kasar. Wanita itu memandangnya dengan sedikit takut.

"Awak memang pencuri. Tak mungkin perempuan selekeh macam awak ni ada kad Tuan Umar. Saya pun tak dapat, takkan lah awak dapat,"

Wanita itu berkata takut-takut. Naura rengus kasar sebelum menghentak meja kaunter itu dengan kuat.

"Kalau aku mencuri, tak ada maknanya aku terhegeh-hegeh nak datang sini semata-mata nak bagi kad ni balik. Kau ni kerja tempat megah otak cetek eh?" Kata Naura dengan nada kegeraman.

Pandangan orang letak tepi, perempuan di hadapannya ini yang acah terpaling pekerja mithali ini harus di bahasakan.

Baru sahaja Naura hendak beredar, Dua sekuriti memegang lengannya.

"Eh? Apa pegang-pegang ni? Tak tahu halal haram ke?!" Marah Naura. Apabila dirinya meronta untuk dilepaskan, bukannya dua lelaki itu melepaskannya pun.

H | His SoulmateWhere stories live. Discover now