HS | 10

183 14 3
                                    

𓍢ִ໋🌷͙֒

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𓍢ִ໋🌷͙֒

"NAH, rm100."

"Rm200."

"Rm400"

"Rm400"

Setiap bulan Naura membayar hutangnya pada Umar. Setiap kali dia ada duit, dia letak di depan bilik Umar ketika dia di tempat kerja.

"Fuh lagi rm700 je aku hutang dia! Tak sia-sia dulu ikat perut!" Sengih Naura sambil baring di atas katil. Hari ini dia tak bekerja jadi bolehlah rehat sekejap.

Tiba-tiba Naura terdengar bunyi pertengkaran di tingkat bawah. Bunyi macam Puan Sri Mariam sungguh marah.

Naura segera keluar lalu dengar dari atas pergaduhan mereka.

"Umar takkan bagi harta dia dekat kau, apa yang kau degil sangat ni hah perampas!" Tengking Puan Sri Mariam. Wajah wanita itu sungguh bengis sekali.

Beza dengan Puan Sri Mariam yang sering bertutur lembut dan sentiasa senyum padanya.

"Aku isteri dia lah! Aku berhak juga!"

Tengking Tiara. Puan Sri Mariam berdecit. "Isteri? Kau kahwin dengan arwah anak aku pun sebab kau perangkap dia! Waktu arwah isteri dia sakit dan anak dia masih belajar, lepas tu kau nampak dia tulis wasiat terus kau ingat wasiat tu untuk kau sebab tu kau bunuh dia!"

Terdiam Naura mendengar pertengkaran mereka dari atas. Tiara tersenyum sinis sebelum menolak bahu Puan Sri Mariam berkali-kali.

"Kau tu, dah tua pun masih menyibuk hal aku ya? Kau nak jadi mangsa seterus macam anak kau juga ke hah?!" Teriak Tiara.

Puan Sri Mariam berdecit, "Macam boleh sahaja kau ya? Bukan kau dah jadi fakir miskin ke? Pakai pun pakaian yang sama saja. Bodoh."

Puan Sri Mariam senyum sinis yang sangat sinis membuat Tiara terpaku.

"Kau-"

Baru sahaja Tiara hendak menampar Puan Sri Mariam, Naura segera menolak Tiara menjauhi Tiara.

Terkejut Puan Sri Mariam melihat Naura berdiri di hadapannya untuk melindungi.

"Blah lah perempuan gila." Halau Naura kasar. Tiara terdiam melihat Naura. Naura menampak selangkah.

"Pandang apa kau? Nak kena lempang sampai gigi berterabur ke? Blah lah!" Suara Naura bergema kuat.

H | His SoulmateWhere stories live. Discover now