Ramadan Hampir Tiba

2.9K 115 42
                                    

"Mummy.. Mummy.. Mummyyy.."

Aku menoleh ke arah suara kecil yang memanggil aku dari arah belakang. Aku berikan senyuman manis kepadanya.

"Iya Hannah. Kenapa tu?" Tanyaku.

"Mummy.. Biya abang py nyak bayek school? Nana nyindu diya yah. (Bila abang Haffy nak balik school? Hannah rindu dia lah)." Hannah berkata. Aku tersenyum. Sayang sangat dengan Abang Haffy dia tu. Aku menuju ke arah Hannah yang sedang duduk di sofa empuk itu.

"Sabarlah Hannah. Abang Haffy sekejap lagi balik. Daddy tengah ambil Abang Haffy lah tu." Ujarku. Hannah muncung. Aku senyum sambil membetulkan rambut tocangnya yang sedikit serabai itu. Hannah memainkan teddy bearnya dengan bibirnya yang muncung. Aku ketawa.

"Amboi... Panjangnya muncung tu. Nak kena cubit ke?" Tanyaku. Hannah menoleh. Dia mendengus.

"Tenapa nyak bit Nana puyak? (Kenapa nak cubit Hannah pula)?" Tanyanya.

"Yelah. Bukan main panjang lagi dia punya muncung." Kataku sambil mencuit bibirnya.

"Mummy.." Hannah memanggil lagi.

"Yes, sayang?"

"Abang py cayang Nana cak? (Abang Haffy sayang Hannah tak?)" Tanya Hannah.

"Kenapa Hannah tanya mummy macam tu? Mestilah Abang Haffy sayang Hannah. Kan abang Haffy selalu teman Hannah tidur, teman Hannah makan. Kan?" Tanyaku. Risau pula Hannah. Tiba-tiba sahaja bertanya begitu.

"Cak ada yah.. Nana naye je. (Tak adalah. Hannah tanya je.)" Hannah menjawab selamba. Ish budak bertuah ni. Suka buat Mummy dia susah hati.

Tin! Tin!

"Haaaaaa!!! Abang Py bayek. Abang Py Bayek.. Yeay yey!" Hannah terjun dari sofa lembut itu. Aih lah budak ni. Tak tahu ke dia tu perempuan? Sabar jelah.

"Assalammualaikum." Dengar suara Haffy memberi salam.

"Abang Py !!!!!!!!!" Hannah berlari sambil mendepakan tangannya. Haffy tersenyum sebelum dia menyambut pelukan Hannah. Dipeluk erat adiknya itu dengan penuh kasih sayang.

"Sayang adik abang." Haffy berkata.

"Nana pun cayang Abang Py. (Hannah pun sayang Abang Haffy)" Hannah menjawab. Aku gelengkan kepala aku.

"Ehem-Ehem." Aku berdehem. Haffy senyum. Dia mendongak menatap aku.

"Mummy.." Haffy mendekati aku dan memeluk pinggang aku. Tinggi sudah budak bujang seorang ni. Hawa memeluk erat kepala Haffy.

"How was your day?" Tanyaku.

"Alhamdulilah. Okey je." Jawab Haffy. Aku senyum.

"Dah, pergi bersihkan badan Haffy dulu lepastu jom turun makan sama-sama. Mummy masakkan Nasi Ayam untuk Haffy. Special. Ayam Upin Ipin." Kata Hawa.

"Yeayyy." Haffy teruja. Aku senyum sebelum aku mencium dahi Haffy. Haffy berlari menuju ke arah tangga.

"Thank you mummy." Haffy berkata sambil dia melangkah naik tangga. Aku gelengkan kepala aku sambil tersenyum. Aku menoleh ke arah Hannah. Amboi! Muncung bukan main. Dengan gaya memeluk tubuh itu.

"Aik, kenapa pula tu?" Tanyaku.

"Tenapa mummy hug abang py? (Kenapa mummy hug Abang Haffy?)" Jawabnya.

"Lah, dah Abang Haffy tu anak mummy. Memanglah mummy peluk." Kataku. Hannah merajuk. Tak boleh betul kalau mummy dia peluk Abang Haffy dia. Aku mencubit pipinya sebelum Hannah melangkah ke sofa semula. Dia kemudiannya menangis. Dia menyembunyikan wajahnnya di lengannya. Haihhhhh!!!

TWILY PUASA & RAYAWhere stories live. Discover now