"Ya Allah dua beranak ni? Boleh pula dua-dua ternganga tidur siang-siang hari ni?" Aku bersuara sambil mencekak pinggang. Ayden dan Haffy dua-dua duduk dengan tegak. Terkejut agaknya tiba-tiba muncul satu suara bisikkan.
"Eh, Prin..Princess." Ayden gagap dengan mata mamainya. Aku gelengkan kepala aku.
"Kita nilah punyalah susah payah turunkan barang-barang dari kereta, baru balik dari pasar. Boleh pula abang tidur lena? Amboi-amboi, macam dia seorang yang puasa." Aku membebel sambil menarik telinga Ayden.
"Aww.. Aww, Princess. Aww." Ayden mengaduh. Haffy yang melihat daddynya dipiat telinga itu dengan segera turun dari katil. Dia mengemas katil itu sebelum dia berlari keluar.
"Haa, nak pergi mana?" Tanyaku kepada Haffy.
"Haf.. Haffy nak pergi mandi. Bye." Haffy berkata dengan cuak. Dia terus berlari keluar dari bilik tidur itu. Meninggalkan daddynya. Aku menatap Ayden.
"Anak dengan daddy sama je. Eee, geram." Aku menambah. Ayden menggaru kepalanya sebelum dia menatap aku.
"Princess, kenapa marah-marah ni? Tak baik marah-marah bulan puasa. Nanti hilang pahala berpuasa." Ayden menasihati aku. Aku mencebik.
"Awak mengandung ke? Emosi semacam je?" Tanya Ayden. Aku ternganga. Aku mengambil bantal guling di sebelah Ayden itu dan aku memukul perlahan belakang badannya. Ayden mengaduh sebelum dia tertawa. Dia menatap aku dengan sengihan dia. Eeee!! Geram betullah. Ayden mengambil bantal guling itu sebelum dia menarik tangan aku. Dia membaringkan aku di atas tilam itu.
"Dah, dah. Pergi sambung berehat. Jangan emosi. Tak baik untuk baby." Ayden berkata. Mata aku bulat.
"Abang!! Mana ada saya pregnant. Ishhh!!" Mengeluh aku dibuatnya. Ayden tersenyum.
"Tahu. Tapi Princess tu, emosi sangat." Kata Ayden. Aku menjeling.
"Eee dahlah! Pergilah mandi. Haih, apalah abang ni. Bukan abang seorang je yang puasa. Saya pun puasa juga. Tapi abang langsung tak tolong saya dengan Mama." Aku mengadu.
"Yelah, yelah. Abang minta maaf ya sebab tak tolong princess. Okey. Abang terlajak tidur. I'm sorry okay." Ayden memujuk. Aku duduk dan menatap Ayden. Ayden mengedipkan matanya sambil mencuit pipi aku. Aku menepis tapi ligat tangannya mengusik pipi aku.
"Ishh dahlah." Kataku sambil tertawa.
"I'm sorry okay." Ayden masih cuba memujuk.
"Herm!"
"Herm je? Okey abang tahu. Petang nanti kita pergi bazar. Nak?" Tanya Ayden. Terus tegak badan aku. Bazar? Fuh. Benda yang paling aku gemar sekali setiap kali bulan puasa. Murtabak Ayam Cheese tarik. Fuh. Air Asam Boi. Popia Basah. Argh sedapnya.
"Abang baru cakap pasal bazar dah terliur." Ayden bersuara tiba-tiba. Aku mencebik.
"Bisinglah. Sibuk je." Aku berkata. Aku kemudiannya menuruni katil itu.
"Pergilah mandi. Solat Zuhur jangan lupa. Sabar jelah." Kataku.
"Jom."
"Heh! Abang! Tengah puasa ni." Aku berkata dengan cuak.
"Astagfirullahalazim. Abang tak ajak awak buat benda yang bukan-bukan, abang ajak awak solat jemaah sama-sama dengan abang. Ya Allah." Ayden mengeluh. Aku tersengih sambil menggaru kepala aku.
"Oh yeke?" Tanpa rasa bersalah aku bersuara. Ayden tersenyum. Ayden menolak duvet hitam itu dan terus bangun dari katil. Aku menatap Ayden. Ayden sedang mengeliat di hadapan aku tanpa rasa segan dan silu. Sudahlah pakai seluar tidur sahaja. Eeee!!
![](https://img.wattpad.com/cover/357862935-288-k369625.jpg)
YOU ARE READING
TWILY PUASA & RAYA
HumorWell, Tahun Lepas Family Along Harash, then this year.. Family Along Ayden pula ya. Hehehehe jom baca macam mana kecohnya hari mereka lebih-lebih lagi dengan kehadiran Hannah di dalam kehidupan Ayden, Hawa dan Haffy ❤️ Selamat membaca dan salam Rama...