Setelah berbuka puasa, aku melihat Ayrin terburu-buru berlari ke ruang tamu. Pelik juga aku. Ditariknya Haffy sekali. Aku membuntuti mereka. Aku melihat Ayrin mengambil sebungkus plastik merah bersaiz besar dan diletakkan di atas meja di ruang tamu itu.
"Haffy... Usu... Ada bunga apiiii." Ayrin berkata sambil mengeluarkan sekotak bunga api dari plastik merah itu.
"Uwaaa... Usu.... Nak.. Haffy nak main bunga api.. Haffy nak main bunga api." Kata Haffy teruja. Ayrin tersenyum. Dia kemudiannya menghulurkan kotak bunga api itu kepada Haffy. Haffy membelek. Teruja sungguh. Aku tersenyum. Aku melihat plastik itu. Mak aih? Dia borong semua bunga api dengan mercun ke?
"Banyak betul bunga api ni Yin. Yin borong semua ke?" Tanyaku. Ayrin senyum.
"Bukan.. Ada orang belikan."
"Siapa?" Ayrin tersenyum malu.
"Buah hatilah tu." Kataku. Ayrin tersenyum. Lupa pula yang si Ayrin dah tak single. Aku kemudiannya tersenyum sebelum aku menaikkan mataku ke atas seolah-olah membuat muka menyampah. Ayrin tertawa.
Aku kemudiannya mengajak Hannah dan Haffy untuk ke halaman rumah Mama dan Abah. Aku melihat Ayden bersama Abah. Mereka sedang menghidupkan pelita di kawasan padang mini itu. Disebabkan terlalu besar, hanya di kawasan padang mini itu sahaja dicacakkan batang buluh pelita.
Aku dan Ayrin menghulurkan beberapa batang bunga api kepada Haffy. Hannah ingin memegang satu. Aku hulurkan sebelum dia teruja berlari mengejar Haffy.
"Kak, nah mercun naga." Ayrin menghulur. Aku senyum dan mengambil dari tangannya. Aku melihat Ayden bersendirian menghidupkan pelita di hujung padang mini itu. Abah pula melayan cucu-cucunya. Aku mendekati Ayden. Khusyuk dia hidupkan pelita dengan mancis. Aku mengambil satu biji mercun naga dan perlahan-lahan membakar hujung sumbu mercun naga itu. Aku campak ke arah Ayden. Aku tertawa.
Prtt prtt pap pap..
"Oii Mak kau kepala senget!!! Hesy!!! Princess!!!" Ayden terloncat dan termelatah. Boleh tahan kuat melatah juga ya laki aku ni. Ayden mendekati aku dan menarik telinga aku. Aku meringis sambil tertawa.
"Nasib baik tak tercabut kain pelekat abang ni. Kalau tercabut?" Tanyanya. Aku tersengih. Aku membakar lagi mercun itu dan mencampak ke arah Ayden. Ayden mengelak sebelum dia menarik tanganku. Mercun itu meletup. Aku ketawa sebelum Ayden memeluk aku dari belakang. Dia ingin mengambil bungkusan mercun itu dari tangan aku. Aku ketawa sambil berusaha menyembunyikan mercun itu darinya.
"Oohh... Dia nak lawan abang ya?" Ayden berkata. Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari kocek baju melayunya itu. Aku melihat mercun bola. Aku bulatkan mataku.
"Ee abang!! Mercun ni bahayalah.. Jangan bakar mercun ni!!" Perintahku. Ayden memegang tubuhku dengan kuat dan dia membakar sumbu mercun bola itu. Dia mencampak jauh. Aku menutup telinga aku dan
Boommmm!!
"Aaaaaa!!!! Tuatnyaaaaaaa. Nana tacoooddd yaaaa (Kuatnya!! Hannah takutlah)." Hannah menjerit sebelum dia menarik baju Abah. Menyuruh abah mendukungnya. Aku menatap Ayden sebelum aku memusingkan tubuhku menoleh ke arahnya. Aku memukul bahunya kuat.
"Aduh!!"
"Kita ni bagi dia mercun yang slow-slow je! Dia boleh pula lawan dengan mercun bola!" Marahku. Ayden reda ketika telinganya ditarik. Aku menarik telinga Ayden dan membawa ke arah Mama. Ayrin ketawa melihat telinga abangnya ditarik.
"Tarik je lagi Hawa. Puas hati Mama. Dah cakap dah jangan beli mercun bola. Dia beli juga." Kata Mama. Ayden muncung keran ketiga-tiga wanita dihadapannya itu memarahinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/357862935-288-k369625.jpg)
YOU ARE READING
TWILY PUASA & RAYA
HumorWell, Tahun Lepas Family Along Harash, then this year.. Family Along Ayden pula ya. Hehehehe jom baca macam mana kecohnya hari mereka lebih-lebih lagi dengan kehadiran Hannah di dalam kehidupan Ayden, Hawa dan Haffy ❤️ Selamat membaca dan salam Rama...