"Mummy.. Another parcel for you."
Aku tersenyum ketika mendengar Haffy berkata sambil menghulurkan bungkusan kotak penghantaran ke arah aku. Aku mengambilnya dan senyum.
"Thank you." Aku berkata. Haffy senyum.
"What?" Tanyaku sambil tersenyum.
"Bukalah. Haffy nak tengok Mummy beli apa." Kata Haffy. Aku tertawa. Aku kemudiannya duduk di sofa ruang tamu itu bersama Haffy. Aku membaca maklumat di bahagian maklumat penghantar dan penerima. Nama, adalah nama aku dan alamat rumah Ayden. Penghantar, TS Hijab Boutiqe. Yes... Butik Kak Namia. Baju raya yang aku tempah sudah sampai.
Aku membuka bungkusan kotak yang agak besar itu. Aku dan Haffy sama-sama ternganga.
"Wow Mummy. Banyaknya kotak-kotak." Haffy berkata. Aku tersenyum. Aku keluarkan satu bungkusan kotak yang berisi baju melayu itu. Saiz baju itu aku lihat. Saiz L untuk kanak-kanak.
"Ha, ini baju Haffy." Kataku. Haffy teruja. Aku buka kotak itu dan keluarkan baju melayu yang terlipat kemas di dalam kotak itu. Baju melayu bercekak musang dan slim fit. Aku menyuruh Haffy untuk berdiri dan mencuba baju melayu itu. Haffy menurut. Dia membuka bajunya dan menyarungkan baju melayu itu di hadapan aku. Aku melihat ukuran baju itu di tubuh Haffy.
"Wah, cantiknya Haffy pakai. Handsome. Haffy pulak tinggi, jadi macam orang dewasa dah." Kataku. Haffy tersenyum malu. Aku melihat kain samping yang turut disertakan di dalam kotak itu. Aku mengangguk.
"Yeay, baju Haffy dah settle. Kalau baju yang ni okey, maksudnya baju lagi satu pun okey juga." Kataku sambil tersenyum. Haffy ternganga.
"What? Mummy beli banyak ke?" Tanya Haffy terkejut. Aku menatap Haffy.
"Ala, 3 pasang je seorang. Normal kan?" Tanyaku. Haffy mengangguk. Aku senyum. Aku mengelurkan kotak baju melayu saiz XL itu. Aku buka dan aku keluarkan baju melayu itu. Aku senyum. Mesti handsome kalau Ayden pakai baju ini nanti. Aku senyum lagi.
"Haffy, take off the clothes. Mummy nak basuh." Kataku. Haffy mengangguk. Aku lihat pula baju abayaku. Aku senyum. Abaya dari butik Kak Namia tidak pernah mengecewakan. Disebabkan dialah, aku gila dengan Abaya. Bermacam jenis Abaya aku ada dekat dalam wardrobe itu. Semuanya terinspirasi dari dia.
"Baju Nana ada cak Mummy? (Baju Hannah ada tak mummy?)" Tanya Hannah yang muncul dari belakang aku. Aku senyum.
"Mestilah ada. Sini." Aku menyuruh Hannah berdiri di hadapan aku. Hannah senyum dan berlari ke arah aku. Aku keluarkan dress bersaiz kanak-kanak itu. Dengan renda-renda itu, argh comelnya. Hannah teruja ketika aku meletakkan bajunya di badannya.
"Pyiti ya Mummy. (Preety lah Mummy)." Hannah berkata. Aku tersenyum.
"Hannah pakai tudung tahu raya nanti. Dah start belajar pakai tudung okey." Kataku.
"Aya, nyanti anash acam manye? (Ala, nanti panas macam mana?)" Tanya Hannah. Aku gelengkan kepalaku. Telinganya aku tarik perlahan.
"Awww, Mummy.. Cakit yah. Abang Py nenok mummy. (Sakitlah. Abang Haffy. Tengok Mummy)" Hannah berceloteh. Aku mencebik. Haffy hanya tertawa. Aku kembali tersenyum ketika melihat Abaya di dalam kotak itu. Eee, tak sabarnya nak pakai.
🦋🦋🦋🦋🦋
Usai berbuka puasa, Ayden mengajak aku untuk melakukan solat tarawih di rumah. Ayden menjadi imam kepada aku dan Haffy. Hannah pula, hanya mengikuti beberapa rakaat sebelum dia bermain iPadnya.
23 rakaat termasuk solat witir, kami menyudahkan dengan menyalami antara satu sama lain. Seperti biasa, Ayden mencium dahi aku sebelum sempat dia mencium pipi aku. Aku mencebik. Ayden tertawa.

ANDA SEDANG MEMBACA
TWILY PUASA & RAYA
MizahWell, Tahun Lepas Family Along Harash, then this year.. Family Along Ayden pula ya. Hehehehe jom baca macam mana kecohnya hari mereka lebih-lebih lagi dengan kehadiran Hannah di dalam kehidupan Ayden, Hawa dan Haffy ❤️ Selamat membaca dan salam Rama...