Di Sebuah Cafe
Terlihat seorang lelaki yang sedang membersihkan meja yang telah digunakan oleh pelanggan sebentar tadi. Sambil mengelap meja, mata lelaki tersebut tertumpu pada sebuah bakeri dihadapan kafe nya. Dia hanya menjeling ke arah pemilik bakeri yang juga sedang menjeling ke arahnya tersebut.
"Apa kau jeling-jeling?" Tanya lelaki pemilik kafe yang dikenali sebagai Azzam tersebut.
"Suka hati aku lah! Aku ada mata" Kata gadis pemilik bakeri yang dikenali sebagai Lina tersebut sambil terus menjeling ke arah Azzam.
"Amboi makcik, kafe aku ni buka dulu tau kat sini! kau curi pelanggan aku banyak tau! " Kata Azzam tidak berpuas hati.
Lina hanya menghiraukan apa yang Azzam katakan sebentar tadi dan matanya tertumpu pada dua orang gadis yang berjalan masuk ke dalam kafe Azzam.
"Daripada engkau kacau aku, baik kau uruskan pelanggan tetap kau tu ha" Kata Lina menjeling Azzam untuk kesekian kalinya.
Azzam hanya menjeling ke arah Lina dan berpusing ke arah kedua-dua pelanggan tetapnya aka sahabatnya tersebut.
"Hai, dah seminggu korang tak datang kafe aku" Kata Azzam kepada dua gadis tersebut.
"Busy lah, banyak sangat kerja nak kena buat, aku ni dah lah nak kena siapkan kerja secepat mungkin alang-alang nak nanti nak kena tolong kakak aku uruskan majlis perkahwinan dia" Keluh gadis yang dikenali sebagai Lily tersebut.
"Lawak antarabangsa apakah ini? Kakak kau? Anna ke yang nak kawin? aku kurang dengar lah kau cakap tadi" Kata Azzam ingin memastikan apa yang didengarinya tadi benar.
"Anna la, siapa lagi. Aku ada kakak yang lain ke,tak de kan. "Jawab Lily Malas.
"Fuyoh, sampai hati dia tak bagitahu aku, patutla kebelakangan ni aku tak nampak batang hidung dia pun, rupanya tengah buat persiapan kahwin" Kata Azzam.
"Oh aku lupa yang dia selalu datang nyanyi kat sini" Kata Lily mendatar.
"Kita bila pulak nak kahwin Trisyia? " Kata Azzam memandang ke arah gadis yang duduk disebelah Lily tersebut.
Trisyia hanya memandang Azzam sekilas lalu kembali fokus pada telefon bimbitnya.
"Trisyia pun tak nak dengan kau, apa kata kau dengan akak bakeri depan tu, cantek je aku tengok" Kata Lily.
"Ihhh.. tak mahu aku, dia tu musuh abadi aku tau" Kata Azzam sambil memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Lily.
Lina yang merasa dirinya diperhatikan tersebut hanya menggelengkan kepalanya dan kembali fokus melayan pelanggannya yang tak kalah ramai berbanding kafe Azzam.
YOU ARE READING
Dia Jodohku
HumorMengisahkan seorang gadis bernama Anna yang terjebak dengan kisah percintaan sahabatnya dan juga adik-adiknya. Adakah Anna akan membantu mereka atau akankah Anna hanya menjadi pemerhati di kisah percintaan mereka?