Di rumah Lina.
Terlihat Lina yang sedang membuat kek di dapur. Katanya untuk majlis perkahwinan Anna, tapi majlisnya kan bulan depan, kenapa dia buat awal sangat? ke sebab angau?"Lalalalala" Lina menyanyi sambil membuat kek tersebut.
Setelah menghabiskan masa 2 jam di dapur, akhirnya kek yang dibuat oleh Lina sudah pun siap.
"Tadaaaa" Kata Lina senang hati.
"Amboi senang hati nampak" Kata Puan Dahlia kepada anak gadisnya tersebut.
"Ehh, mana ada senang hati mak, biasa je Lina kat sini" Kata Lina sambil tersenyum.
"Ni mak nak tanya lah, siapa nama lelaki yang dari kafe depan tu? " Tanya Puan Dahlia.
Lina hanya membuat muka menyampah sembari menjawab soalan yang ditujukan kepadanya.
"Azzam namanya. Kenapa mak tanya? jangan cakap yang mak nak jodohkan Lina dengan dia, ihh tak mau lah Lina. "Kata Lina sambil membuat muka menyampah.
Puan Dahlia hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum halus.
"Bila masanya mak kata nak jodohkan Lina dengan dia ni? " Tanya Puan Dahlia.
"Mana lah tahu, mak tak pernah tanya pasal lelaki kat Lina selama ni, ni mak tiba-tiba tanya pasal dia ni kenapa? " Tanya Lina.
"Oh itu, sebab mak selalu tengok Anna masuk kafe dia, mesra betul mereka berbual, so mak ingatkan dia tu Aryan, rupanya Azzam. " Kata Puan Dahlia.
Lina hanya menggelengkan kepalanya pasrah dengan ibunya yang sudah nyanyuk tersebut. Sudah berkali-kali Puan Dahlia bertanya kepadanya tentang bakal suami Anna tersebut, bahkan Lina juga sudah menunjukkan gambar lelaki tersebut kepada Puan Dahlia, namun tetap sahaja puan Dahlia melupakan rupa paras Aryan.
YOU ARE READING
Dia Jodohku
HumorMengisahkan seorang gadis bernama Anna yang terjebak dengan kisah percintaan sahabatnya dan juga adik-adiknya. Adakah Anna akan membantu mereka atau akankah Anna hanya menjadi pemerhati di kisah percintaan mereka?