Di rumah keluarga Shane
"Assalammualaikum everyone! I am home" Kata Anna malas."Waalaikumsalam dear, mesti dari bakeri Lina ni" Kata Datin Suraya yang baru sahaja keluar dari dapur.
"Yes mummy, baru je hantar kad undangan majlis tadi kat Lina" Kata Anna.
Datin Suraya hanya tersenyum melihat tingkah Anna tersebut.
"Anna nak rehat dulu." Kata Anna sambil melangkah naik ke tingkat atas dan masuk ke biliknya yang tidak lama lagi akan ditinggalkan olehnya.
Datin Suraya hanya menggelengkan kepalanya sambil melangkah kembali ke dapur.
Petang Itu.
Lily baru sahaja pulang dari bekerja dan masuk ke rumahnya.
"Assalammualaikum, Lily balik." Kata Lily sambil merebahkan badannya di atas sofa didepan TV.
"Waalaikumsalam, pergi lah mandi dulu makcik, bau kau busuk" Kata Anna yang berada disebelahnya.
"Kejap lagi lah,aku penat ni, by the way daddy dah balik? " Tanya Lily sambil memejamkan matanya.
"Belum, katanya balik lewat sikit sebab ada hal kat company tu" Kata Anna sambil mengunyah popcorn.
"Sopan lah sikit makan tu, kau dah nak jadi bini orang tau, apalah kau ni." Kata Lily setelah melihat Anna yang makan popcorn sambil duduk mengangkang di atas sofa dan juga menonton drama korea favoritnya, Descendants Of The Sun. Nasib baik lah Anna memakai seluar panjang, bukan skirt.
"Alah, bukannya bakal abang ipar kau tu ada kat sini pun. "Kata Anna sambil menatap kaca tv tersebut.
Lily hanya menjeling ke arah kakaknya ini.
Tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta masuk ke dalam garage mansion mereka.
"Assalammualaikum! " Kata Dato Michael sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumsalam! "Jawab Anna dan Lily serentak.
Namun Anna dengan cepat membetulkan kedudukannya setelah melihat Dato Michael membawa tetamu pulang ke rumah bersamanya.
"Mummy mana?"Tanya Dato Michael kepada kedua anak gadisnya.
"Ada kat dapur, tengah siapkan makan malam. " Kata Anna.
"Haa kenalkan, Ini Vernon, Anak kawan daddy dari Amerika. Sementara dia ada kat Malaysia ni, dia akan tinggal kat rumah kita" Kata Dato Michael kepada kedua gadis tersebut.
YOU ARE READING
Dia Jodohku
HumorMengisahkan seorang gadis bernama Anna yang terjebak dengan kisah percintaan sahabatnya dan juga adik-adiknya. Adakah Anna akan membantu mereka atau akankah Anna hanya menjadi pemerhati di kisah percintaan mereka?