SUDAH dua minggu Dhea tidak ke rumah kebajikan anak-anak yatim itu. Selesai sahaja mengecat bahagian ruang belajar itu, Dhea mengambil keputusan untuk fokus pada belajar memandangkan minggu final exam lagi sebulan.Selepas exam dia boleh ke sana lagi. Lagipun dia tidak mahu berjumpa dengan Tengku Elhan. Nombor telefon dia sudah diberi pada Tengku Aishah melalui Kak Yah dan dia sudah berpesan supaya Tengku Aishah tidak memberi pada sesiapa pun termasuk Tengku Elhan.
"Bila kau nak beli barang-barang tu?" Soal Zahra ketika mereka baru keluar dari library.
"Petang ni kot. Kenapa?"
"Kau nak aku tolong tak? Banyak kan orang tu order?" Kata Zahra lagi.
Tengku Aishah order cookies brownies sebanyak dua puluh balang tetapi Dhea cuma mampu buat sepuluh balang sahaja kerana kekangan masa.
"Aku boleh buat sorang je. Setakat sepuluh balang tu aku dah biasa buat."
Bagi Dhea untuk buat sepuluh balang mungkin mengambil masa dari pagi sehingga tengahari sahaja. Dia tidak sanggup menolak permintaan Tengku Aishah memandangkan Tengku Aishah banyak memberi dana kepada rumah kebajikan anak-anak yatim itu.
"Tapi kenapa kau ambik order tu? Biasa kan kau tak ambik order? Aku nak order pun kau tak nak buat." Zahra mencebikkan bibirnya.
"Sebab dia banyak tolong orang. Jadi aku nak balas kebaikan dia."
"Oo.." Zahra mengangguk faham. Dia tahu Dhea volunteer di rumah anak-anak yatim.
"Zahra! Dhea!" Panggil Nia yang kebetulan lalu di situ. Dengan pantas dia menuju ke arah kawan-kawannya itu.
"Wow Nia.. pakai baju baru eh.." sengaja Zahra berkata begitu bila melihat Nia memakai baju pemberiannya. Sedang elok dengan Nia.
"Aah baju baru.. ada orang baik hati belanja. Dahlah pandai pilih. Cantik sangat." Nia tersenyum manis sambil memusingkan badannya.
"Tengok oranglah." Bangga Zahra bila Nia memujinya.
Dhea hanya menggeleng kepalanya. Zahra memang masuk air.
"Dhea.. petang ni boleh tak kita pergi beli groceries?" Pinta Nia. Banyak barang yang dia mahu beli hari ini kebetulan barang dekat dapur pun dah tak banyak.
"Boleh." Dhea mengangguk. Memang dia ada bagitahu Nia kalau nak ke mana-mana boleh bagitahu dia.
"Aku nak ikut!"
"Tak boleh." Balas Dhea dengan pantas.
"Dheaaaaa." Zahra menggoncangkan lengan Dhea. Nak ikut jugak!
Namun Dhea hanya melajukan langkahnya. Dia sengaja mengusik Zahra lagipun dia tahu, tak bagi ikut pun tetap Zahra akan ikut.
🌞🌞🌞
MEREKA bertiga melangkah masuk ke pintu utama mall itu. Dhea mahu ke pasaraya biasa namun Zahra mahu mencuci mata dahulu. Jadi alang-alang mereka akan membeli groceries di pasaraya dalam mall tersebut.
Laju Zahra mengambil troli sebelum masuk ke pasaraya. Disebabkan dia yang mahu ke sini, dia kena jadi orang yang berfungsi. Jadi dia mengambil tugas untuk menolak troli.
"Terus ke bahagian basah ke?" Soal Zahra.
"Nope. Bahagian kering dulu." Kata Dhea sambil kakinya terus melangkah ke bahagian makanan kering.
Tangannya mencapai tepung, beberapa jenis sos, condiments sebelum menuju ke arah bahagian basah. Masuk ke area itu dia menuju ke bahagian sayur-sayuran, buah-buahan dan mengambil ikan dan juga ayam.
YOU ARE READING
BUKAN KALI INI [EBOOK]
RomanceBUKAN KALI INI Pertemuan Dhea Haneesa dengan seorang lelaki bernama Tengku Elhan membuatkan hidupnya tidak tenang. Kemana sahaja dia pergi, pasti lelaki itu ada. Tengku suruh orang ikut saya ke? ~ Dhea Walaupun ditolak berkali-kali lelaki itu langs...