DHEA Haneesa menggigit bibir bila dirinya sudah berada di ruang tamu rumah Tengku Aishah. Rumah ini begitu besar dan luas namun Dhea tak sempat menilik setiap sudut rumah kerana ada tiga pasang mata yang sedang memandangnya sekarang. Dhea berdehem untuk menghilang rasa tidak selesa."Dhea takde kelas ke sekarang?" Soal Tengku Aishah dengan mesra. Dia sangat teruja dapat berjumpa dengan gadis ini. Pertama kali melihat Dhea Haneesa dia sudah sukakannya.
"Sekarang dah masuk cuti sem Tengku."
"Oo maafkan saya. Saya lupa. Cuti ni tak pergi mana-mana ke?"
Dhea hanya menggeleng kepalanya. Dia memandang pada Tengku Elhan yang hanya menayangkan riak selamba. Ini semua sebab Tengku Elhan.
Suasana senyap apabila pembantu rumah datang menghidangkan minuman.
"Macam mana akak boleh datang dengan abang? Naik Myvi?" Soal Tengku Elena. Dari tadi dia pandang gadis yang dibawa pulang oleh abangnya ini.
Tapi siapa yang bawa siapa pulang? Tengku Elhan yang bawa Dhea pulang atau Dhea yang bawa Tengku Elhan pulang?
"Errr.." Dhea memandang Tengku Elhan meminta pertolongan tetapi lelaki itu boleh pandang dia tersengih-sengih sahaja.
"Takpelah. Minum air dulu Dhea.. balik lewat sikit laa. Boleh minum petang kat sini."
Tengku Aishah pantas mencelah apabila nampak Dhea seperti tidak selesa.
"Eh takpe Tengku. Saya ada kerja sikit lepas ni."
"Kerja apa? Kau bukan kerja pun. Lagipun ni kan cuti sem." Tengku Elhan senyum sinis. Dari tadi dia sengaja biarkan gadis itu menjawab segala soalan bonda dan adiknya.
"Apa Han cakap macam tu? Ni.. macam mana Han ada dengan Dhea ni?" Tajam mata Tengku Aishah memandang anak lelakinya.
"Terserempak tadi." Balas Tengku Elhan selamba.
"Betul ke Dhea?"
Dhea terkebil-kebil memandang Tengku Aishah. Nak cerita hal sebenar ke? Mungkin ini sahaja caranya untuk menghentikan Tengku Elhan dari mengganggunya. Dengan pertolongan Tengku Aishah.
"Sebenarnya Dhea jumpa Tengku dekat rumah kebajikan tu. Lepas tu dia suruh Dhea hantar dia pulang. Sebelum tu pergi makan sebab dia cakap dia lapar."
Hambek kau jujur Dhea Haneesa cerita pada Tengku Aishah.
Tengku Aishah terus memandang anak lelakinya dengan tidak percaya manakala Tengku Elena menutup mulutnya kerana terkejut. Apa yang tak kena dengan Tengku Elhan?
"Han.. cakap dengan bonda.. apa yang jadi? Han kacau Dhea ke?" Tengku Aishah sudah tidak keruan dengan cerita Dhea tadi. Anaknya tak pernah begini sebelum ini.
"Mana ada bonda. Percaya sangatlah si Dhea ni. Han.. Han.." Tengku Elhan hilang kata-kata. Dia tak menyangka Dhea akan jujur dengan Tengku Aishah.
"Han apa?" Tengku Aisha sudah mula geram bila anaknya tergagap-gagap.
"Tengku." Tiba-tiba Emir masuk ke dalam rumah. Emir menghampiri Tengku Elhan.
Emir membisikkan sesuatu di telinga Tengku Elhan. Tengku Elhan mengangguk sebelum dia bangun.
"Han ada kerja sikit ni bonda. Han nak minta diri dulu." Tengku Elhan bersalam dengan Tengku Aishah lalu dia keluar bersama Emir.
Dhea tercengang melihat Tengku Elhan yang sudah pergi itu. Macam tu je? Habis tu aku?
"Dhea rasa Dhea pun nak pulang Tengku. Dhea ada kerja sikit."
"Dhea tak nak tunggu minum petang dulu ke?" Tengku Aishah masih belum puas berbicara dengan Dhea.
YOU ARE READING
BUKAN KALI INI [EBOOK]
RomanceBUKAN KALI INI Pertemuan Dhea Haneesa dengan seorang lelaki bernama Tengku Elhan membuatkan hidupnya tidak tenang. Kemana sahaja dia pergi, pasti lelaki itu ada. Tengku suruh orang ikut saya ke? ~ Dhea Walaupun ditolak berkali-kali lelaki itu langs...