DHEA mengeluh bila melihat susuk tubuh lelaki di hadapannya ketika ini. Fikirnya lelaki ini sudah give up ternyata tidak."Tengku nak apa lagi ni?" Dhea berjalan menuju ke keretanya. Dia baru habis kelas dan mahu pulang ke rumah.
"Hmm kalau aku cakap aku nak kau cliche sangat kan?"
Langkah Dhea terhenti. Berkerut dahi Dhea memandang Tengku Elhan. Lelaki ni takde kerja ke? Bukan dia ni CEO ke?
Kemudian, Dhea menyengetkan kepalanya memandang Emir di belakang Tengku Elhan.
"Bos awak ni takde kerja ke Emir?" Soal Dhea tanpa memandang Tengku Elhan di hadapannya.
Emir cuma menggaru kepalanya. Dia pun tak faham dengan perangai Tengku Elhan. Suka betul kacau Dhea.
"Siapa suruh kau jual mahal." Ujar Tengku Elhan bersahaja, dia masukkan tangan ke dalam poket sambil memandang Dhea.
"Saya dah cakap, takde keperluan untuk Tengku tahu nombor saya. Dan saya dah bagi balik duit Tengku kan?"
Selepas Dhea keluar dari pejabat Tengku Elhan hari itu, Dhea terus mencari Emir dan dia transfer duit Tengku Elhan ke akaun Emir. Emir yang tidak tahu apa-apa cuma ikutkan kehendak Dhea.
Selepas Tengku Elhan dapat tahu, seharian Emir menjadi mangsa amarah Tengku Elhan.
"Siapa cakap takde keperluan? Kalau aku nak order cookies?"
"Saya tak ambik order dah. Tambah-tambah dari Tengku." Dhea melipat tangannya ke dada.
"Kalau bonda aku nak?"
"Suruh Tengku Aishah call saya sendiri." Dhea mengangkat sebelah bibirnya. Ingat senang nak gula-gulakan aku?
"Kalau bonda suruh aku?"
Dhea menarik nafas panjang. Memang Tengku Elhan betul-betul mencabar kesabaran dia kali ini. Dhea menggeleng kepalanya lalu dia membuka pintu kereta.
Belum sempat dia menutup pintu keretanya, Tengku Elhan menahan.
"Benda ni takkan habis sini, Dhea Honey-sa." Tengku Elhan senyum sinis pada Dhea. Dia bukan orang yang mudah berputus asa.
"Up to you Tengku." Dhea menarik kuat pintu keretanya sehingga Tengku Elhan ke tepi.
Tengku Elhan cuma melihat kereta Myvi milik Dhea berlalu pergi. Dia ketawa kecil lalu menggeleng kepalanya.
"Kenapa Tengku ketawa? Bukan tak dapat ke nombor Cik Dhea?" Soal Emir selamba. Jarang-jarang Tengku Elhan ketawa.
"Diamlah kau. Kau jangan lupa ni semua salah kau. Rosak plan aku." Tengku Elhan terus berubah riak wajahnya memandang Emir.
Kalau ikutkan hati dia, sampai hari ni dia masih marahkan Emir. Boleh dia selamba badak terima duit dari Dhea? Memang nak kena betul.
Emir mengemam bibirnya. Jangan kejut singa yang sedang tidur.
"Meh sini kunci kereta." Tengku Elhan menadah tangannya pada Emir. Rasa nak memandu sendiri hari ni.
Emir berat hati namun dia bagi juga. Bukan apa, masaklah dia kalau Tengku Elhan memandu semasa mood dia tak elok. Laju kalah Dominic Toretto.
🌞🌞🌞
DHEA menghempaskan badannya ke atas sofa. Dia masih geram memikirkan Tengku Elhan. Hampir setiap hari Tengku Elhan menganggunya. Macam mana Tengku Elhan tahu jadual kelasnya pun dia tak tahu.
Tanpa sedar, Dhea melepaskan keluhan kasar. Nia yang perasan Dhea sudah pulang tadi terus membawa segelas air untuk Dhea.
"Kenapa ni Dhea?" Soal Nia sambil meletakkan air di hadapan Dhea. Hari ini dia cuti dan kebetulan kelas cancel. Jadi dia cuma mengemas rumah sahaja hari ini.
YOU ARE READING
BUKAN KALI INI [EBOOK]
RomanceBUKAN KALI INI Pertemuan Dhea Haneesa dengan seorang lelaki bernama Tengku Elhan membuatkan hidupnya tidak tenang. Kemana sahaja dia pergi, pasti lelaki itu ada. Tengku suruh orang ikut saya ke? ~ Dhea Walaupun ditolak berkali-kali lelaki itu langs...