Dia Imamku - Siti Rosmizah

4 0 0
                                    

Condition: 9/10

Contact: 01120752120

RM30

SIPNOSIS

Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan.

Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka.

Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.

"Lily sakit ma...Lily perlukan restu mama. Tolong Lily, ma. Lily tak nak mati jadi anak derhaka. Lily nak jumpa mama buat terakhir kali."

Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka.

Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humairah dipertikai!
Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri.

Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya!

"Ambik balik cincin awak! Cincin yang layak dicampak dalam longkang aje!" Ya Allah! Remuk hati Amiruddin.

Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar.

"Maira mintak ampun bang. Maira berdosa pada abang. Maira betul-betul menyesal. Maafkan Maira, bang."

"Saya masih lelaki kampung yang sama. Tak ada harta. Lelaki miskin yang tak mampu beri Cik Maira apa-apa. Walaupun secebis cinta."

Ya Allah, panjangkan jodohku dengan suamiku. Dia imamku, dia kekasihku hingga akhir nyawa. Mungkin ke hati Amiruddin sudah mati buatnya?

Preloved NovelsWhere stories live. Discover now