BAB 2 (SMART)

1.9K 70 0
                                    

"Ayah! Siapa Rasyid? Dia ada kena mengena ke dengan keluarga kita?" Soalku marah.

Ayah buat tak dengar dengan soalan aku.

"Ayah!" Suaraku dinaikkan satu oktaf.

Ayah melepaskan satu keluhan. "Kalau Isha dah tahu kenapa tanya lagi?" Jawab Dato' Faseh tenang.

"Isha nak dengar penjelasan dari ayah." Aku cuba menahan suara daripada meninggi lagi.

"Sebelum Isha masuk kat sekolah tu, ayah dah pernah jumpa dia. Ayah nak keselamatan Isha sentiasa diawasi." Terang Dato' Faseh.

"Kalau nak sangat keselamatan Isha terjamin kenapa tak suruh kahwin je?! Isha tak suka kalau terus diawasi seperti ini." Balasku lalu pergi menuju bilik.

SUKAN akan dilanjutkan mengikut kategori. Lelaki mengadakan perlawanan bola sepak dan perempuan perlawanan bola jaring peringkat sekolah. Pelajar selebihnya hanya menjadi penonton dan tukang sorak.

Lawan mengikut kelas. Bagi bola jaring hanya tujuh orang akan menjadi wakil kelas. Aku adalah salah satunya. Aku menjadi Goal Attack sekali gus kapten bagi kelas 5 Cahaya.

Perlawanan pertama, kami menentang kelas 5 Bijak. Apabila wisel ditiup, perlawanan langsung dimulai. Aku meminta bola dari Mira a.k.a Center.

Dapat je bola, aku pantas melontar bola kepada Iman. Lekas aku berlari memasuki garisan D, lalu meminta bola. Bola disambut, aku pusing 180 darjah.

Kemudian bola dibaling, dan... masuk! Mantap ahh!

"Dalisha! Dalisha!" Sorakkan penuh semangat itu diberi oleh ramai pelajar.

Tak sangka dalam masa 15 minit, kami dapat tewaskan pasukan lawan. Itu juga berkat kerjasama antara satu sama lain. Sempat aku melihat ke arah Ustaz Rasyid.

Dia melihatku, apabila kantoi terus dialihkan pandangannya. Aku buat taktahu je. Perlawanan ini akan diadakan selama seminggu. Yelah, ada lapan kelas.

Mana sempat buat sekali gus. Lawan pun selang-seli.

"Hebatlah kau main tadi! Macam tu je diorang kalah." Ucap Nissa sambil menghulurkan sebotol air mineral.

"Nak jadi pemain bola jaring kena tahu kerja masing-masing. Ada tiga pemain yang wajib mainkan peranan. Contohnya, aku Goal Attack kena pandai minta bola, timing kena betul. Jangan banyak bergerak, sebab mostly diorang main nak kejar bola, bukan nak jaga lawan. Kalau Goal Defend pula, kena jaga Goal Attack, jangan biarkan aje. Center pula harus bijak sebab dia punya kawasan nak pergi tu sangat luas daripada yang lain." Panjang lebar aku jelaskan kepada Nissa. Walaupun dia tak tanya. Dia pula hanya mengangguk faham.

"Aku kagum dengan kau. Baru masuk sekolah ni dah tunjuk bakat. Kau nampak sempurna." Ucapnya lagi.

"Dekat dunia ni tiada orang yang sempurna Nissa. Aku ni manusia biasa, ada kekurangan juga kelebihan." Sekali-sekala beri ceramah free, apa salahnya?

Aku pergi mengambil bola. Perlawanan untuk kelas seterusnya pun belum mula, jadi kira takpelah nak main kejap. Aku menjarakkan diri sejauh enam meter dari jaringan gol.

"Kau nak buat apa?" Soal Nissa.

"Aku nak try baling bola ni masuk jaring tu dengan jarak sejauh ni." Balasku.

"Woii, aku cabar kau masukkan bola jauh ni. Kalau masuk kau hebat tapi kalau tak masuk, aku taknak kau join lagi perlawanan seterusnya." Terdengar suara yang sedang mencabar, aku menoleh ke arahnya.

Dia senyum sinis.

"Err Isha, kau takyah dengarlah cakap dia. Buat pekak je, Farah memang macam tu." Nissa memujukku untuk tidak mendengarkan Farah.

Aku buat tak dengar apa yang dikatakan Nissa. "Okay, tapi kalau aku dapat masukkan kau yang keluar, faham?" Cabarku pula.

"Okay, deal." Balasnya. Nissa mulai panik.

Semua mata ditujukan ke arahku. Mereka semua akan menjadi saksi, Farah hanya memberi aku satu kali cubaan. Cikgu-cikgu pun taknak kalah memerhatikanku.

Nafas ditarik lalu dihembuskan. Tangan dan kaki juga sudah bersedia.

"Bismillahirahmanirahim..." Perlahan aku sebutkan kalimah itu. Bola dibaling kuat.

Bola itu mendarat di gelungan jaring dan berpusing-pusing. Dan... hmm.











MASUK!

"Masuk!!!" Penuh sorakkan yang diberi termasuk guru-guru. Tepukkan juga tak lupa.

Membulat mata Farah yang melihat itu. Dia tergamam ditempat. Tak percaya yang aku dapat masukkan bola itu padahal dia memberi jarak yang cukup jauh. 8 meter!

Aku pun tak percaya bola tu masuk. Apa-apa pun Alhamdulillah.

"Hebatlah kau ni Ayrin. Memang layak pun kau jadi kapten, lepasni boleh turunkan ilmu untuk kami?" Soal Damia. Dia memegang peranan sebagai Goal Defend.

"Aku memang perlu ajar kau. Selain jaga orang kau kena pandai curi bola." Jawabku.

"Hah? Curi bola?" Soal mereka serentak.

"Ya, nanti petang kumpul, aku ajar cara nak curi bola." Mereka perlu tahu cara curi bola.

"Baik, kapten!"

"Weh apa cite Farah tu?" Soal Nissa.

"Entah." Itu je yang aku boleh balas sekarang ni.

Sebenarnya kesian juga, tapi lantak dialah. "Kau cakaplah kat dia, kalau nak join balik pergi jelah. Diakan harapan untuk kelas 5 Fasih." Ucapku.

Dapat aku lihat yang Nissa pergi ke arah Farah. "Kau join jelah balik, lagipun kau tu satu-satunya harapan. Tapi taktahulah kau tu jenis tahu malu ke tidak." Pedas sindiran itu.

Aku kenal sangat perangai Nissa. Kalau kau cari pasal, sampai malu dia kerjakan.

"ASSALAMUALAIKUM, Isha dah balik." Aku memberi salam selepas menjejakkan kaki ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam, macam mana hari ini? Menang ke kalah?" Soal Mak Leha.

"Alahh Mak Leha, macam biasalah." Jawabku sambil kening diangkat berkali-kali.

"Mana ayah?" Soalku pula. Biasanya dah balik untuk lunch.

"Erm, entahlah tapi rasanya ada je kat bilik dia." Jawab Mak Leha.

Aku meletakkan beg di dalam bilik lalu pergi ke bilik ayah. Nak ajak dia makan sekali. Pintu bilik ayah aku ketuk. Apabila dapat line untuk masuk, tombol pintu dipulas. Dan dibuka.

Rasa nak tersedak pun ada, bila nampak Ustaz Rasyid di bilik ayah. Nasib aku pakai tudung kalau tak cuci matalah dia tengok rambut aku! Seperti membincangkan sesuatu.

Aku sedikit berdehem. "Ehem, ayah jom makan sekali." Aku mengajak ayah untuk makan, lagipun perut ni dah buat pesta gunung berapi.

"Kamu marilah makan sekali kat sini, Rasyid." Sempat pula dia ajak Ustaz tu!

"Takpelah, saya baru lepas makan." Katanya seraya senyum.

"Jamah sikit pun takpe dah." Ayah ni berdegil pula, masih nak ajak makan.

"Erm, baiklah." Dah cukup. Itu namanya kata putus!

Dia Imam Aku! [C]Where stories live. Discover now