BAB 6 (ASK DIVORCE)

1.5K 53 2
                                    

"Isha jom turun. Kawan ayah dah sampai." Kata ayah.

"Ayah, mana ustaz?" Soalku.

"Ustaz? Rasyid kan suami Isha, kenapa panggil ustaz?" Soalan dibalas soalan.

"Alaa, nanti Isha cubalah sebut nama lain. Mana ustaz?" Soalan yang dibiar tadi aku ulang semula.

"Dia keluar kejap. Ayah minta tolong dia belikan barang." Katanya.

"Ohh."

Aku turun ke ruang tamu, terlihat ada tiga orang di situ. Aku duduk disebelah ayah. Aku tayang muka dingin.

"Your son look like you." Ucap lelaki itu. Nampak muda, hensem, tapi belum boleh tipu mata aku. Umurnya pasti 40an, dan seorang lagi lelaki itu mungkin 30an? Dua-dua hensem.

"Isha?" Panggil ayahku.

Kening diangkat. Ayah pula memberi isyarat untuk bertanya khabar dengan tetamu.

"Hi, uncle." Sapaku. Terlihat mukanya yang sedikit terkejut.

"Muka I yang muda ni you panggil uncle?" Soal lelaki itu.

"Muka uncle memang dapat tipu pandangan orang, tapi umur uncle tak sama dengan muka yang tampak muda itu." Ungkapku.

"Wow, you so genius!" Pujinya.

"Oh ya! Ni Airish, anak sedara I dan Rafie, suami dia. I'm Shafiq." Ucapnya.

"Nama awak Isha, kan?" Soal Airish. Aku angguk. Muka dingin tetap ditayang.

"Jom kita berbual, kalau duduk dengan mereka yang lelaki ni bukan faham apapun." Dia menarik tanganku.

Kami duduk di meja luar rumah.

"Umur akak dua puluh berapa?" Soalku.

"Awak boleh agak ya? Haha. Umur akak 24 tahun." Jawabnya.

"Ohh, kira jauh jugaklah umur akak dengan suami akak." Tekaku.

"Isha rasa umur suami akak berapa?" Soalnya ingin tahu.

"32 tahun, mungkin." Tekaku lagi.

"Wahh, betul!"

"Nak tanya boleh?" Soalku.

"Tanyalah."

"Akak selesa ke kahwin dengan orang jauh beza umur?" Itu soalan yang keluar dari mulutku.

"Erm, entahlah. Dia tu lecturer akak. Kenapa tanya?" Erm...

"Mana ayah dengan mak akak?" Soalku lagi.

"Ohh, ayah akak kerja, kalau mak akak dah meninggal sebab lahirkan akak." Wait! What?!

Kenapa hidup kami sama? "Situasi kita samalah akak." Ungkapku.

"Maksudnya?" Keningnya diangkat.

"Akak kahwin dengan orang yang jauh beza umur, saya pun sama. Akak kahwin dengan lecturer akak tapi saya kahwin dengan ustaz kat sekolah saya. Mak akak meninggal sebab melahirkan akak, saya pun sama!" Ungkapku panjang lebar.

"Hah? Awak dah kahwin?" Terkejut Airish bila dengar aku dah kahwin.

"Haah."

"Mana suami awak?" Soal Airish.

Tiba-tiba muncul kereta milik Rasyid. Dia keluar bersama plastik ditangan. Mungkin barang yang ayah suruh beli tu. Dia berjalan ke arah kami berdua.

"Rin." Panggilnya lalu meletakkan sekotak coklat Beryl's.

"Abang ada beli coklat untuk Rin. Kongsilah dengan akak ni." Arahnya. Aku angguk.

"Terima kasih." Balasku. Rasyid angguk lalu pergi masuk ke dalam rumah.

Sewaktu tadi, dia hanya melihat ke arahku. Sikitpun tidak berpaling ke arah Airish.

"Itu ke suami Isha?" Soalnya.

"Yup! Dari hari pertama Isha kenal dia, sikitpun dia tak bercakap kasar dengan Isha." Ungkapku.

"Ohh, kalau akak waktu pertama kali jumpa memang dah bergaduh. Selalu cakap kasar, tapi bila dia kahwin dengan akak, takde pula bercakap kasar." Katanya.

"Apa nama dia?" Soalnya.

"Muhammad Fattah Arrasyid." Jawabku.

"Wahh, sedapnya nama."

"Hmm... saya kahwin bukan seperti orang lain." Ungkapku.

Dahinya berkerut.

"Jomlah makan coklat ni." Ajakku. Dia angguk.

"Erm, akak nak tanya. Parut kat kening tu kena apa?" Soalnya.

"Ohh parut ni? Hmm ada orang buat kat sekolah." Jawabku tenang.

"Hah?! Tak buat report ke?" Ujarnya.

Aku geleng kepala.

—————————————————

"Rasyid, mana Isha?"

"Entah, dia kata nak keluar kejap. Dia tak bagitahu ayah ke?"

"Takde pulak."

—————————————————

AKU duduk di tepi kolam sambil memeluk lutut. Bulan purnama itu aku tenung.

"Abang janji, dengan izin Allah kita akan jumpa lagi."

Masih terngiang-ngiang ayat itu. Siapakah lelaki itu? Dimanakah dia sekarang? Apakah dia akan tunaikan janjinya itu atas izin Allah? Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran.

"Assalamualaikum. Fikirkan apa tu? Macam dah sampai ke bulan je." Tegur Rasyid.

Aku melihat ke arahnya. Tatap wajahnya, mata biruku menembusi anak mata hitam pekat itu. Mata dikecilkan sedikit, wajahku mula didekatkan sedikit. Muka kami amat rapat!

Terlihat juga Rasyid menelan liur, jelas melihatkan halkumnya bergerak. Dalam diri aku ni seperti ada syaitan yang menghasut untuk mencekiknya sampai mati!

Entah kenapa aku merasa begitu. Tiba-tiba aku teringatkan peristiwa dimana kami ditangkap khalwat. Naik turun dadaku ini. Sukar untuk aku lupakan kejadian itu!

"Hey, I will marry you soon! That's my promise, Insya Allah."

Aku ingin tuntut janji dia, tapi aku sudah berkahwin. Bagaimana kalau abang tu datang lalu kecewa sebab aku dah berkahwin? Fikiranku mula tak tentu arah.

"Ustaz..." Panggilku.

"Y-ya?"

"Ceraikan saya."

Dia Imam Aku! [C]Where stories live. Discover now