10 bulan kemudian...
Anakku Muhammad Dayen Qaylish telah selamat dilahirkan, dan usianya telah mencecah 2 bulan. Keluarga kecil kami amat bahagia. Tapi semuanya berubah apabila...
"Abang? Lambatnya balik." Soalku. Mana tak pelik, tiba-tiba harini balik malam. Satu mesej pun tak masuk dari dia. Bila aku call, tak angkat langsung.
"Abang ada banyak kerja lah. Mana Dayen?" Soalnya.
"Ada kat atas, tidur." Jawabku.
Dia hanya angguk. Ini bukan kali pertama dia sebegini. Sejak dua menjak ni selalu sangat balik lewat malam. Berbual? Lagilah. Aku masuk dalam bilik, rasanya Rasyid mandi.
Ring. Ring. Ring...
Telefon Rasyid berbunyi. Aku pergi mengambil telefonnya.
Nombor tidak dikenali.
Aku tekan butang hijau itu.
"Fattah, ni nombor baru I. Nanti you save lah, see you tomorrow!" Aku tergamam. Suara perempuan? Apa ni! Dada turun naik.
Telefonnya aku letak kembali di tempat asal. Tapi aku tak boleh nak tuduh je. Jadi aku memutuskan untuk berfikir positif. Lebih baik fikir positif daripada negatif.
Kalau aku fikir negatif, agaknya esok bila jumpa dengan perempuan tu sampai lebam muka! Hmhh, sabar. Takkan aku nak main fitnah je dia? Tiba-tiba teringatkan satu hadis.
'Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).' [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]
Ya Allah, minta simpang!
"ABANG nak keluar kan?" Soalku.
"Haah." Pendek jawabnya.
"Ayrin nak ikut boleh? Bosanlah duduk rumah ni." Pintaku.
"Tak bolehlah, sayang. Abang nak jumpa kawan, buat kerja. Abang janji petang ni kita pergi jalan-jalan ya?" Ucapnya sambil mengusap kepalaku.
"Mm... take care." Pesanku.
Habis dia cium dahiku, dia terus keluar dari rumah. Aku masuk dalam bilik, nak main dengan Dayen. Warna mata dan rambutnya mengikuti aku, manakala wajahnya hampir sama seperti Rasyid.
Kalau aku goda dia setiap hari, agaknya dia keluar tak? Balik lewat malam, kurang luangkan masa bersamaku. Haihh, positif! Aku tatap wajah Dayen.
Tangannya sibuk tergedik-gedik ingin memegang wajahku. Aku mencium pipinya. Tak sangka diumur 18 tahun ni dah ada anak. Alhamdulillah.
Pengalaman first time beranak tu, sungguh sakit yang amat! Atas izin Allah, aku berjaya melahirkan seorang cahaya mata. Kulitnya putih sangat! Persis sepertiku.
Cuma mata dia je biru cair, tak nampak sangat birunya.
"Kalau Dayen dah besar, umi nak Dayen jadi pendakwah. Umi harap dari kecil Dayen boleh belajar. Umi dengan abi sayang Dayen!" Ucapku lalu mencium dahinya.
Tiba-tiba terdengar bunyi kereta dari luar. Rasyid dah balik ke? Bila aku intai, yup! Itu dia tetapi bersama perempuan disebelahnya. Umurnya mungkin dah 28 tahun?
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Jawabku.
"Ni ke isteri you?" Soal perempuan disebelahnya. Suara dia sama seperti di telefon semalam.
"Oh my god! Cantiknya, you culik dia kat negara mana ni?" Puji perempuan itu.
"Sayang. Ni kakak, abang." Katanya. Ohh ni kakak ipar aku lah?
Aku senyum. "Hai kak."
"Hai. Dah jom." Ajaknya.
"Pergi mana?" Soalku.
"Kita nak keluar. You pergilah siap-siap." Arahnya.
Setelah siap, kami semua memasuki perut kereta. Fatihah a.k.a kakak iparku duduk di belakang.
"Rin, boleh tak kalau Dayen duduk dengan I?" Soalnya sambil senyum melihat Dayen.
"Yeah, boleh." Aku memberi Dayen kepada Kak Fatihah.
"Comelnya! Mata and rambut dia ikut muka you lah, Rin. Muka pula sebiji macam Fattah." Ucap Kak Fatihah.
"Dah nama pun anak saya dan Ayrin. Mestilah ikut muka umi and abi dia." Ungkap Rasyid.
"Hm... anak I baru dua orang. Boy and girl. Sekarang ni husband I lah yang jaga." Ungkapnya.
Rancak sungguh kami bersembang. Kami masuk ke dalam mall, jalan pusing-pusing dulu. Kadang cuci mata tengok barang.
"Rin, I rasa anak you poop lah." Katanya.
"Ohh ye ke? Mm... biar saya pergi basuh dulu." Ucapku.
"Eh takpe, biar I yang tolong basuhkan. Lama dah tak jaga baby. You guys pergilah makan dulu." Katanya. Aku angguk.
Kami menuju ke Secret Recipe. Aku dan Rasyid duduk bertentangan.
"Sayang. Harini adalah hari yang paling abang nantikan. You know?" Soalnya.
Aku berfikir sebentar. Ya Allah, hampir je aku lupa! Harini adalah anniversary pertama aku dan dia! Nasib Rasyid ingatkan. Aku senyum lalu angguk.
"Hari dimana kita diijab kabulkan. Tapi malam pertama je abang dah kena belasah." Kataku seraya ketawa dihujung ayat.
Rasyid senyum. Dia mengeluarkan kotak panjang. Kotak itu dibuka, dan isinya adalah gelang emas. Dahiku berkerut.
"Ni hadiah anniversary untuk sayang." Ucapnya. Tanganku ditarik lalu dipasangkan gelang itu pada pergelangan tangan.
"Hm, Ayrin takde pun hadiah untuk abang." Kataku.
"It's okay. Abang tak kisah." Ungkapnya.
"Ehem, sweet nya dua orang kekasih ni." Tegur Kak Fatihah.
Aku terkejut akan kehadirannya. "Kak Fatihah, duduklah." Ajakku. Dia duduk disebelahku.
"Ayrin nak tahu? Gelang ni, Kak Fatihah lah yang tolong abang pilihkan. Dia juga yang cadangkan plan untuk Ayrin." Ungkap Rasyid.
"Sebenarnya anak you tak poop pun tapi I nak bagi peluang untuk you and Fattah." Ungkap Kak Fatihah pula.
"Thank you. Ayrin hargai sangat!" Tak sangka betul, mereka buat semua ni untuk aku?
Nampaknya aku juga harus memberi hadiah untuk Rasyid!
"NAH, hadiah untuk abang!" Hadiah berupa kotak itu aku beri kepada Rasyid.
"Hadiah untuk apa?" Soalnya.
"For anniversary kita, tapi sorry sebab tak sempat nak bagi masa tu." Ungkapku.
Rasyid angguk. Kotak itu dibuka. Terlihat ada minyak wangi, tengok design je dah nampak mahal. Apalagi harganya. Minyak wangi keluaran Tuan Syazreel. Mr Syazz.
Aku tahu siapa dia, aku kenal peribadinya. Dan aku tahu dimana dia sekarang.
Hai~ Dia Imam Aku, my new story. Kalini kita buat short story, 10 bab sahaja! Cerita ni ada separuh kena mengena dengan Dr Annoying. Cerita ni sepatutnya green flag, cuma belum cukup green flag lah. Tapi untuk pendapat korang, cerita ni green flag atau red flag. Sorry atas kesalahan dari story ni 🙏 Thanks!
Muhammad Fattah Arrasyid [26-27]
Cahaya Ayrin Dalisha [17-18]
YOU ARE READING
Dia Imam Aku! [C]
Short StoryCahaya Ayrin Dalisha. Berpindah sekolah dari International School kepada sekolah biasa. Akhirnya dia membuka identiti sendiri, contact lense yang selalu dipakai tidak lagi menutupi mata indahnya, biru. Seorang yang bijak dan aktif dalam akademik mah...