Aku keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu. Satu persatu anak tangga aku turuni.
"Isha, come here." Ayah menepuk-nepuk sofa empuk disebelahnya.
Aku patuh untuk duduk disebelah ayah.
"Kenapa?" Soalku.
"Ayah dah bincang kalau-"
Ring. Ring. Ring...
Telefon yang bernyanyi itu aku tekan butang hijau.
"Waalaikumussalam. Oh ya! Sorry lah aku lupa. Aku pergi sekarang."
Talian dimatikan.
"Ayah, Isha nak keluar ni. Dah janji dengan Nissa nak jalan-jalan." Sebelum keluar, memang wajib untuk beritahu ayah.
"Ohh, okaylah. Take care." Pesan yang amat wajib sebelum keluar.
Lekas aku bersiap-siap, pakai simple je. Aku dihantar oleh Encik Faizal. Nissa dah send location di kedai makan. Katanya lepas makan nak pergi hotel kejap, nak jumpa kawan.
Dalam bilik hotel ni nampak basic je tapi cantik dan kemas. Aku keluar dari bilik itu, sempat juga aku beritahu Nissa. Aku berlalu ke bilik-bilik seterusnya. Pelbagai nombor ditulis.
Tiba dihujung bilik terakhir aku lihat nombor di pintu itu. Nombor 357. Terlintas satu benda di fikiranku, pintu ni... tak terkunci? Aneh. Aku cuba untuk tolak pintu itu.
Yep, betul. Pintu ni memang tak kunci! Macam takde orang, aku tutup pintu. Bahayalah keluar dari bilik ni tak kunci pintu, kut nanti ada barang berharga hilang macam tu je.
Dapur yang kemas itu aku tenung.
"Err... awak ni siapa?" Tubuhku mengeras. Itu suara lelaki, dan mungkin tuan punya bilik ni.
Aku menghadapkan badan ke belakang untuk melihat tuan punya suara. Telan liur.
"U-ustaz?" Soalku perlahan. Dia. Tak. Berbaju. Kepala ditundukkan.
"Rin? Awak-"
Tuk tuk tuk...
Kami saling berpandangan. Rasyid bergerak ke pintu. Aku juga turut pergi tapi dibelakangnya. Pintu dibuka cukup luas. Dada aku berdetak kencang. Ya Allah, apa ni?
"Assalamualaikum, kami dari pejabat agama Islam. Kami dapat aduan yang Encik Fattah Arrasyid berdua-duaan dengan perempuan bawah umur." Ucap salah satu anggota pencegah maksiat.
"Err... saya dengan dia tak buat apa-apa pun. Tolonglah saya salah masuk bilik." Rayuku.
"Maaf ya, kita kena selesaikan di balai."
Ring. Ring. Ring...
Telefon itu aku angkat.
"Nissa, kau baliklah dulu. Aku jumpa kawan, jangan risau nanti aku suruh driver ayah aku ambil." Talian dimatikan.
"APA yang Rasyid buat ni? Ustaz tu cakap kat walid, Rasyid tak pakai baju dan berduaan dengan Ayrin. Betul ke?" Soal Encik Falikh.
"Pakcik, saya sanggup bersumpah. Saya dengan ustaz Rasyid tak buat apa-apa pun!" Setelah lama aku berdiam diri, akhirnya bersuara.
"Isha." Dato' Faseh telah mengeluarkan amaran. Aku mengeluh.
"Rasyid akan kahwin dengan Ayrin." Sepatah ayat itu membuat aku nak cekik je dia. Dada turun naik akibat marah.
"No, Isha tak setuju!" Bantahku.
"Ayah percaya yang Isha tak buat perkara macam tu. Tapi Isha sendiri yang buat masalah, Isha tetap kena tanggung risiko." Mudah jawapan dari ayah.
YOU ARE READING
Dia Imam Aku! [C]
Short StoryCahaya Ayrin Dalisha. Berpindah sekolah dari International School kepada sekolah biasa. Akhirnya dia membuka identiti sendiri, contact lense yang selalu dipakai tidak lagi menutupi mata indahnya, biru. Seorang yang bijak dan aktif dalam akademik mah...