B A B 6

284 45 1
                                    













ISMAEL menyisir rambut ikal milik Mulan itu perlahan penuh kelembutan. Kepala Mulan ditarik rapat ke dadanya. Masing-masing terbuai sambil menghadap kolam renang yang membiri dijaga baik oleh pekerja yang diupah untuk menyelenggara.

Mulan kucup dada Ismael yang tidak berbaju. Kasih dan cintanya dia pada lelaki bernama Ismael Leif terlalu utuh dan tidak pernah luntur.

"Do you still love me the same, amora?" Tanya Ismael meskipun sudah tahu jawapannya.

"Always and forever, El" jawab Mulan mampu membuat senyuman Ismael terukir makin lebar.

"And I love you even more, amora. You hadiah tuhan yang I paling cinta dan sayang" ubun-ubun Mulan dikucup tenang.

Mulan terharu dan menyembamkan wajah di dada suaminya. Dia pun tahu, di hati Ismael cuma dia saja yang bertakhta. Ismael juga lelaki satu dalam sejuta. Seorang yang setia dan penyayang.

Nada dari jauh mengintai kedua orang tuanya itu sedang bermesraan di luar rumah. Dia tutup mata dengan kedua belah tangan montoknya namun nakal mengintai dari celahan jari.

"Mama dengan the bish buat apetu?" Tanya Nada pada Jamie.

Terus Jamie dan Anne menarik si kecil itu masuk ke dalam rumah.

"Mama dengan baba tengah luangkan masa diorang. Mama dengan baba Nada kan bekerja. So, time cuti ni la diorang boleh having their time together. Baba Nada kan sayang mama," terang Anne satu per satu supaya Nada Irfani faham.

"The bish love mama soyang je. I dia tak cayang pun. Dia hate I. Tapi takpe, nanti the bish akan jadi prince charming jugak kan?" Polos soalan si becok itu membuatkan kedua-duanya terpinga-pinga dan tersentuh hati.

"Ya!"

Nada senyum miring dan sambung bermain sambil ditemani Anne dan Jamie. Kedua orang pengasuh Nada itu saling berpandangan dengan muka yang tidak sampai hati.

Tiga tahun bekerja menjaga Nada, boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja tuan Ismael mereka tu  bercakap baik dengan anak sendiri. Apa yang silapnya tidak tahu, tetapi dengan anak sendiri pun Ismael tidak melayan selayaknya Nada Irfani.











       ISMAEL halakan pandangan ke arah pintu bilik yang terkuak dari luar. Terus mukanya berubah serius bila ada sosok tubuh montel datang menjengah ke ruangan kerjanya. Ismael angkat dagu bagai bertanya pada si kecil itu.

"Mama tak bayik lagi ke?" Tanya Nada.

"Takkan tak balik lagi?"

"I tanya you. Tenape you tanya I bayik? I tak tawu"jawab Nada dengan muka kereknya.

"Masuk," panggil Ismael dingin dan Nada menurut tanpa banyak soal.

Terkial-kial Nada mahu naik duduk di atas kerusi kerana faktor badan yang gebu dan ketinggian yang minima. Ismael menghela bafas berat lalu bangun dan mendudukkan si kecil yang suka mencari pasal dengannya itu.

"Takpe ke I macuk ni? You tak mayah?" Tanya Nada dan Ismael berlagak selamba.

"Dah makan?" Tanya Ismael lagi dan Nada angguk comel.

"Duduk diam-diam, jangan cipta masalah dalam ruang kerja I. I nak call mama you sekejap" bundar mata itu memandang si bapa yang serius membuat panggilan telefon.

Tidak sampai beberapa saat, pintu bilik terbuka dan muncul kelebat Mulan yang bukan main ceria lagi wajahnya. Bukan apa, masuk saja rumah dia perasan sunyi semacam.

Masuk bilik si anak pula si becok itu tidak ada. Jadi, solusinya dia cari suami pula. Tidak sangka cari seorang dapat jump dua sekaligus. Comel pulak tu gaya dua beranak yang macam tom and jerry tu.

"I'm home my darlings! Sorry come back home a bit late" laju Mulan menerpa ke arah dua kesayangannya.

Dia peluk Ismael bagai melepas rindu yang lama tidak ketemu. Pipi suaminya dikucup dan kemudian bibir.

"You look so happy amora," ujar Ismael lalu mengucup pipi Mulan sepenuh hati.

Nada pula menutup wajah dengan kedua belah tangan. Yang nakalnya, siap mengintai di celahan jari. Itu yang sering dilakukan jika terlihat mama dan the bish bemesraan.

"Ahh, it's just a peck little kid!" Ismael tayang riak jengkel lalu menurunkan tangan Nada ke bawah.

Mulan hanya ketawa. Sungguh dia gembira tika ini. Hubungan bapa dan anak itu menunjukkan progres yang baik.

"Mama, nape bayik lewat? Cibuk cangat ke?" Nada mula sesi menyoal siasat mengambil keterangan daripada suspek.

Rambut yang diikat kemas diusap.

"Sorry sayang, mama ada meeting. Will not repeat it again ya" jari kelinking disua mengajak berjanji.

Nada pun tanpa ragu menautkan jari kecilnya pada jari si mama. Ismael hanya menjadi pemerhati dalam diam. Ada rasa aneh menjentik tangkal hati.

Sesenang itu ke berurusan dengan budak kecil sebaya Nada ni?

Bukan ke menyebalkan kerana budak kecil selalunya banyak akal dan berperangai aneh?















TBC.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 21, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MULAN ISMAEL Where stories live. Discover now