ANGIN di petang hari menerpa wajah bersihnya. Dibiarkan sahaja tudungnya yang berterbangan dek angin petang. Kadang-kadang dia mengedip mata berulang kali agar air matanya tidak mengalir dari matanya yang sudah berkaca.Srekk srekkk.
Dia menarik hingusnya seketika. Kejap-kejap tangannya mengesat air mata di pipi.
"Arghh! Sakit-sakit!" Jeritnya tatkala bauan bawang menusuk ke dalam rongga hidungnya. "Makk! Air air!"
Puan Latifah yang sedang membawa sebakul bawang menggeleng sahaja. Sudah biasa dengan perangai anak daranya yang tak semenggah tu.
"Aihh kamu ni Esha.. kupas bawang baru je 2 ulas.. takkan dah pedih mata tu? Nampak sangat tak pernah masuk dapur."
Alesha yang sedang meniup mata menjeling ke arah suara itu. "Nak start la tu mengata orang. Dasar Mak Limah ketua makcik membawang.."
"Ish kamu ni!" Marah Mak Limah lalu memukul Alesha dengan sawi ditangan. Puan Latifah dan Mak Ani terkekeh ketawa melihat itu. Mereka sudah biasa bergurau senda. Maklumlah, hari-hari bertemu. Jiran la katakan. Itu yang dah selesa antara satu sama lain tu.
"Ni Esha.. kawan baik kamu dah nak kahwin esok. Kamu.. bila lagi?" Tanya Mak Ani sambil menjungkit kening berulang kali.
Alesha menjeling manja. "Jangan ea. Sekali lagi Mak Ani tanya soalan tu, saya nak merajuk sampai tahun depan."
Mak Limah terkekeh ketawa. Puan Latifah hanya menggeleng sahaja. Diletakkan sebekas bawang dihadapan mereka.
Sekarang mereka sedang mengupas bawang untuk anak Mak Ani. Fatiha merupakan anak bongsu Mak Ani. Dan esok merupakan hari perkahwinannya bersama bakal suaminya.
Kerana itulah mereka semua datang membantu bagi memeriahkan lagi suasana kenduri esok hari.
"Kau jangan tanya la dia tu Ani.. sampai bila-bila pun dia takkan kahwin. Takut katanya nak hidup berdua dengan lelaki.. itu yang nak bersendirian je tu.." celah Puan Latifah yang sedang mengupas bawang.
Alesha memuncung sahaja mendengar itu. Dikuis bakul bawang tadi dengan jari runcingnya. Bukannya dia tidak mahu mencari jodoh, namun kebanyakan lelaki datang padanya hanya untuk mengambil kesempatan sahaja.
Alesha ni gadis kampung. Mana mahunya disentuh sesuka hati. Dan lelaki-lelaki yang dia kenali kebanyakan pergaulan bebas. Sentuh sana sini. Peluk perempuan bukan mahram sesuka hati.
Kerana itu lah Alesha dah trauma nak berkenalan dengan kenalan baru. Takut mereka mengambil kesempatan lagi.
Mak Ani hanya senyum mendengar itu. "Biarlah dia.. dia dah biasa hidup sendirian. Dia tak biasa lagi tu nak hidup berdua."
"Kalau tak biasa, kena la biasakan Ani.. tak elok biasakan diri hidup bersendirian. Akan datang nanti, Esha memerlukan seorang lelaki juga disampingnya. Tak semua benda perempuan boleh buat sendiri. Mereka perlukan lelaki."
Kata Mak Limah menidakkan apa yang dikata Mak Ani.
Alesha berdecit. Kena lagi. Ini yang malas ni. Dia bukannya tua sangat. Baru je berumur 28 tahun. Biasa la kan bagi perempuan 28 tahun masih bujang? Malah 30an pun masih ramai bujang diluar sana.
Apa masalahnya?
"Kau tegur la anak aku tu Limah. Penat aku menegurnya. Nanti mula la dia marah aku balik.. sakit kepala aku nak layan budak ni.." Puan Latifah memberi jelingan manja pada anaknya.
Alesha hanya mencebik. "Mak ni.. tolong la Esha.. jangan la menyebelahi makcik-makcik bawang ni.."
Tergelak Puan Latifah mendengar itu. Manakala Ani melempar batang sawi ke arah Alesha. Alesha terkekeh ketawa. Nasib baik sempat elak.
"Fatiha umur 23 tahun tau? Tapi dah berkahwin.. kamu tu.. dah 28. Apa salahnya pergi intai sikit lelaki-lelaki luar sana? Cuba bergaul elok-elok.. takkan lah yang tu pun Mak Limah kena ajar?"
Alesha menjeling Mak Limah. Mak Ani mengangguk. "Yang tu Mak Ani setuju. Cuba keluar ke KL sana. Ramai lelaki dekat situ tau? Cuba la Esha.. tak salah kalau perempuan yang mula dulu. Bak kata orang, perigi cari timba."
Puan Latifah mengangguk. "Bagus. Bagi lagi Ani.. Limah. Dah berbuih mulut aku ni haa. Kali ni giliran korang pula la yang bagi nasihat."
Alesha mendengus. Dilepaskan pisau ditangan lalu berpeluk tubuh dihadapan 3 perempuan tua itu.
"Malaslah.. kalau diorang berniat jahat macam mana? Kalau dia buat apa-apa pada saya macam mana?"
Mak Ani menjungkit kening. "Kalau macam tu, tak perlu la bercinta. Kahwin terus. Nak buat apa-apa pun takde masalah kan? Dah tak berdosa."
Alesha menjulingkan mata. Sakit hati betul. Asyik nak menang je orang tua depan dia ni..
"Betul.. mak sokong Mak Ani kali ni." Kata Puan Latifah sambil mengangguk laju. Alesha berdecit. "Mak! Apa ni?"
"Apa? Betul apa yang dikata Mak Limah dan Mak Ani kamu tu.. mak setuju kali ni."
Alesha menjeling Mak Limah, Mak Ani dan Puan Latifah yang sedang senyum ke arahnya. Alesha memuncung.
3 lawan 1? Memang dia kalah la..
"Fine! Kalau macam tu, mak cari lah seorang untuk Esha. Apa-apa keputusan, Esha terima. Haa pergi la cari pergi!"
Marah Alesha lalu sambung mengupas bawang. Bersinar mata Puan Latifah mendengar itu.
"Betul ni? Nak mak carikan?"
Alesha mengangguk tanpa ragu-ragu. "Pergilah cari. Esha yakin pilihan mak betul dan tepat. Esha malas nak bercinta. Nak kahwin terus."
Tersenyum lebar 3 perempuan tua itu ketika ini. Terutama sekali Puan Latifah.
"Kalau mak pilih dia, Esha terus berkahwin dengan dia la eh? Boleh?"
Alesha mengangguk lagi. "Hmm. Esha kahwin terus. Puas hati mak?"
Hampir terlompat keriangan Puan Latifah dibuatnya. Nasib baik tak terlorot kain batik dia tu. Tapi tak mengapa. Asalkan dia dapat menantu.
Alah, setakat cari lelaki tu senang je la.. dia mempunyai ramai kawan yang ada anak lelaki muda. Tak salah kalau dia masuk jarum kan?
TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
ANEEQ : PLAYBOY OBSESSION [EBOOK]
RomancePernah ke kita dengar playboy obses? Nope. Never. Kerana dalam fikiran mereka hanya untuk bermain-main cinta dengan semua perempuan yang diketemui. Tak pernah terlintas langsung di hati mereka untuk jatuh cinta pada semua gadis tersebut. Ya, begitul...