"AGAIN?" Dia memejam mata kejap tatkala mendengar soalan itu daripada ibunya. Diperhatikan sahaja gambar didalam gallery telefon ibunya ketika ini. Gambar itu merupakan gambarnya bersama perempuan berpelukan di tepi pantai di malam hari."Orang edit."
Pakk!
"Aww! Mummy!" Jerit Aneeq tatkala ibunya memukul kepalanya dengan beg tangan. Diusap sahaja kepalanya yang jadi mangsa ibunya tadi.
Puan Anessa mencekak pinggang dihadapan anak tunggalnya itu. Dicerlung tajam riak berkerut anaknya. Geram dengan sikap anaknya yang sering melakukan dosa terang-terangan.
"Masih lagi alasan yang sama? Jangan tipu mummy. Takkan la orang rajin sangat nak edit gambar Aneeq? Satu lagi, gambar ini ditangkap oleh bodyguard mummy. Celah mana editnya tu?"
Aneeq memuncung sahaja. Dulu dia tak pernah terkantoi. Namun setelah dia ditangkap oleh ibunya ketika dia berjalan dengan seorang perempuan, ibunya terus mengupah orang untuk perhatikannya.
"Mummy tak kisah tau kalau Aneeq nak keluar dengan mana-mana perempuan sekalipun. Itu hak Aneeq kerana Aneeq dah mencecah 25 tahun. Mummy yakin Aneeq ada perasaan untuk bercinta..
...tapi masalahnya disini, setiap gambar yang ditangkap oleh bodyguard mummy menunjukkan bahawa perempuan yang Aneeq jumpa adalah perempuan berlainan. Apa maksudnya tu hm? Masih lagi dengan sikap permainkan perasaan perempuan? Macam tu?!"
Terpejam mata Aneeq apabila ibunya menjerkah dihadapannya.
"Alah awaknya.. biar la dia.. bukannya dia buat benda tak baik. Daddy pun pernah jadi macam Aneeq tu.. suka keluar dengan perempuan berlainan."
Ujar Tuan Nubhan yang baru sahaja turun dari tangga. Dikenyit mata kepada anaknya itu. Aneeq sengih. Dibalas kenyitan mata bapanya.
Tuan Nubhan tu pun bekas playboy juga tu..
Puan Anessa menjeling. "Elok sangat la tu? Jangan normalkan benda macam ni tau abang.. tak elok mainkan perasaan orang."
Tuan Nubhan mengangguk. "Betul juga tu.. pandai-pandai la Aneeq jawab dengan mummy ye? Daddy nak basuh kereta jap. Kotor sangat kereta tu. Macam hati Aneeq." Ujar Tuan Nubhan selamba seraya kaki melangkah ke luar rumah.
Hampir jatuh rahang Aneeq mendengar itu. What? Kotor seumpama hati dia?
Kasar gurauan daddy ni..
"Look at me Aneeq Nufael." Ujar Puan Anessa sambil berpeluk tubuh. Aneeq mengeluh. Dia terus berpaling ke arah ibunya lalu menjungkit kening.
Puan Anessa menggeleng. "Entah apa nak jadi dengan Aneeq ni. Berapa kali dah mummy nasihat tapi langsung tak jalan. Minggu lepas Aneeq dah janji nak berubah tapi mummy langsung tak nampak perubahan Aneeq. Malah lagi teruk pula tu."
Aneeq menggaru telinga. Ni malas ni. Ibunya sentiasa berleter. Kerana itulah Aneeq selalu keluar rumah setiap masa. Malas nak dengar suara mummynya la..
Puan Anessa mengeluh. Dia melangkah menghampiri Aneeq lalu mengusap lengan anaknya itu.
"Aneeq.. Aneeq dah besar.. dah makin dewasa.. bukan lagi 20..bukan 21 atau 22.. tapi dah 25 Aneeq.. 25. Tak boleh ke Aneeq cuba berfikir matang sikit? Aneeq sepatutnya dah boleh beza mana yang baik dan mana yang buruk.. Aneeq tahu kan apa kesan permainkan perasaan perempuan?"
Aneeq menggaru telinga yang tidak gatal. Kerana inilah dia malas balik awal. Biasanya dia balik lewat malam sewaktu ibubapanya sudah tidur. Kerana mummynya itu kuat berleter. Sakit kepala Aneeq dibuatnya.
Puan Anessa menggeleng melihat reaksi Aneeq. Faham sangat sikap anaknya yang cepat serabut jika dia meleter panjang-panjang.
"Kalau taknak mummy berleter, ubah la sikap tu. Mummy takkan ganggu Aneeq kalau Aneeq berusaha untuk berubah. Tapi sekarang? Mummy langsung tak nampak perubahan Aneeq. Aneeq cuba ke tidak ni? Hm?"
Aneeq memejam mata kejap. Dia sudah sebati dengan kehidupannya yang dikelilingi perempuan. Sangat mustahil baginya jika dia mampu berubah sekelip mata tanpa bantuan sesiapa. Dia langsung tidak cuba untuk berubah ke arah kebaikan sekarang.
"Nanti eh mummy? Aneeq muda lagi.. bagi la Aneeq lalui zaman muda Aneeq dulu.. nanti-nanti Aneeq berubahlah. Sekarang Aneeq nak makan dulu. Bye mummy!" Aneeq mencium sekilas pipi Puan Anessa sebelum melangkah ke ruangan dapur.
Puan Anessa mengeluh. Digeleng kepalanya melihat anaknya berlari ke dapur. Bukannya dia tidak tahu anaknya itu ingin melarikan diri dari seorang cepumasnya.
Persoalan Puan Anessa hanya ada dua.
Ubah sikap. Pekerjaan.
Ya. Aneeq jarang masuk kerja di tempat bapanya. Dia lebih memilih untuk berfoya-foya. Bapanya pernah menegur tentang kerja tapi Aneeq buat tak endah.
Degil budak tu.. sakit kepala Puan Anessa dan Tuan Nubhan dibuatnya.
"Apa nak jadi la anak teruna ni sorang.. sakit kepala betul nak nasihat dia.. pening pening.." keluh Puan Anessa seraya memicit kepalanya yang hampir pitam dek kenakalan anak tunggalnya.
Sedang-sedang dia memicit kepala, dia mencelik mata apabila teringat akan seseorang. Senyumannya melebar tatkala dia teringat akan kawan baiknya zaman sekolah dahulu.
Rakan baik yang terpisah lamanya selepas mereka mendirikan rumahtangga. Namun, Puan Anessa masih ingat akan nama serta wajah itu. Cuma Puan Anessa tiada nombor telefon rakannya itu kerana rakannya menukar nombor telefon.
"Abang! Saya nak tanya sesuatu!" Jerit Puan Anessa kepada suaminya. Kaki mengorak langkah mendekati si suami yang sedang membasuh kereta di halaman rumahnya.
Suaminya kenal suami kawan baiknya itu. Apa salahnya jika dia bertanya Tuan Nubhan kan? Kerana Tuan Nubhan ingat segalanya tentang kawan baiknya itu.
TBC🤍
Siapa pula tu..VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
ANEEQ : PLAYBOY OBSESSION [EBOOK]
Lãng mạnPernah ke kita dengar playboy obses? Nope. Never. Kerana dalam fikiran mereka hanya untuk bermain-main cinta dengan semua perempuan yang diketemui. Tak pernah terlintas langsung di hati mereka untuk jatuh cinta pada semua gadis tersebut. Ya, begitul...