BAB 3

2.2K 185 12
                                    



ALESHA mengibas baju kurungnya yang berpeluh. Sedari tadi dia melayan tetamu yang hadir ke perkahwinan kawan baiknya. Alesha ni pendiam sahaja orangnya namun dia pandai melayan perbualan orang tua.. dia tidak bersikap kurang ajar pada orang tua dan tetap melayani mereka walaupun dia penat sekalipun.

"Aih.. panasnya.. kenapa la siap pakai baju bertema.. tak boleh ke bagi aku pakai tshirt je?" Omel Alesha perlahan. Dia sentiasa memakai baju kurung ketika pergi kemana-mana bersama ibunya.

Dia tidak kisah berbaju kurung setiap hari kerana dia sudah terbiasa dari kecil lagi. Dia sudah dididik begitu dari dulu.

Tapi masalahnya sekarang, dia melakukan kerja. Buat kerja dengan memakai baju kurung.. siapa je tak rimas kan?

Sedang-sedang dia mengeluh, dia meregangkan otot lehernya. Kepala menoleh ke hadapan iaitu di khemah pengantin. Dia memuncungkan bibir melihat tetamu yang datang berpasangan.

Kebanyakan mereka adalah pengantin muda. Ada juga yang mempunyai anak seorang.. ada juga yang seumpama pasangan kekasih.. jarang dia nampak orang datang ke sini keseorangan.

Dia yakin semua itu adalah kawan kepada Fatiha kerana kelihatan mereka muda belaka.

Alesha mengendurkan bahu. Dia menunduk lalu ditilik jemarinya.

Ya. Kosong. Kedua-duanya kosong. Tiada cincin dijari yang menandakan dia bukanlah milik sesiapa. Keluhan berat dilepaskan. Ditongkat dagu ke meja dengan mata terpejam.

Tahun ini dia sudah masuk 28 tahun.. baginya usianya begitu lanjut untuk menjadi bujang.. tapi nak buat macam mana kan? Dia bukanlah gemar dengan percintaan.. dia juga takut untuk mengenali seseorang..

Dia takut.. jika disakiti dengan cinta. Dia takut dia merana dalam percintaan apatah lagi sekarang banyak isu curang dan pukul perempuan. Sudahlah Alesha ni lemah lembut orangnya.. nampak je ganas tapi dia lembut sahaja sebenarnya..

Air mukanya pun sudah lembut. Bulu mata melentik.. hidung tak berapa mancung.. bibir pula pink pucat.. kening terletak elok. Pipi sedikit tembam.. mata bulat. Kulit putih memerah.. aih.. nampak lemah sahaja.

"Esha.." Alesha menoleh ke arah suara itu. Dia senyum tipis kepada seorang jejaka yang amat dia kenali. "Abang Hilman..." bisiknya perlahan lalu bangun dari duduknya.

Hilman senyum. "Takpa.. duduk je. Mesti Esha penat kan kehulur kehilir dari tadi?" Hilman duduk di kerusi ditepi Alesha. Alesha mengangguk perlahan. Dilabuhkan semula punggung ke kerusi.

Hilman mengeluh. Mata memandang sekeliling. "Aih.. semua dah kahwin. Tinggal lah abang ni je tak kahwin-kahwin.."

Alesha gelak perlahan. "Atleast abang dah ada tunang. Esha ni? Jangan kata kekasih, bercinta pun tak pernah.."

Hilman menoleh ke arah Alesha lalu senyum. Ditongkat dagu memandang adik sepupunya ini.

"Kenapa Esha tak cuba bercinta?" Alesha memuncungkan bibirnya. Dikemaskan sedikit tudung bawalnya lalu menongkat dagu memandang Hilman.

Tersenyum dia melihat sepupunya itu. Wajah Hilman kacak.. pakaian Hilman juga bergaya. Dia pernah terjatuh cinta pada Hilman ketika kanak-kanak dulu.

Ahak! Malu pula bila diingat balik.. nakal betul Alesha ni. Kecil-kecil dah gatal..

"Malas lah.. takut lah abang.." Hilman menggeleng. "Pernah dengar tak? Tak kenal maka tak cinta..." Alesha mengangguk.

Hilman senyum. "Pernah dengar tak? Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.."

"Pernah abang.."

"Sekarang ni.. abang tak nampak dimana kekuatan Esha dalam mencari cinta.. dalam percintaan tak selalu indah Esha.. ada buruk baiknya. Ada pahit dan juga manisnya.. abang tahu Esha takut nak lalui semuanya tu kan?"

Alesha mengangguk. Sememangnya dia akan mengalah jika Hilman mula berkata-kata. Maklumlah, Hilman tu tua 2 tahun dari dia. Jadi, dia sememangnya akan mendengar kata-kata lelaki itu.

Baginya, Hilman adalah pengganti arwah bapanya. Kerana Hilman seringkali menjaga dia sekeluarga serta memberi nasihat kepada dia.

Hilman mengeluh perlahan. "Untuk memperoleh kejayaan, harus lalui kegagalan. Dan untuk memperoleh kebahagiaan, harus lalui kekecewaan.. abang harap Esha faham apa yang abang ucap. Abang bukannya nak paksa Esha tentang perkahwinan ni.. tapi abang kasihankan maksu tu.. maksu selalu beritahu abang yang dia nak sangat ada lelaki dalam keluarga dia.. dia ingin sangat ada seorang lelaki yang menjaga anaknya.. dia taknak Esha bersendirian.."

Alesha menunduk. Bergetar bibirnya mendengar itu. Memanglah dia selalu bergaduh manja dengan ibunya itu, namun dia tetap sayang akan wanita tua itu. Mana mahunya dia sanggup menyakiti dan mengecewakan Puan Latifah..

"Cuba okay? Abang yakin Esha boleh.. Esha cantik.. baik.. lemah lembut.. tutup aurat dengan sempurna.. mustahil tiada sesiapa yang nakkan Esha.. cuma Esha je yang tak layan mereka kan?"

Alesha sengih. Digaru kepalanya yang tidak gatal. Ya, dia bukannya jenis bersosial dengan lelaki. Lelaki pandang pun dia buat tak endah. Kadang-kadang dia menunduk menjaga pandangan.

"In Shaa Allah, abang.. Esha cuba.."

Hilman mengangguk. "Abang tak paksa. Tapi kadang kala kita kena keluar dari zone selesa kita. Jika Esha selesa bersendirian, selepas ini Esha kena cuba selesa berduaan dengan pasangan Esha."

Alesha mengangguk lagi. Memang begitulah dia jika Hilman mula memberi nasihat. Nak dilawan, tapi nanti dia juga yang kalah hmm..

"Esha.. jom ikut mak pergi pasar jap. Nak beli barang." Puan Latifah datang dari arah belakang dengan beg ditangan. Alesha panggung kepala. Dia bangun dari duduknya lalu mengangguk.

Hilman bangun dari duduknya. "Maksu.." ujarnya lalu tangan menyalami tangan ibu saudaranya. Puan Latifah senyum. Diusap kepala anak saudaranya itu.

"Baru sampai ke?"

Hilman mengangguk. "Ya maksu.. banyak sangat kerja dekat pejabat tu.. sakit kepala Man.. nak-nak lagi anak CEO tu langsung tak bertanggungjawab dalam kerja dia. Aishh apa nak jadi la.."

Alesha dan Puan Latifah tergelak mendengar omelan Hilman. Hilman seringkali memberitahu mereka bahawa anak CEO syarikat tempat bekerjanya itu hanya buat tak endah dengan pekerjaannya. Kadang-kala ikut atas mood.

Kalau dia nak masuk, dia masuk. Kalau taknak, dia akan MC. Sakit kepala Hilman dibuatnya.

Nasib baik kawan baik dia sendiri.. kalau tak, dah lama dia report orang atasan tentang kawan baiknya itu.

"Haih macam-macam orang sekarang.. sabar je la ye? Nanti dia berubah la tu.. tak silap maksu, Man ada beritahu yang dia baru berumur 25 tahun kan? Muda lagi la kiranya.."

Hilman mengangguk. Dia sememangnya akan bercerita segalanya kepada Puan Latifah dan Alesha kerana mereka suka mendengar celoteh Hilman. Heheh.

"Maksu pergi dulu.. dah lewat nak ke pasar ni."

Hilman mengangguk. Disalami tangan tua Puan Latifah. "Nak Man hantarkan tak?"

Puan Latifah menggeleng. "Tak payah la.. depan tu je. Bukannya jauh sangat. Maksu dah biasa jalan kaki dengan Esha je."

Hilman mengangguk. "Ye lah. Hati-hati maksu dan Esha.. Man doakan Esha terserempak jodoh nanti."

Tercetus tawa Puan Latifah. Alesha pula menjeling lelaki itu. Amboi dia tu? Tersengih-sengih lepas perli orang.. biashe dia tu.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

ANEEQ : PLAYBOY OBSESSION [EBOOK]Where stories live. Discover now