ANEEQ berdecit tatkala ibunya mengheretnya datang ke pasar. Kata ibunya dia ingin mengajar Aneeq mengenali barangan basah di pasar agar Aneeq kenal akan semua itu. Nanti mudahlah lelaki itu menolong bakal isterinya di dapur."Taknak la mummy.. busuk la dekat sini.." geram! Ada ke patut Puan Anessa sorokkan kunci motor dan kereta dia sewaktu dia ingin keluar bersama perempuan lain tadi? Puan Anessa hanya memberikan kunci itu jika Aneeq bersetuju untuk menemaninya ke pasar.
Akur. Kerana itulah Aneeq berada disini dengan penuh keterpaksaan..
Puan Anessa menjeling anaknya. "Busuk-busuk pun itu juga yang masuk dalam perut. Tak payah nak gedik sangat. Cuba tengok ikan-ikan tu. Semuanya masuk ke dalam perut Aneeq nanti. Sekarang je busuk, nanti lepas cuci bersih-bersih, dah tak berbau la.."
Bebel Puan Anessa sambil mata melihat bahan masakan disitu. Aneeq mencebik. Kejap-kejap dia memicit hidungnya. Sumpah dia tidak tahan menghidu bauan seperti ini!
Puan Anessa menyeluk tangan ke dalam begnya tatkala dia merasakan getaran dari begnya. Terbit senyuman di bibir apabila dia kenal gerangan yang menelefonnya.
"Aneeq.. ambil senarai ni. Pergi beli dekat kawasan sayur-sayuran sana. Mummy nak jawab call jap." Puan Anessa memberikan kertas kepada anaknya lalu dia melangkah pergi dari situ.
Tercengang kejap Aneeq. Ditunduk memandang kertas di tangan. Hembusan kasar dilepaskan. Apa benda ni?
Sawi? Kobis? Tomato? Serai? Bukannya dia kenal semua bahan masakan tu!
"Apa benda ni sial.. aku tak suka la benda macam ni." Gumamnya perlahan namun kaki tetap melangkah ke kawasan sayur.
Nak taknak dia kena pergi juga. Malas nak dengar ibunya berleter punya pasal.
Aneeq melangkah ke penjual sayur-sayuran. Terjungkit keningnya melihat warna kehijauan dihadapannya ketika ini.
"Yang mana sawi? Mana la aku kenal menatang ni.." bisiknya seorang diri.
"Ya dik? Nak beli apa?" Tanya penjual itu. Aneeq panggung kepala. Dia berdehem kejap. "Err nak sawi." Penjual itu mengangguk.
"Nak berapa rm ya?" Aneeq menggaru kepala. Haa sudah! Dia bukannya reti. Sudahlah ibunya tidak meletak berapa harga yang dia nak di kertas tu.
"Akak.. bagi saya sawi rm2 ya.." Aneeq menoleh ke arah suara lembut itu. Terjungkit keningnya melihat seorang gadis bertudung paras dada dan juga memakai baju kurung. Aneeq senyum senget.
Fuh.. badan mantul.. mesti anak dara ni.. bisik Aneeq dalam hati.
"Kejap ya dik. Akak layan adik ni jap." Kata penjual itu kepada Aneeq. Aneeq mengangguk. Namun mata hanya tertancap ke arah gadis dihadapannya.
"Esha.. datang seorang je ke hari ni?" Tanya penjual itu seraya memasukkan sawi ke dalam plastik. Aneeq mengerdip mata. Esha? Wow.. so hot nama tu.
Aneeq berpeluk tubuh. Matanya gatal menganalisis badan Alesha dari atas ke bawah. Memang begitulah cara dia melihat perempuan. Dia akan menilik badan perempuan dan akan 'scan' bentuk badan perempuan itu.
Dengan kata lain, dia ni mata keranjang!
"Datang dengan mak, acik. Tapi mak kata nak berbual dengan kawan dia tadi. Itu yang Esha datang beli seorang diri ni.."
Penjual itu mengangguk. Dia memberikan plastik sawi itu kepada Alesha. "Terima kasih acik.. sarangheyo.."
Tergelak penjual itu. Comel sahaja cara Alesha bercakap. Suka pakai bahasa asing dia tu. Kebanyakan penjual disini sudah mengenali Alesha kerana Alesha sering datang ke sini bersama ibunya.
Penjual itu menoleh ke arah Aneeq. "Ya dik? Adik nak berapa tadi? Acik lupa.." Alesha terus menoleh ke arah Aneeq. Mata Aneeq yang menganalisis badan Alesha tadi automatik merenung mata Alesha tatkala mata bulat itu mengerdip padanya.
Aneeq senyum manis pada Alesha. Seumpama dia memberikan senyuman kepada perempuan lain. Alesha kemam bibir. Alamak! Pertama kali lelaki senyum manis seperti ini!
Mana taknya? Sebelum ini Alesha hanya menunduk sahaja bila lelaki memandangnya. Namun kali ini dia tak sengaja merenung anak teruna orang tu.
Penjual garu kepala. Aih. Dia saling merenung pula dah depan gerai sayur aku..
"Adik nak berapa ya?" Tanya penjual lagi.
Aneeq senyum pada Alesha. "Nak dia.. boleh?" Tanya Aneeq dengan senyuman menggoda. Berkerut halus dahi Alesha mendengar itu.
Dia senyum kekok. "Encik nak beli sawi ye? Nak saya tolong ke?" Tanya Alesha apabila dia memandang kertas di tangan Aneeq. Dia yakin Aneeq tidak tahu cara membeli.
Lihat sahajalah pakaian lelaki itu. Bertshirt rapi serta memakai seluar jeans. Biasanya orang datang ke pasar pakai pakaian biasa je. Tapi Aneeq ni? Dah macam nak ke mall pula.
"Encik? Hello?" Panggil Alesha seraya melambai tangan dihadapan Aneeq. Tersentak Aneeq dari lamunan. Lebih kepada menilik anak dara orang.
Aneeq berdehem. "Err ni. Saya.. nak minta tolong awak carikan bahan ni boleh? Saya tak pandai." Ujar Aneeq seraya menghulurkan kertas kepada Alesha.
Alesha menyambut huluran itu. Dibaca satu persatu perkataan yang tertera. Aneeq senyum senget melihat bibir mungil itu terkumat-kamit membaca tulisan di kertasnya. Sememangnya dia suka menilik bibir orang.
Baginya sedap!
Eh?
"Ooo boleh.. saya boleh tolong encik.. saya anggarkan pembelian ni untuk seisi keluarga boleh?" Tanya Alesha lalu panggung kepala ke arah Aneeq.
Aneeq mengangguk. "Boleh. Keluarga saya tiga orang."
Alesha mengangguk. "Ooo okay kejap. Acik, bagi Esha sawi RM2, tomato 3, kobis RM1, lobak RM2, lada kecil satu plastik, lada besar satu plastik, daun sup RM1.."
Penjual itu mengangguk. "Ok Esha. Kejap."
Alesha senyum pada penjual itu. Manakala Aneeq pula menilik wajah gadis itu. Senyuman masih tak lekang di bibirnya. Mana taknya? Gadis ini sangat lemah lembut melalui perkataan.
Cara gadis ini berbicara dengan penjual tadi sangat lembut.. mata pula menatap mata penjual. Baginya perempuan dihadapannya ini perempuan baik.. perempuan yang tidak kurang ajar pada sesiapa.
"What's your name?" Alesha menoleh semula ke arah lelaki tadi. "Ha?"
"Nama awak.. apa nama awak?"
Alesha senyum. Dia menggigit bibir. Malu! Tapi dalam masa yang sama perkataan Hilman masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.
'Cinta harus dicari.'
Alesha kemam bibir. Dia senyum lebar kepada Aneeq. Aneeq meneguk liur. Halkumnya bergerak-gerak melihat senyuman menawan daripada Alesha.
"Nama saya Alesha.. semua orang yang rapat dengan saya panggil saya Esha.."
Aneeq mengangguk. "Saya? Boleh saya jadi rapat dengan awak?" Tanyanya dengan senyuman senget. Alesha terus memandang ke arah lain.
Berona merah wajahnya tatkala mata Aneeq merenungnya tidak lepas dari tadi.
"Esha!"
Alesha dan Aneeq menoleh ke arah suara itu. Esha senyum kepada Puan Latifah serta dengan seorang wanita di tepi Puan Latifah. Dia kenal wanita itu kerana dia sudah menyapa Puan Anessa sebelum dia pergi membeli sayur tadi.
Berkerut dahi Aneeq melihat ibunya juga turut datang bersama wanita yang berbaju kurung itu.
TBC🤍
Awalnya pandang pandangan~ habis itu senyuman-senyuman, datang la perasaan~VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
ANEEQ : PLAYBOY OBSESSION [EBOOK]
RomancePernah ke kita dengar playboy obses? Nope. Never. Kerana dalam fikiran mereka hanya untuk bermain-main cinta dengan semua perempuan yang diketemui. Tak pernah terlintas langsung di hati mereka untuk jatuh cinta pada semua gadis tersebut. Ya, begitul...