Terasa seperti ada nafas seseorang dileherku,aku terus membuka mata dan terdapat susuk seorang lelaki yang mengejar aku dihutan tadi.
"Welcome home,my dear".Sapa Zayyan sambil tersenyum senang kerana dapat menangkap aku.Membuatkan aku rasa hendak luku sahaja kepalanya.Nasib baik tangan aku ni terikat.
"Lepaskan saya boleh tak,saya tak suka la awak buat macamni.Geli tahu tak".
Yela siapa suruh hidu anak dara orang sesuka hati dia.
Belum sempat Zayyan menjawab ,pintu dihadapan kami di tendang dengan kasar.Muncul satu figura yang memakai hoodie dan aku tidak dapat mengenali pun wajahnya.Seolah ini kali pertama kami bertentang mata.Lama aku merenung wajahnya sehingga...
"Are you staring at me, you are attracted to my handsomeness, right?"
kata lelaki yang memakai hoodie itu.Aku paling pantang betul orang perasan ni.Memang aku cakap.."Dahla pakai hoodie,bercakap pun benda yang cliche".
Boleh nampak riak Zayyan sekarang ni macam nak tergelak tetapi cepat sahaja riaknya bertukar marah.
"Are you trying to steal mine?" Nadanya berbunyi seperti sedang menahan kemarahan.
Tiba-tiba aku dapat merasakan ada satu picagari yang disuntik di bahu kanan aku.Sangat sakit,mata aku mula kabur dan dapat aku dengar suara Zayyan tapi tidak jelas.
"I'm sorry, Darling. You're only mine and I won't give you to anyone, including this useless man".
YOU ARE READING
She's Mine
ActionTiada rakan bukanlah sesuatu masalah baginya.Dia lebih suka hidup berseorangan sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia.Tapi dia juga mahukan teman hidup untuk selamanya.Apabila dia sudah mula menyukai seorang perempuan,dia akan pastikan perempuan itu...