Bab 4

97 7 0
                                    

Sudah sebulan aku bersendirian di rumah.Sejak Mama dan Papa tinggal di kampung.Aku mula rindu pada mereka,walaupun aku selalu call mereka.Tapi tak sama dengan jumpa depan-depan.Hari ni aku nak buat suprise balik kampung tanpa pengetahuan Mama dengan Papa.
Aku awal-awal dah booking tiket bas.Jadi sekarang ni aku dekat stesen bas dengan sebuah bagasi dan totebag.
Aku minta cuti dekat bos 3 hari je.Bolehla buat ubat rindu aku pada mereka di kampung.

Lambat-lambat aku berjalan menuju ke kaunter.Yela,siapa suruh pakai heels kan dah susah nak jalan.Bukan apa,harini aku rasa macam nak pakai sebab kasut ni pun Papa hadiahkan dekat aku masa birthday aku haritu.Kalau letak dalam rak kasut tu sampai bila-bila lah jadi belacan,bukan setakat belacan je.Boleh jadi tempoyak terus.Cakap pasal tempoyak ni,aduh mula la air liur aku nak kecur.Sedapnyaa.Tak sabarnya nak balik.Rindu masakan Mama.

Terasa seperti ada orang yang melanggar bahuku,terus aku berpusing.Dia juga turut memandangku.

"Im sorry,saya tak perasan"

"Marissa kan?"sambung lelaki itu,kalau tak silap dia lah lelaki yang dibelasah oleh seorang lelaki yang memakai hoodie tempoh hari lepas.

"Ehh,awakk..." kataku sebab aku tak tau nama dia, aku lupa nak tanya nama dia haritu.

"Tak sangka kita boleh berjumpa kan,macam jodoh pulak"

"Eh hehe" aku senyum sedikit,awkward sebenarnya.

"Oh btw,awak nak balik kedah kan?"

"Ehh macam mana awak tahu?"

"Err selalunya kan orang datang sini nak balik kampung" jawabnya lagi sambil menggaru belakang kepalanya.Macam tak senang duduk pulak mamat ni aku tengok.

"Ohh,kalau macam tu saya pergi dulu lah" dia meminta diri.Seperti kalut sahaja dia bergerak.

"Okeyy,byee"

Terus kami bergerak ke haluan masing-masing.

Selepas aku meletakkan beg di tempatnya.Aku terus duduk di atas kerusi sambil meletakkan headphone di kepala aku.Boleh la guna untuk dengar lagu ke.Takde la bosan sangat nanti.Sedang aku dengar lagu,aku pun terlelap.

Dah sejam aku dalam bas ni,sampai naik lenguh dah pinggang aku.Aku pandang ke sisi,macam nak hujan je.Sekarang ni baru pukul 10 pagi.Nampak air hujan rintik-rintik dekat tingkap sebelah aku.Aku tarik sedikit baju aku sebab anginnya terlalu sejuk bercampur dengan aircond dalam bas ni,fuhhh.Boleh beku terus.

Baru aku hendak memejamkan mata,terasa seperti bas yang aku naiki ini berpusing 360 darjah.

Kedengaran suara orang ramai memenuhi ruang bas.Kecoh.

Aku terjatuh ke lantai bas dan cuba untuk bangun semula dengan memegang kerusi orang depan.Aku gagahkan juga.Aku memandang ke depan untuk melihat apa yang jadi.Rasanya seperti accident .Betul la.Bas ni terlanggar pokok besar yang tumbang.

"Saya dah check tadi laluan ni sebelum saya ambil orang,memang tak ada pun pokok yang tumbang." kata pemandu bas tersebut kepada salah seorang penumpang.

Aku hendak memandang ke sekitar,tiba-tiba aku terlihat seseorang berhoodie di sebalik sebatang pokok.Aku gosok sedikit mataku untuk memastikan apa yang aku lihat tadi.Dengan hujannya mana lah tahu,aku silap tengok.Susuk tadi terus hilang.Mungkin perasaan aku je kot,dalam keadaan yang tidak berapa terkawal.Macam-macam yang kita boleh terfikir.

Teng..teng....

Microphone di dalam bas berbunyi.Semua orang memberi perhatian yang penuh untuk mendengar apa yang disampaikan oleh pemandu bas tersebut.

"Diminta bertenang semua"

"Semua penumpang diminta turun dari bas,sementara menunggu bantuan dari bas lain untuk tiba sebentar lagi."Sambungnya lagi.

She's MineWhere stories live. Discover now