Sudah sebulan aku bekerja di Cafe.Harini family aku semua keluar pergi bercuti so aku jela yang ada dekat rumah dan harini jugak aku cuti so aku decide nak pergi mall sebab barang-barang skincare aku banyak yang dah habis.Time gaji banyakla best nak shopping.Lagipun minggu lepas Aina kata dia nak jumpa aku ,ada hal nak bincang katanya.So alang-alang nak keluar ni boleh la ajak Aina sekali.Aku terus ambil fon dan dail nombor dia.
"Assalamualaikum,Aina".Aku memberi salam.
"Waalaikumussalam.Ye,kenapa call aku pagi pagi ni"
"Aku ingat nak ajak kau keluar petang ni,boleh tak?"
"Ehh boleh je,takde masalah lagipun haritu kan aku ada ..."
Prangg!!
Tak sempat Aina nak sambung ayatnya,tiba -tiba ada bunyi kaca jatuh dari dapur aku.
"Eh Rissa,bunyi apa tu?"tanya dia.
"Weh,okelah kita jumpa petang ni jelah.Aku nak pergi tengok ape jadi kat dapur tu"
Aku tamatkan panggilan dan terus menuju ke dapur.Nak kata aku pelihara kucing,aku je takut kucing.Celah mana pulak kucing tu boleh masuk.Jangan jangan ada..
Aku menggelengkan kepala.Mustahil ada makhluk tu pagi pagi macamni.Aikk,tadi aku dengar bunyi kaca jatuh dekat dapur.Kenapa bersih semacam je.Takkanla jiran sebelah pulak,bunyi kuat kot.Dengan perkara yang membelenggu difikiran aku sekarangni,baik aku pergi mandi. Aku terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan badan.
"Dengar laraku~~suara hati ini memanggil namamu,karna separuh aku menyentuh laramu~~"
Aku menyanyi sambil memegang berus gigi seakan-akan menggunakan mikrofon.Tiba-tiba aku ternampak ada flash dari tepi.Ehh takkanla ada kilat pulak.Laju betul hilang.Ahh tak kesahlah,matahari kot.
Aku hiraukan sahaja dan menyambung nyanyian tadi._____
Aku semburkan perfume Victoria's Secret Bombshell.Hermm....aku sedut bauan tu dalam-dalam,sedapnya bau.Aku keluar dari bilik dan terus ke rak kasut sambil sarungkan kasut.Sedang aku mengunci pagar.Aku terasa seperti ada benda tajam yang sedang mencucuk di tapak kaki ku.Ergg sakitnya...
Aku terus membuka kasut aku dan terdapat banyak serpihan kaca didalam kasut.Darah pekat mengalir dari tapak kaki kelihatan dengan jelas.
Dari mana pulak kaca ni ada,Aduhhh masa macam ni jugaklah kau nak ada dalam kasut.Sakitnyaa...,Mama tolong....Kalau kaki aku macam ni,macam mana aku nak jalan.Takkan nak suruh Aina pimpin aku dengan terhenjut-henjut macam ni.Aku terus menuju ke dalam rumah untuk mendapatkan peti kecemasan.
Sambil aku menyapu ubat dan membalut luka di kaki ku itu.Aku mengambil fon dari beg dan mendail nombor Aina untuk memberitahu yang aku tidak dapat keluar bersama oleh kerana kejadian yang menimpa diriku.
"Aina,aku rasa aku tak dapat keluar lah"
"Ehhhh kenapa pulak,kau jangan buat lawak.Aku dah nak sampai depan rumah kau ni"
Selepas aku ceritakan apa yang jadi pada aku terus dia mengatakan bahawa dia mahu berjumpa aku di rumah aku sahaja.
Tok ... Tok.... Tok...
Ha ni mesti Aina dah sampai."Masuklah"
Pintu ditutup dan terus dia berlari menuju ke arah aku yang sedang duduk di atas sofa berbentuk L sambil berlunjur.
"Eh Rissa,teruk sangat kaki kau ni.Sampai berbalut-balut"
Matanya tak henti memerhatikan kawasan kaki ku yang cedera.
"Entahla,aku tak perasan nak buat macam mana kan"
"Tapi aku macam musykil lah,macam mana boleh ada kaca dalam kasut.Kan kau kata kasut kau dekat dalam rak kasut"
Ada betul jugak apa yang Aina cakap.Aku baru tersedar sesuatu.Masa aku nak ambik kasut dalam rak tadi,rak tu tak berkunci.So maksudnya ada orang sabotaj aku lah kann.
"Wehh,aku baru ingat.Tadi masa aku nak ambik kasut dalam rak,rak tu tak berkunci pun.Selalunya kan aku akan kunci"
Aku tak pernah skip pun untuk kunci rak kasut sebab takut kena curi dengan orang yang saraf otaknya tak berfungsi.
"Aku rasa ada yang tak kena lah,Rissa.Better kau hati-hati.Ataupun kau pasang cctv je lagi senang"
Apapun sekarang ni aku rasa tak senang duduk.Gelisah.Siapa pulak nak sabotaj aku,aku tak bermusuh dengan siapa-siapa pun.Rasa seperti diperhatikan,aku toleh ke atas.Tiada apapun.Mungkin perasaan aku atau memang ada orang lain yang ceroboh kawasan rumah aku.Tapi siapa??
YOU ARE READING
She's Mine
ActionTiada rakan bukanlah sesuatu masalah baginya.Dia lebih suka hidup berseorangan sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia.Tapi dia juga mahukan teman hidup untuk selamanya.Apabila dia sudah mula menyukai seorang perempuan,dia akan pastikan perempuan itu...