Bab 6

147 4 0
                                    

Aku mahu menyelesaikan misi aku sekarang untuk melarikan diri.Walaupun langit pada masa sekarang sangat gelap.Aku tak kira.Aku tak nak duduk sini dengan dia.Perlahan aku intai disebalik lubang yang baru sahaja aku tebuk menggunakan pisau yang aku jumpai di dalam kotak tadi.Untuk memastikan kelibat dia tiada supaya senang untuk aku melarikan diri dari sini.

Tanpa melengahkan masa,aku terus membuka pintu bilik dengan perlahan agar tidak didengari oleh dia.Rasa bangga mula menjalar dalam diri kerana aku dapat membuka pintu bilik ini menggunakan skill yang diajar oleh Aina semasa bilik aku terkunci dulu.Dengan perlahan aku mula menapak untuk menuruni tangga dan terus menuju ke pintu belakang dapur tersebut.

Sebelum aku nak buat kerja ni,aku dah fikir macam-macam plan.Harap menjadilah.Kalau kantoi memang nasib tak menyebelahi aku.Tak apa,kita cuba.

Aku terus keluar dari pintu belakang tu dan berlari keluar dari rumah tu dengan cepat supaya dia tidak perasan yang aku keluar dari situ.Takut pulak kalau dia pasang perangkap ke apa.Aku terus berlari dengan lebih jauh agar tidak dijumpai oleh dia.

_____

"SHIT!".Dia menendang pintu bilik itu berkali-kali untuk melepaskan amarahnya setelah menyedari perempuan itu keluar dari situ secara senyap.

"Perempuan ni memang tak reti duduk diam ke.Tunggu kau.Aku tahu lah macam mana nak ajar kau.Memang tak faham bahasa betul".Gumamnya sendiri sambil tersenyum sinis.

Dia terus keluar untuk mencari perempuan tersebut.Hutan ni dalam sangat,sangat susah untuk perempuan tu keluar.Dia tahu jalan mana yang mudah untuk mencari perempuan itu.
______

Sedang aku berlari,aku terbunyi seperti orang bersiul.Langkah aku terus terhenti dan berpusing untuk melihat gerangan yang bersiul kuat itu.Aku kecilkan sedikit mata untuk melihat.Tak ada siapa pun.Siapa pulak yang bersiul ni.Jangan lah main-main.
Bulu roma aku terus menegak apabila terasa seperti ada jari yang sedang bermain di belakang leher aku.Tanpa sempat aku berpusing.Dia terus memeluk aku dan mengangkat aku seraya meletakkan aku pada atas bahu dia.Aku meronta-ronta supaya dia lepaskan aku.Cepat betul dia jumpa aku,padahal dah cukup jauh aku lari tadi.Habislah akuu...

"Diam,sebelum aku buat benda yang tak sepatutnya baik kau senyap"

"Saya taknak,lepaslah!!"
"Tolongggg,tolonggg!!"

Terus aku menggigit bahu dia dengan kuat,tapi tiada respon pun.Seakan kena gigit semut.

Dia terus berjalan dengan cepat dan yang aku pasti dia mesti marah aku dan mengamuk kejap lagi.

_____

Dia terus membawa aku ke bilik lain,mungkin kerana pintu yang aku rosakkan tadi membantutkan niat dia untuk guna bilik tu.Dia terus mengunci pintu dan menghempas aku dengan kasar diatas katil yang berada disebelah tingkap.

"Aduhh,sakitlahh"

"Kau nak main-main sangatkan".Seraya itu dia terus melompat ke atas katil dan menindih badanku.Kedua tangannya ditekap pada kanan kiri ku seakan mengunci aku dari bergerak.

"Errr..Awakk,saya mintak maaf sebab lari tadi" gugupku.Kecut perut aku tengok muka dia yang tak ubah seperti singa yang nak terkam mangsa dia.

Dia menyembamkan wajahnya pada ceruk leher aku.Aku nak bergerak tapi tak boleh.Terus aku berpaling ke kanan.

"Apa kata kalau aku balas balik gigitan kau tadi? Baru lah adil kann?" katanya sambil tersenyum senget.

"Hahhh,s-s-saya tak sengaja lahh.Sana lah".Terus aku menolak wajahnya dari bersembunyi di leherku.

"Kau nak lari pergi mana tadi?Kau fikir senang ke nak lari dari aku ha? HAHAHAHAHAHA.Lawak lah kauni."

"Lepaskanlah saya.Saya penatlah."

"Hurmm,I won't.

"You know I want you so bad" dia berbisik ditelinga kiri aku sambil tersenyum psycho.

"So aku ada hukuman untuk kau supaya kau tak lari lagi dari aku,aku ni taknak berkasar dengan kau.Better you behave ye baby sebelum aku guna cara aku yang sebenar."




Vote yeahh kalau tak saya taknak publish untuk next page🤭🤭

She's MineWhere stories live. Discover now