1. Aku bukan yang pertama

91 24 13
                                    


AKU BUKAN YANG PERTAMA

Aku kenal dia sejak dari kecil. Berkawan baik dengan dia sejak dari sekolah menengah. Kitorang masuk universiti yang sama. Semua benda buat sama-sama. Sampaikan aku pernah terfikir adakah dia jodoh aku? Kadang kala, rasa cinta aku mula berputik. Kadang kala, rasa benci dan sakit hati bersatu bila dia mula mengusik aku. Biasalah kawan baik. Apa-apa sahaja akulah yang selalu jadi bahan usikan dia.

Afiq

Bila aku sedar perasaan cinta aku terhadap dia. Aku jadi takut. Takut untuk meluahkan. Katanya, aku hanyalah kawan baik yang akan tutup lukanya sahaja. Aku faham. Mana ada kawan baik yang bercinta. Kesudahannya mestilah patah hati.

Hari itu, hampir sahaja aku terlepas ganggang telefon mendengar berita daripada ibu.

"Alhamdulillah, Afiq dah selamat bernikah"

Aku ingat. Aku ingat lagi pada hari itu. Hari teristimewa aku. Pada hari lahirku dia beri hadiah yang cukup susah untuk aku telan. Satu tahun tiada kabar darinya. Sekarang pasti dia sudah bahagia dengan perempuan pilihan hidupnya. Aku cuba buang perasaanku terhadap dia. Ternyata ia tidak semudah yang aku jangkakan.

Hampir 3 tahun mereka sudah bersama. Hari ini, aku menikmati keindahan dua ciptaan tuhan yang berada di pinggir pantai sedang bahagia bersama anak kecil mereka. Biarlah aku rasa cemburu. Aku sanggup asalkan dia bahagia.

Percutian mereka kali ini. Aku terpaksa munculkan kehadiranku disebabkan isterinya yang terlalu baik hati untuk menjemput aku. Banyak kali aku tolak bahkan call yang diterima banyak kali aku tidak angkat.

Sehinggalah hari esok, bunyi hon kereta lelaki itu mengejutkan aku. Terpaksalah aku dengan tidak rela hati mengikut permintaan mereka. Bercuti satu keluarga? Kata isterinya aku adalah kawan baik kepada suaminya. Jadi apa salahnya jika bawa aku sekali? Aku tergamam. Tidak tahu mahu berkata apa selepas itu.

Sudahnya, diri aku sendiri yang sakit menikmati kemesraan mereka berdua. Adakah aku berdosa kerana cemburu dengan kebahagiaan manusia yang tidak dapat aku miliki? Aku tersenyum. Tahu akan dosa percuma yang aku sudah lakukan.

Satu tahun berlalu~

Sekali lagi, pada hari malangku iaitu pada hari lahirku juga. Aku duduk bersimpuh, mendengar lafaz yang dikeluarkan oleh tok kadi dan Afiq. Lafaz yang terpaksa, aku tahu. Tetapi dia tetap hadap demi anaknya selepas pemergian isteri tercintanya. Ya, isterinya yang baik dahulu hanyalah sementara Allah pinjamkan. Dan aku bukanlah yang pertama untuknya.

Aku sua tangan untuk bersalaman. Lambat-lambat dia menyambut. Dari air mukanya aku tahu, dia tidak suka apabila tangan aku mencium tangannya. Majlis pernikahan sudah pun tamat. Sekarang aku di dalam bilik termenung dengan kesudahan hidup sendiri. Aku berkira-kira adakah aku akan bahagia? Bahkan dia adalah lelaki yang aku sayang. Tetapi, ini bukan cara untuk aku bahagia.

Aku toleh ke arah pintu. Di situ dia sedang berdiri tanpa perasaan. Aku yang hanya tersenyum dibiarkan olehnya. Mata bersabung. Tetapi, tiada kata yang diungkapkan. Sekali lagi aku dibiarkan. Langkahnya laju menyusun menuju ke arah bilik air.
Aku mengetap bibir. Tahan air mata yang dari tadi mahu jatuh. Kata ibu, aku harus kuat! Walaupun ini bukan yang aku mahukan, aku harus kuat! Dalam hati aku hanya mampu berdoa.

Moga Allah kuatkan semangat aku untuk lalui hari-hari yang perit ini.

3 bulan berlalu

Hidup aku masih sama. Suami yang dingin tak ubah macam batu yang ditinggalkan pada musim sejuk. Apabila aku cuba berbual dengannya hanya perkataan.

'hmm'

dan

'ok'

Sahaja yang sering keluar dari mulutnya. Sekurang-kurangnya, dia masih bercakap daripada tiada langsung. Tetapi, aku kenal kawan baik aku yang dahulu. Yang mulutnya betah berkata-kata. Kalau boleh biarlah hari-hari mulut dia saja yang bercakap. Tapi, sekarang? Dia berubah lepas kahwin dengan aku.

HIKAYAT AKSARA CINTAWhere stories live. Discover now