3. Aku dan Dia

65 18 2
                                    

Trigger warning⚠️: The following contains content relating to sexual assault, domestic violence, rape etc that some may find distressing.

AKU DAN DIA

Keluar sahaja dari bilik kuliah, naik menyampah aku tengok muka dia yang sedang bergelak-tawa dengan rakan sekelasnya. Macam tak ada tempat lain nak berborak. Kehadiran aku yang berdiri tak jauh dari situ, bagai tidak wujud bagi mereka. Lagipun, siapa yang kesah? Dia? Dia mana pernah kesah tentang aku. Aku juling mata aku ke atas. Lantak kaulah, aku malas ambil tahu pasal dia. Sungguh aku benci!

Kaki dibawa melepasi dia dan manusia-manusia yang lain. Lebih baik aku singgah café beli makanan dan terus balik ke rumah sewa. Entah kenapa, hari ini penat dia lain macam. Sewaktu aku berjalan menuju ke café tiba-tiba, nama aku dipanggil oleh seseorang.

"Nurul," Dengar sahaja suara lelaki itu, senyuman aku terus melebar.

"Eh, Imran?" Lesung pipit lelaki itu jelas kelihatan pada pipi sebelah kirinya. Comel. Aku suka lelaki berlesung pipit.

"Nurul nak ke café ke?" Dia bertanya.

"Haah, baru je nak gerak ke café. Im dah makan ke?" Soalan yang sama aku aju pada dia pula.

"Belum."

"Larh, yeke? Alang-alang dah sekali ni, jomlah kita makan sekali." Pelawa aku baik hati. Bukan apa, aku dah kenal lama dengan Imran. Aku berkawan dengan dia, sejak hari pertama aku jejak kaki ke universiti ini lagi. Dia jugalah satu-satunya kawan lelaki yang aku selesa buat kawan.

"Kalau macam tu, jomlah!" Senyum lebar dia bila dengar aku pelawa.

"Nurul!"

Belum sempat aku dan Imran melangkah pergi ke café. Suara garau itu memanggil aku dari belakang. Langkah aku terhenti. Nafas aku tarik dalam-dalam. Apa lagi dia nak?!

"Siapa tu Nurul?" Imran pula sudah naik pelik. Keningnya bertaut memandang aku.

"Im, awak pergilah dulu. Saya nak bercakap dengan dia kejap." Terpaksa aku beritahu Imran begitu.

"Betul ni? Saya pergi dulu?" Aku mengangguk. Tidak mahu si dia yang memanggil aku tadi, nampak aku berlama dengan Imran di sini. Tak selesa.

Hilang sahaja kelibat Imran. Terus lelaki tadi sembur. Tanpa salam tanpa khabar.

"Siapa jantan tu?" Mulut tak seindah rupa. Aku jeling dia sekali lagi.

"Jaga mulut kau tu boleh tak? Dia pun ada namalah!" Aku pun malas nak bercakap baik-baik dengan dia.

"Ouh, dengan jantan lain boleh pulak kau ber-awak-saya. Dengan aku, bukan main kasar lagi mulut kau kan?"

"Eh, apa masalah kau ni?!"

"Tengok tu,"

"Kau nak apa sebenarnya?" Geram pula aku dengan mamat poyo ni.

"Aku nak kutip kau balik rumah." Selamba sahaja dia beritahu.

"Hah? kau gila ke apa?! Tak fikir ke orang cakap apa nanti!"

"Ey, lantak oranglah nak cakap apa pun! Bukannya kita buat maksiat pun. Ingat sikit, kau tu bini aku." Aku terdiam. Rahsia yang satu itu, tersimpan kemas tiada sesiapa pun dikampus ini tahu tentang perkara itu. Termasuklah, Imran.

"Aku kahwin dengan kau sebab abang kau yang bodoh tu aje tau! Kalau bukan disebabkan dia, sikit pun aku tak pandanglah lelaki macam kau!" Marah aku. Geram bila dia sebut perkataan kahwin atau isteri depan aku.

"Apa masalah kau ni nak ungkit-ungkit? Benda dah lepaskan? Kau pun tahu, ni bukan salah kita berdua." Dia pun tak kalah nak berlawan ayat dengan aku. Mujur jalan ni tak ramai orang yang lalu-lalang.

HIKAYAT AKSARA CINTAWhere stories live. Discover now