jaeha pov.
aku menatap skrin henfon lama.
leehyun
jumpa dekat studio jam 8 malam.
doyoung suruh.aku mengurut dahi. ape benda lagi lah budak tu nak. kalau bab kerja, aku tak kisah... ini kalau masuk bab peribadi, NO.
serius kata, aku tak mahu dengar. bukan apa, takut yang lain ikut campur, lepastu KEBABOOM!
dah lah aku belum lupakan lagi kejadian haritu, lepastu kena jumpa dia pulak malamni. dengan malasnya aku menjawab 'ok' pada chat leehyun.
leehyun ni boleh tahan seram kalau salah reply. almaklum lah, kawan si doyoung tu. sama sama naik, sama sama turun.
yang faham je faham 😄
tapi kalau perangai tu, jujur katakan leehyun lagi better sebab aku benci doyoung sekarang so yeah HAHAHAHA.
" ugh... hoammmm "
aku toleh ke sisi.
" tidur je kerja. eyy kawan siapa lah ni " kataku lalu menjentik telinga jaeyong kuat.
jaeyong tidak bereaksi buatkan aku terus geleng kepala. sah, tidur mati. selalunya time dia tidur, semut lalu pun dia terbangun.
aku hanya melihat jaeyong yang sedang membetulkan posisi duduknya. comel sungguh lah kawan aku sorang ni.
" jaeyong-ah. taknak balik ke " soalku padanya. tanganku naik menyentuh lengannya, niat nak kejutkan dia.
sebenarnya, dah 10 minit berlalu. semua orang dah balik, aku pulak stay dekat sini sebab taknak ganggu jaeyong tidur.
dia nampak penat, lagipun apa salahnya bagi dia tidur kejap.
jaeyong menggeliat kecil lalu menguak rambutnya ke belakang. mata sepet dia mengamati sekeliling kelas.
mata dia tak sepet pun, cuma biasalah orang baru bangun tidur, dah boleh agak macam mana.
" yah. kenapa kelas kosong? " tanyanya separuh mamai. aku menopang dagu, sambil memandangnya.
" diorang dah balik rumah lah, rumah kau kat sini kan? tidur nyenyak semacam " perliku, saja mahu bergurau tapi taktahu pulak jaeyong ni ambil serius.
bibirnya dicebikkan.
" sorry. taktahu pulak aku tidur lama sangat sampai tak sedar dah balik rupanya " jelasnya. jaeyong menguap kecil lalu mencapai henfon dekat bawah meja.
" oh? jam 8? studio? "
mata kami bertemu.
" kau dapat jugak chat ni? "
jaeyong halakan skrin henfon miliknya padaku. dengan malas, aku mengangguk. " semua dapat kot "
aku tengok jam kelas. " eh jom lah. dah pukul 6. kalau aku lambat siap, kau kena "
segera aku bangun dan menggalas beg.
" aku hantar! " jerit jaeyong. aku hanya angguk.
ikutkan hati nak je balik naik bas atau jalan kaki tapi dah kalau orang pelawa, hehehe apa salahnya kan.
" cepat lah jae "
" iya... "
.
.
.
.
.jaeha pov.
aku menyarungkan tshirt dan baggy jeans selepas saja mandi. lepas bersiap, aku duduk di katil.
masih awal untuk pergi studio, baru 7.10.
sementara tu, aku keringkan rambut dan buat apa yang patut. rasa penat pergi sekolah pun tak hilang lagi ni.
dengan bersahaja, aku baringkan diri atas katil. biar lah aku landing kejap, apa salahnya. dalam 7.40 aku gerak lah ke sana.
terasa mata pun berat, laju aku menampar pipi kanan. jangan tidur jaeha! nanti kau tidur, habis tak sedar lepastu lambat!
aku mengeluh perlahan. seriusly rasa nak je tidur and skip pergi studio. bukan buat apa pun pergi sana. borak, makan, bincang pasal edit edit.
bosan.
nasib baik lah aku ni bertanggungjawab, kerja dengan peribadi tak dicampur adukkan 🤗.
ding dong!
mataku tertumpu pada pintu bilik. jap, macam dengar orang tekan loceng rumah? sekali lagi keluahan dilepaskan. lantak lah, malas nak turun.
aku pejamkan mata, cuba abaikan bunyi loceng tadi.
ding dong!
urgh...
abaikan. aku tekup telinga guna tangan.
ding dong! ding dong! ding dong!
" WEH SIAPA TU " jeritku geram. terus tukar posisi aku dibuatnya. rasa nak baling je barang barang dalam bilik ni.
dengan geram, aku berjalan turun ke bawah untuk membuka pintu utama. jaeyong ni memang nak kena. kot ya pun bagi lah aku tidur dulu.
" kan dah kata 7.40 baru amik ak– "
" apa? "
aku tergamam. apa yang baru aku tengok ni? kim doyoung?
" k-kenapa kau d-datang? " soalku gagap. haih 😃.
time ni lah kau nak gagap mun jaeha. santai, depan kau ni cuma doyoung, bukan hantu atau benda mengerikan.
just a kim doyoung.
" gerak dengan aku " balasnya. aku tengok dia atas bawah. dia biar betul? lupa ke yang kita berdua tengah bergaduh?
" taknak? "
aku sandarkan badan dekat pintu rumah.
kami berbalas pandangan. kisah apa aku dia nak kata aku kerek dengan dia.
" aku ada benda nak cakap "
" taknak? " jawabku lagi.
" pergi lah. jangan ganggu mood aku "
doyoung mengeluh. apa? dia fikir dia sorang je boleh tunjuk ego? aku tak boleh? huhh salah orang lah kalau fikir macamtu.
" dia bukan girlfriend aku. "
ぅ་ ᳝◝𖥻
YOU ARE READING
puzzle - kim doyoung
Random↺ " If not me, who else ? " kim doyoung treasure fanfic ♡ 𝘀𝘁𝗮𝗿𝘁 .03 09 2023 𝗲𝗻𝗱 .31 12 2023 ▹ luveoskyie