21

15 4 0
                                    

author pov.

" pesakit doyoung kekurangan air dalam badan dan dalam masa yang sama, dia demam panas. jangan risau, dia akan sedar jika keadaannya dah stabil "

mun jaeha bermain main dengan jari doyoung sambil sabar menunggu lelaki itu sedar.

sesekali matanya mencuri pandang wajah pucat milik doyoung.

apa yang dikatakan jaeyong tadi, serta merta berlegar legar dalam kepalanya.

" doyoung... cepat lah bangun. lama lagi ke nak sedar eoh? aku mengantuk ni. dari semalam tak tidur, lepastu kena jaga kau pulak "

" kau kata kau risaukan aku, tengok ni mata aku dah macam panda dah sebab tak tidur. nanti aku sakit macam kau jugak macam mana eoh? jadi bangun cepat. kalau kau bangun, aku boleh tidur "

" jangan buat aku risau dah lain kali. cukup. aku taknak kau sakit sebab aku dah lepasni. leehyun, rin, qiery on the way. diorang risaukan kau tau. bangun la... "

" kalau kau bangun, aku akan buat apa je yang kau nak. aku janji, apa sahaja. kau nak suruh aku jaga kau setiap masa pun takpe. asalkan kau bangun eoh "

jaeha menekup wajahnya pada katil di tempat doyoung terbaring.

sunyi sangat ke dia sampai cakap sorang sorang.

" k-kim d-doyoung... "

jaeha menautkan tangannya bersama tangan doyoung. dia menggenggam tangan tersebut dengan kemas.

gadis itu menangis sambil ibu jarinya sibuk mengusap tangan doyoung, berharap lelaki dihadapannya sedar dengan segera.

tanpa sedar, jaeha terlelap di situ, disamping doyoung.
.
.
.
.
.

author pov.

" KIM DOY— "

" SHHH! "

pintu wad ditutup perlahan oleh rin apabila melihat doyoung sedang duduk diatas katil sambil menyuruh mereka tidak mengeluarkan bunyi.

pandangan rin beralih pada jaeha, gadis itu masih tidur disamping doyoung. tangan mereka juga masih bertaut.

rin mengangguk faham, diikuti qiery dan leehyun. masing masing lega doyoung sudahpun sedar.

nak tak nak terpaksa mereka berbual dengan nada berbisik kerana doyoung tidak mahu jaeha bangun dari tidurnya.

" kau dah okay? " soal leehyun risau. doyoung tersenyum dan mengangguk lemah. pergerakannya terhad disebabkan sebelah tangannya dipegang jaeha saat tidur.

" syukur. kitorang risau tau " sambung rin. qiery mengambil tempat duduk disebelah jaeha. tiba tiba dia tersengih. comel pula jaeha ni, tidur pun nak pegang tangan bagai.

mata doyoung melilau, seperti mencari seseorang.

" cari jae? " teka qiery. untuk kali yang kedua, doyoung menganggukkan kepalanya.

tahu sangat dah, dua orang tu memang tak dapat dipisahkan. bestfriend forever lah katakan 🙄 macam jaeyong dan jaeha jugak.

" dia kat cafe bawah. belikan kau makanan. dia suruh kitorang naik dulu " terang leehyun. doyoung menarik nafas lega. ingatkan jaeyong tak mahu lawat dia.

" tuuuu? taknak kejut? kesian aku tengok, tidur macamtu "

doyoung mengalihkan pandangan pada jaeha yang masih lena tidur disampingnya. niatnya memang dari awal mahu kejutkan, tapi takut mengganggu pula.

dengan berhati hati, doyoung mengelus kepala jaeha membuatkan yang melihat pun hampir tersedak.

" maaf, aku susahkan korang " kata doyoung dengan suara lemahnya. keadaannya masih belum baik, namum dia cuba tutupi sebaik mungkin.

leehyun berdecit. " alah. takde lah, kita kan kawan. lagipun susahkan sikit— "

plak!

" akh "

laju tangan rin memukul bahu leehyun.

" tak susahkan pun. asalkan kau dah sedar, kitorang lega " potong rin. leehyun mencebik, sakit dipukul tadi.

balik balik dia saja yang kena.

kriet...

" eoh, jae. tengok ni! doyoung dah sedar " jerit leehyun saat melihat sosok jaeyong masuk ke dalam bilik wad. tak lupa juga ditangannya ada satu plastik berisi makanan.

jaeyong menghampiri katil. " sejuk hati aku tengok kau dah sedar haish "

doyoung menahan tawa.

plastik makanan jaeyong letakkan atas meja berhadapan dengan katil. nasib baik lah ada tempat si doyoung mahu makan. tak perlu susah susah bergerak.

jaeyong tarik meja mendekati doyoung.

sekilas dia terpandang jaeha.

" huh? macam mana kau nak makan? nak aku kejutkan dia? " soalnya, bingung kerana sebelah tangan doyoung dipegang jaeha. doyoung hanya gelengkan kepala.

" lagi sebelah kan ada " jawabnya.

jaeyong pun memberi ruang pada doyoung untuk makan walaupun berat hati memandang kawannya yang agak struggle menyuap nasi.

" ikut kau lah doy " omel jaeyong lalu keluar dari bilik.

ぅ་ ᳝◝𖥻

puzzle - kim doyoungWhere stories live. Discover now