1

12 0 0
                                    

(Im suggest reading this story while listening to some sad piano song from spotify..)

Lina memandang sijil dan piala yg dipegang olehnya,dia tersenyum girang sambil menunggu ibunya untuk mengambil gambar penghargaan kanak-kanak tersebut sebagai sebuah memori.

"kakak,senyum tau ibu nak tangkap gambar cantik-cantik ni"kata seorang wanita yang memegang tersenyum menampakkan giginya yang cantik teratur

Lina..kanak-kanak berumur 9 tahun yang menjadi kebanggaan ibu dan bapanya dengan kecermerlangan yang diperolehinya dalam akademik

Mendapat markah tertinggi dalam subjek sains.bahasa melayu dan bahasa inggeris serta mendapat tempat kedua di dalam kelasnya

penghargaannya tak semegah pelajar lain tetapi 3 buah piala dan sijil yang diperolehinya itu sudah cukup membuatkan ibu bapanya menyimpan harapan yang tinggi buat anak perempuan sulung kesayangan mereka..

_______________

Kebahagian tersebut tidak kekal lama apabila Hasrita,iaitu ibu kepada Lina membuat keputusan untuk membawa dirinya ke kampung halaman untuk menetap dan memulakan hidup baru disana.

"Kenapa ita nak duduk dengan mak?x cukup ka kasih syg yg abang bagi ni? tak cukup lagi ka duit yang abang hulur selama ni?" Herdik seorang lelaki tinggi berkulit putih yang dikenali sebagai Rosyam..ayah kepada Lina..

"Abang..ita nak mulakan hidup baru,ita rindu nak duduk dekat dengan mak.."Balas Hasrita dengan lembut walaupun hatinya menyimpan seribu satu kesakitan yang tidak diungkapkan kepada sesiapa.

_____________

Sebuah rumah kecil dan sebuah kedai runcit dibina oleh Rosyam kepada isterinya yang berkeinginan untuk menetap di kampung halaman.Tidak rumit mencari tanah di kampung kerana rumah tersebut dibina di tanah peninggalan ayah Hasrita dan ianya berhampiran dengan rumah adik-beradiknya yang lain.

Lina..
kanak-kanak kecil...
anak kecil yang sememangnya suka untuk bermain...
akhirnya tinggal di kampung dan dapat bermain sepuas hatinya bersama saudara-mara..
selama dia di bandar perak..dia kesunyian,tiada kawan bermain,tiada tempat untuk meluahkan keinginannya untuk bermain..
di waktu lapangnya dihabiskan untuk mengulangkaji pelajaran..
membaca buku..
menulis..

kini dia dapat bermain sepuas hatinya apabila hasrita membuat keputusan untuk tinggal di kampung..

Apakan daya..Hidup tak semanis yang disangka..
satu keputusan yang dapat mengubah hidup kita menjadi lebih baik kadang-kadang terdapat kepahitan di sebaliknya..
kita cuma manusia..tak dapat mengawal arah tuju ini..

Hasrita menangis teresak-esak dihadapan seorang wanita tua..

"Ita terpaksa mak..ita terpaksa..ita sakit nak tanggung sorang-sorang! ita sakit.."

Ibu mana yang tak sedih melihat putrinya dalam kesusahan?
ibu mana yang sanggup biar anaknya kesakitan?

"Hang dah buat keputusan tepat ita..mak harap ita terus tabah,bukak buku baru ita..bertahan demi anak-anak hang..hang kuat,mak tau hang kuat"Kata ibu kepada hasrita sambil memeluk anaknya yang tersenguk-senguk dalam tangisan..

mata wanita tua itu memandang kearah cucunya Lina yang sedang bermain dengan saudara-mara yang lain diluar rumah.
melihat cucunya..hatinya bercampur-baur..

Ujian yang dialami anaknya mungkin terdengar remeh..tapi ianya ujian yang mampu mengubah hidup cucunya menjadi lebih merana jika tidak dibendung.

Dari luar rumah beberapa org kanak2 bermain dengan tanah pasir atau lebih jelas lagi 'main masak-masak'

"Weh lina apasal gigi hg tak tumbuh lagi haritu bukan hang ada gigi depan ka?macam mana boleh hilang?" tanya seorang kanak-kanak lelaki yang lebih tua beberapa tahun dari Lina

"ouh ayah aku pukul aku sebab taknak pegi sekolah agama,astu gigi ni tercabut haa"kata Lina sambil menunjuk gigi hadapannya yang hilang

dua kanak-kanak lelaki yang bermain dengannya tertawa kepada jawapan gadis tersebut

"sapa suruh hang buas sangat?padan muka hang"kata kanak-kanak lelaki yang berumur sebaya dengan Lina

Lina juga turut tertawa apabila dia dilabelkan sebagai kanak-kanak buas..

Indahnya zaman kanak-kanak..
begitu senang memaafkan..
begitu senang melupakan..
zaman dimana kita masih bisa ketawa dan tersenyum tanpa memikirkan masa depan..
Alangkah indahnya jika aku tak tumbuh dewasa..

***

Aku tak mahu DewasaWhere stories live. Discover now