3

0 0 0
                                    

Life is a collection of memories..

"Lina,meh makan dulu meh"laung Hasrita

Lina melipat buku sifirnya dan berlari anak mendekati meja makan

"Lina dah hafal sifir?"

"Lina dah boleh baca sifir 3,4 ngan 5 tau ibu"ujar kanak-kanak tersebut bangga

Hasrita tersenyum lalu memicit hidung Lina yang kemerahan tersebut

"macam ni la princess kesayangan ibuu"

tiba-tiba kedengaran rengekan seorang kanak-kanak lelaki di belakang hasrita

"alolololo kenapa pulak putera katak kesayangan ibu ni haaa?"ujar hasrita sambil memeluk anak lelakinya yang merengek menunjukkan mainannya yang telah patah

Lina tergelak mendengar panggilan manja ibunya kepada dia dan adiknya zaid..

mendengar panggilan 'putera katak' membuatkan Zaid mengeluarkan tangisan yang kuat sambil memukul kecik ibu dengan tangan kecil miliknya

"Adik bukan katakkk!!!!" marah zaid

Hasrita ketawa diiringi dengan Lina melihat sifat manja Zaid yang terlalu melebih

Hasrita memujuk zaid dengan mengucup ciuman kecil di pipi dan dahi anak lelakinya tersebut..
walau masih menangis tetapi Hasrita tersenyum bahagia melihat keluarga kecilnya..

Kehidupan..
Kadang perkara kecil yg buatkan kau bahagia..
bahagia dengan perkara remeh yang mungkin tidak dapat diulang kembali suatu hari nanti..

_____________

Lina sedang mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan yang bakal tiba

tiba-tiba Hasrita menghampiri smbil membisikkan sesuatu di telinganya

"Jom teman ibu gi kedai?ibu nak beli borong beli untuk barang kedai kita"

Lina mengiyakan ibunya lalu mereka bertolak ke kedai yang agak jauh dari rumah untuk membeli stock barang yang telah habis di kedai runcit Hasrita menggunakan sebuah motosikal kriss lama.

sesampainya mereka di kedai,Lina menolong ibunya mengangkat barang seperti stock keropok,gula-gula dan jajan lain manakala ibunya mengangkat beberapa barangan lain yang lebih berat seperti gula dan rempah ratus.

Lina yang sedang memegang plastik jajan untuk stock kedai ibunya itu tiba-tiba asyik memandang kearah sebuah rak yang menjual buku lukisan dan pen yang comel bewarna-warni.

"Lina nak ke?"Tanya ibunya

Lina menggelengkan kepalanya
"Taknak lah ibu..mahal..Lina nak aiskrim boleh?"kata lina dengan penuh kepolosan

Bukan tak mahu meminta..
Hanya tak mahu menyusahkan..
Bukannya aku segan...
Tapi aku tau ibu tak berkemampuan..

Hasrita tersenyum walaupun sebenrnya menyimpan perasaan yang agak kesal..

jauh dari suami mambuatkan dia terpaksa mengurus hal kewangan sendiri.
bukannya si suami tak beri nafkah kepada isteri..
tapi si isteri berdegil tidak mahu menyusahkan suami..
alahai si isteri mithali..
sungguh kuat hatimu wahai isteri..
__________

Hasrita pulang kerumah..
Terdengar tangisan zaid bergema di dalam rumah neneknya

"IBUUUUUUU!!!!!!"Jerit zaid yang berlari meninggalkan neneknya dan mendekati hasrita

"Anak hg lepas bangun tido tadi terus menangis cari ibu dia..haish manja sangat"Tegur si nenek

Hasrita memeluk anak lelakinya dan mengusap air mata jernih zaid

"Ibu baru balik beli barang ni..sori tau adik..lain kali ibu bawak adik jugak tauu"pujuk si ibu

Manja..
maafkan dia jika terlalu manja..
Dibesarkan dengan terlalu banyak kasih syg..
terlalu banyak kemanisan dalam hidupnya..
maafkan dia..
dia mungkin cuma rindu..
rindu akan belaiannya..
Dan disebabkan itu dia manja pada mu..
manja padamu kerana rindu belaian si dia..

Aku tak mahu DewasaWhere stories live. Discover now