2

3 0 0
                                    

To leave behind everything and make up with dearself..

Lina kini memulakan kehidupan baru bersama ibu dan seorang adik lelakinya yang masih tadika.
Hasrita membuka sebuah kedai runcit kecil yang berdekatan dengan rumahnya agar dia dapat meringankan beban suaminya dan mempunyai kewangan sendiri.

Lina yang berumur 10 tahun itu sudah berubah..
Tiada lagi buku yang dibacanya pada waktu lapang malah dia hanya suka bermain bersama saudara-maranya.
Tetapi Lina kini makin aktif di sekolah dengan menyertai beberapa pertandingan di sekolah..
pertandingan bercerita,syair,nasyid dan sebagainya..

kesibukan Lina menyertai acara di sekolahnya membuatkan dia lebih lalai dan tidak menumpukan perhatian kepada pembelajaran.
Dia sudah mulai kurang minat untuk belajar..
mungkin kerana dia punya caranya sendiri untuk berseronok?
Daripada membuka buku sekolah setiap kali hari minggu malah kini dia bermain bersama-sama saudaranya dengan pelbagai jenis mainan yang disukainya..
bukan lagi menghafal sifir setiap lepas makan tengahari malah kini dia sering berlari berkejaran di halaman rumah bersama rakannya bermain lumba lari..

Keputusan peperiksaan lina akhirnya jatuh ke tangan si ayah..
Si ayah yang pada mulanya bangga kepada anak perempuannya kini menjadi semakin benci kepada anaknya sendiri..

Yang dibenci adalah anak tapi yang dilempiaskan kemarahan pada ibunya..
Kita semua manusia..kadang tersilap langkah tapi sakit tetap dirasa walaupun maaf sudah dipinta..

"Macam mana kau didik Lina ni?makin lama makin malas.makin lama anak aku jadi makin bodoh?"Herdik Rosyam

Hasrita terdiam tak mampu berkata apa-apa

"Aku tak kira! kau urus balik lina sampai dia jadi manusia balik! aku taknak anak aku ni bodoh!"

Kata-kata dari seorang ayah..seorang suami..
macam yg ku katakan,kita semua manusia..
manusia yang sedang dewasa...
tak terlepas dari salah silap...
kadang tak disangka kata kita itu membinasa padahal hanya mengungkapkan apa yg tersimpan di dada..

Hasrita melihat suaminya mengambil kunci kereta lalu dia berlari kecil mendekati suaminya.

"abang taknak makan dulu? ita dah masakkan untuk kita smua..boleh makan sama-sama malam ni?" pujuk si isteri yang berhati selembut sutera..egonya entah kemana menghilang hingga mampu menjadi wanita yang lemah lembut walau diherdik kasar bahasa..

Rosyam hanya terdiam dan terus keluar dari rumah tersebut..mengambil keputusan untuk kembali ke rumah lama mereka di perak.

Hasrita hanya mampu memandang sosok si suami yang pergi meninggalkan..
air matanya yang terjatuh diseka..
tidak..
tidak perlu menangis dengan hal sepele ini..
aku wanita kuat..
aku kuat..
kuat..

Hasrita berjalan menuju ke bilik anak gadisnya Lina..
Hasrita mendekati Lina yang sedang melukis di atas sebuah buku nota sekolah

Hasrita ketawa kecil

"Comel nya kakak lukis ni?kakak lukis apa ni?"

Lina memandang ibunya

"Ni pantai tau ibu,yang ni Lina.ibu abah dengan adik,ni kita main sama-sama kat pantai hehehe"Kata lina girang

"Lina nak pergi pantai? dah lama kita tak pergi pantai dengan abah kan?"

"Nakkkk!! ibuuu Lina nak main pantai nak berenang..haritu abah tak bagi berenang pun"

Air mata seorang ibu hampir lagi jatuh..
dia hampir terlihat lemah dihadapan puteri kesayangannya..

"kita boleh pergi tapi ada satu syarat boleh?Lina boleh janji dengan ibu tak?"

Lina mengangguk laju mempersetujui

Hasrita mengelus perlahan rambut pendek anaknya
"Boleh lina janji dengan ibu nak belajar rajin-rajin?ibu tak mintak lina dapat markah tinggi tapi ibu nak tengok lina rajin belajar macam dulu boleh?"

Lina memeluk ibunya
"kalau lina rajin kita boleh gi pantai ka ibu???"
pertanyaan lina diangguk oleh ibunya membuatkan Lina ketawa bahagia memikirkan reward yg bakal diberikan jika dia rajin belajar.

Indahnya ketika kecil..
Perkara biasa sudah dapat membuatkan kita gembira tak terkata..
Indahnya ketika kecil..
Tak perlu pikir tentang dunia hanya memikirkan hari esok mau makan apa..
Indahnya sehingga Aq tak mahu dewasa..

***

Aku tak mahu DewasaWhere stories live. Discover now