4

2 0 0
                                    

Hasrita menekan dadanya yang terasa perit..
Tidak pernah dadanya terasa seperti ini..

Dia menjarakkan dirinya sedikit dari singki dapur dan menekan dadanya

"Ibuuu~ibu tengah buat apaaa"tegur Lina dari arah belakang ibunya

"Ibu nak masak nasik ni..Kakak nak tolong?"kata hasrita sambil mengubah air mukanya

"Nakkkk!nakk!"Lina melompat keriangan lalu mengambil sebuah kerusi kecil lalu dipanjat untuk membantu ibunya

Hasrita mengajar Lina cara menanak nasi dan diikuti dengan memotong sayur-sayuran

Hasrita tersenyum bahagia melihat Lina yang rajin sejak kebelakangan ini..Rajin meluangkan masa bersamanya di rumah daripada bermain dengan saudara-maranya seperti dahulu

"Tak lama lagi dah nak puasa tauu,kakak kena la tolong ibu masak-masak lepas ni sebab kakak dah tau macam mana nak masak nasi kan?"

"yeay!Lina boleh tolong ibu lepas ni lagi"Sorak Lina
______________

Bulan ramadhan berlalu sehingga tibalah syawal..
Ego Rosyam yang setinggi bukit diturunkan juga dgn sikap lemah lembut Hasrita yang selalu mengalah dan mendengar arahannya..

Akhirnya Rosyam pulang jua bertemu anak dan isteri tercinta di hari yang mulia..

"Sayang..maaf ye..abg balik sekejap ja ni..ada operasi pulak lepas ni..maaf he syg"Rosyam mencium pipi isterinya

Hasrita mengangguk paham akan kesibukan suaminya sebagai seorang askar..

Suasana aidilfitri tersebut meriah apabila rumah baru mereka dipenuhi dengan kanak-kanak kampung kerana kuih homemade yang dibuat oleh hasrita..
Bukan itu sahaja,saudara-mara juga datang berkunjung hanya untuk menikmati laksa yang dibuat khas oleh hasrita..
Tiada siapa yang dpt menafikan kebolehan Hasrita dalam memasak dan juga membuat kek kerana dia handal dalam kedua-duanya apabila rajin mempelajari jenis-jenis masakan unik yang terdapat dalam majalah masakan..

Air tangan si ibu tiada penganti..
membuatkan ku ternanti-nanti..
Bisakah aku kembali lagi..
menikmati hidangan masakan mu yg sentiasa di hati..
Hari raya pertama bersama keluarga yg mencipta satu kisah baru..
si ayah yg sedar kesilapannya..
si anak gadis yg mahu giat belajar semula..
si ibu yg tabah dan terus kekal tabah jua..
si adik yg manjanya entah sampai bila..

Indahnya satu perubahan..
Jika ianya demi insan yang tersayang..

Aku tak mahu DewasaWhere stories live. Discover now