5

1 0 0
                                    

Sometimes memories could sneak out of my eyes and roll down my cheeks..

Seperti hari biasa..Linda pulang dari sekolah menaiki basikalnya
masuk ke dalam rumah mencari ibu tercinta..

"Ibuuuu!Ibuuu"laung Linda bila ibunya tidak kelihatan

"kakak cari ibu ka?ibu kat rumah nenek,pi rumah nenek tau ada makanan kat sana"Tegur seorang ibu saudara dari hadapan pintu rumah yg tinggal berjiran dengan Linda

Linda berjalan kaki menuju kerumah neneknya

"Ibuuu ooo ibuuu"laung linda lagi

seorng wanita tua mendekati Linda

"Linda lapar?ibu dah masak kat dapur nenek,pergi makan tau..ibu tak berapa sihat tu"tegur nenek melihat linda mendekati hasrita yang tertidur kepenatan

"nenek?ibu kenapa?"

"ibu baru balik beli barang dapur tadi.dia tak larat pegi sorang,tu dia letih tu..dah dah pi makan nu"

___________

sejak dari hari itu..Hasrita sudah jarang berada di rumahnya..
Dia sering berehat di rumah ibunya berbanding rumahnya sendiri
setiap kali Linda dan zaid pulang dri sekolah,keduanya akan singgah ke rumah nenek kerana tau keberadaan ibu disana.

Kukira pikirannya terganggu..
jadi tidak kuhiraukan..
kukira dia serabut dengan dunia..
jadi tidak kuendahkan..

Hari berganti hari dan ianya menjadi rutin seharian Linda untuk pulang dan makan masi dirumah sebelum bersiap untuk ke sekolah sesi petang pula.

Linda membuka periuk nasi dan mencari lauk untuk dimakan..
Dia mendapati ibunya hanya masak beberapa ekor ikan goreng dan sup sayur sawi untuknya..

Tidak merengek atau merungut dengan lauk sederhana itu.dia menjamah dengan berselera kerana terlalu penat pulan dari sekolah..
selesai makan,Linda kembali bersiap dan mengayuh basikalnya ke sekolah sesi petang.

Hasrita masuk kedalam rumahnya apabila sudah lama berehat di rumah emaknya..
dia membuka lauk pauk yang dimasak dan mendapati Linda makan sup sayur sawi buatannya sehingga hampir habis..
Hasrita tersenyum mengenangkan puterinya yang tidak banyak kerenah dan sudah banyak menyenangkan dirinya sepanjang dia bergelar seorang ibu..

_________

"kakak suka makan sup sayur sawi ibu?" tanya hasrita kepad Linda yang sedang duduk menghadap tv smbil membuat kerja sekolahnya.

"Kakak suka sangat ibu masak,sedapp"puji linda sambil memberikan dua ibu jari kepada hasrita tanda pujian kepadanya

hasrita ketawa

"kalau macam tu hari-hari ibu masak sup sayur sawi jelah ye?"kata hasrita ingin mengusik anaknya

"apa salahnya ibu?kakak suka makan tu buat hari2 pun takpe"

"nanti ibu buat tau hari2 memandangkan kakak suka"Hasrita menyetujui permintaan anaknya

dan sejak dari itu Hasrita sering memasakkan menu yang sama kepada puterinya manakala puteranya sering makan masakan yg dimasak oleh kakak ipar hasrita kerana anaknya zaid adalah seorang yg cerewet dalam pemakanan...

Menu membosankan yg tiada sebarang keunikan..
akhirnya kini dapat membawa air mata..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku tak mahu DewasaWhere stories live. Discover now