Bab 9

86 11 8
                                    

Pagi pun menjelma. Kiara bangun dengan gembira dan teruja. Sungguh dia tidak sabar untuk pergi ke sekolah. Usai sahaja solat Subuh, dia bersiap untuk ke sekolah.

Kak Linda menunggu Kiara memakai kasut di depan pintu rumah. Kak Linda sudah menganggap Kiara itu seperti Adiknya sendiri. Sedikit sebanyak dapatlah dia melepaskan rindu terhadap Adik perempuannya yang telah meninggal beberapa tahun lepas.

  "Okayy dah siapp! Jom Akak, Kiara dah tak sabar nak pergi sekolah!!" Ucap Kiara teruja.

"Dah siap? Jomm! Akak pun tak sabar jugak tauu!" Ucap Kak Linda turut teruja.

Mereka berdua berjalan berpegangan tangan sehingga sampai di sekolah.

"Haa dah sampai pun Kiara. Kamu belajar rajin-rajin tau! Kalau ada orang buli kamu, kamu cakap dekat Akak biar Akak pukul dia" Ucap Kak Linda sambil melakonkan aksi menumbuk-numbuk.

"Hehe baikk boss! Linda masuk dulu tauu! Akak pergi kerja elok-elok ya" Ucap Kiara seraya menyalami tangan Kak Linda. Kak Linda hanya menghantar Kiara masuk ke sekolah dengan senyuman. Maklumlah hari pertama, siapa saja tak teruja kan?

Ada beberapa orang guru yang sedang berjaga di pintu pagar masuk pelajar. Kiara sempat menunduk hormat dan memberi salam kepada guru-guru yang sedang bertugas itu.

Masuk sahaja Kiara ke dalam sekolah, ada seseorang menegurnya.

"Kauu.. budak baru eh? " Soal budak perempuan yang sedikit seksi dihadapan Kiara bersama dua orang lagi rakannya yang berada di belakang gadis itu.

"Yaa" jawab Kiara.

"Ohhh. by the way kan nama kau siapa?" Tanya perempuan itu lagi

"Saya Kiara, awak?" Ujar Kiara.

"Aku Lily, yang sebelah kiri aku ni Qis and sebelah kanan aku Tyia." Ujar perempuan itu memperkenalkan diri.

"Aku just nak cakap lah kan dekat kau. Dikeranakan kau budak baru mesti kau tak kenal kitaorang lagi kan? HAHA dengar sini baik-baik eh kalau kau taknak sakit! Kau dengar je cakap kitaorang okay?" Ujar Lily. Sebelum Lily dan gengnya  berlalu, Qis menolak bahu Kiara sehingga hampir-hampir gadis itu mahu jatuh namun sempat di tangkap oleh seseorang.

"Kau okay? Nama Aku Amelia" Ujar gadis yang menolong Kiara itu tadi.

"Nama saya Kiara" Ucap Kiara. Malang sungguh nasib Kiara. Hari pertama persekolahannya pun dah kena buli! Apalah nasib.

"Ohh, Kau jangan dengar sangat cakap diorang tu! Diorang tu berlagak je lebih. Kau kelas mana?"Ujar gadis itu lagi.

"Saya kelas 4Sains" Ucap Kiara lagi.

"Ehh kita sekelas lahh!! Jom lah masuk kelass, kelas dah nak mula dah ni." Ajak Amelia.

Amelia ni Anak Dato' sebenarnya, dia bersekolah dekat sini pun dikeranakan Papanya yang kerja disini. Papanya ingin memasukkannya ke sekolah berbayar, tapi dia yang tidak mahu. Amelia ni tiada kawan jadi dia berkawanlah dengan Kiara.

    Masuk sahaja waktu rehat. Kiara dan Amelia berjalan untuk ke kantin. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan Lily and the gengnya.

"Woo woo woo, kau nak pergi kantin ke? Belikan aku makanan jugaa! guna duit kau tauu!! Kalau kau tak belikan, siap kau betina!!" Ujar Lily sambil menunjal-nunjal kepala Kiara.

"Korang ni asal hah? Cacat ke? Tak ada kaki? Beli lah sendiri!! Hek elehhh! Aku bagitau cikgu disiplin!!" Ujar Amelia. Sebenarnya, budak-budak di sekolah ini tidak berani ingin kacau Amelia dek kerana statusnya.

"Ughhhh!! Dah lah geng! Jomm!!" Ucap Lily membuat gaya gedik sambil menjulingkan matanya ke atas lalu berlalu pergi.

"Terima kasih Amelia!" Ucap Kiara.

KIARA RANIYAAWhere stories live. Discover now