Sudah hampir 3 bulan Kiara bersekolah di sekolah barunya itu. Hubungan diantara Kiara dan Amelia juga semakin rapat sehinggakan Mama dan Papa Amelia sudah pun mengenali Kiara, Dan Amelia juga sudah dikenali oleh Kak Linda.
Hari ini adalah hari terakhir persekolahan bagi tahun ini. Pada tahun hadapan mereka akan menduduki peperiksaan SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia)
"Wey Kiara! Kau termenung apa tuu! Jom la ambil gambar kenangan bagi tahun ni" Ajak Amelia.
"Yee jap-japp!" Balas Kiara lalu berlari menghampiri ahli kelas yang lain untuk mengambil gambar.
Kecekakk!!
"Wahh tengok gambar ni Kiara. Cantik kannn!!" Ujar Amelia sambil menunjukkan gambar yang diambil sebentar tadi.
"Haah la cantikkk!! hehe" Ucap Kiara seraya mengambil telefon bimbit milik Amelia untuk melihat gambar-gambar yang telah di ambil tadi.
"Kiaraa, cuti ni kau pergi mana je?" Tanya Amelia.
"Tak ada pergi mana-mana pun, duduk rumah je. Kenapa?" Ujar Kiara.
"Ouuh tak ada apa laa. Aku pun duduk rumah juga sebab Papa and Mama aku busy kerja" Ucap Amelia bersama mimik muka sedih.
"Alaa tak apa la Amelia. Nanti kita boleh keluar spend time sesama!" Ujar Kiara untuk gembirakan Amelia semula.
"Hahah, aku tak sedih pun lah. Lagipun aku dah biasa tapi tahun ni aku dah tak bosan la cuti!" Ucap Amelia dengan wajah yang gembira.
"Kenapa?" Soal Kiara pelik
"Ye lahh! Kan dah ada kau! Nanti kita boleh keluar jalan-jalan!" Ucap Amelia lagi.
"Ouuh, boleh-boleh!! lagipun saya tak pernah pergi jalan-jalan. Hm" Ucap Kiara sayu sambil memandang kebawah.
"Ish kau ni jangan la buat sedih dekat sini, lagipun sekarang kau ada aku! So aku akan buat kau rasa apa yang kau tak pernah rasa selamani, Okay?" Ujar Amelia. Sejak hari Kiara pengsan di sekolah akibat traumanya itu datang, Hatinya membuak-buak ingin tahu apa yang dialami dan dilalui oleh Kiara tapi dia tidak mahu menanyakan lagi disebabkan masa yang tidak sesuai. Dia akan bertanya bila masa mengizinkan suatu hari nanti.
"Mana ada buat sedih lah, awak ni. Kit-", kata-kata Kiara dipotong oleh Amelia
"Eh jom pergi sana. Diorang panggil nak balik dah" Ucap Amelia sambil menunjuk ke arah rakan sekelasnya dan mengheret Kiara ke arah mereka.
Kiara hanya membontoti langkah Amelia sehingga mereka berada di tempat rakan sekelasnya berkumpul. Mereka mengucapkan selamat tinggal dan berpeluk untuk kali terakhir bagi sesi tahun ini kerana mereka tidak akan bertemu lama. Selesai sahaja Kiara dan Amelia berpeluk dan ingin pulang, mereka berselisih dengan Lily and the gengnya yang turut serta mahu pulang dengan lenggang-lenggang kangkungnya.
"You guys nak balik dah ke? Eh Amelia, sampai bila you nak berkawan dengan betina ni hah? Eew! You tu anak Tan sri tau tak? Sepatutnya orang macam you berkawan dengan orang yang macam kitaorang ni haaa! Barulah ada kelas. Ni apa benda kawan dengan betina ni, malukan muka you and family you je. HAHAHAHA sedar lah diri kau tu betina!!" Ucap Lily sambil menunjal-nunjal dahi Kiara.
Jari yang sedang menunjal-nunjal dahi kiara di oleh seseorang dan ..
"Bodoh!! daripada aku kawan dengan korang, baik aku kawan dengan anjing lah! Lagipun korang tak layakk nak jadi kawan kepada anak Tan sri HAHA! Kau dengar sini eh, kau tak ada hak nak hina Kiara macam tu! Kau tu yang patut sedar diri! Dasar betina murahh!!" Ujar Amelia lalu menguatkan genggaman jari milik Lily.
"Auchhh auchh!! Eii lepaslahhh! Sakit tahu takk!!" Ucap Lily lalu menarik jarinya dari genggaman Amelia.
"Eleh, itu baru sikit! Macam tu pun dah sakit, macam mana nak tahan seksa api neraka nanti? HAHAHAH jom lah Kiara kita balik, Jangan layan perempuan tak sedar diri ni" Ucap Amelia lalu menarik tangan Kiara untuk beredar. Kiara yang sedang memandang tanah dan menundukkan kepalanya hanya mengikut langkah Amelia itu. Dia rasa macam nak nangis, kata-kata yang dilontarkan oleh Lily tadi membuatkan dia merasa dirinya hina dan jijik!
YOU ARE READING
KIARA RANIYAA
RandomMengisahkan tentang seorang perempuan yang tidak pernah merasakan bahagia , selalu disakiti dan suka menyendiri. Dari kecil hingga dewasa dia dibesarkan dengan kekerasan oleh keluarganya. Dirinya mengalami trauma yang berat dek masa silam yang mengh...