Hari demi hari yang berlalu kini waktu mereka sudah hampir untuk 'berperang' di dalam dewan iaitu peperiksaan SPM. Hanya berbaki 1 bulan sahaja lagi mereka akan menduduki peperiksaan dan ia juga akan menentukan hala tuju mereka untuk seterusnya.
"Kiara, petang nanti kau nak study dekat mana?" Tanya Amelia
"Tak tahu lah , pondok dekat taman yang biasa kita pergi tu kut. Kenapa? nak study dekat tempat lain ke?" Tanya pula Kiara.
"Tak ada apa lah cuma aku nak ajak kau pergi makan dulu and lepastu aku nak beli kelengkapan sekolah untuk exam nanti. Kau nak ikut?" Ujar Amelia mengajak Kiara.
"boleh je" Ujar Kiara bersetuju
"Kiara, aku nak pergi tandas la sekejap. Kau nak ikut?" Ucap Amelia tergesa-gesa ingin ke tandas dek kerana tidak tahan lagi.
"Tak apa, awak pergilah" Ucap Kiara lalu menyambung semula ulang kaji yang terjeda sebentar tadi.
"Heii heii heii geng, tengok ni si anak haram ni study lahh. Ololo study ke HAHAH" Ucap Lily dalam nada mengejek.
"HAHAH Lily jangan la ganggu dia nak study btw kan Kiara, kau tak perlu study pun, sebab apa? sebab kau kan nak jadi pelacur sundal HAHAHA" Ucap Qis pula dan mentertawakannya.
"Entah kau ni Kiara, buat apa je kau nak study. Orang macam kau patutnya makan iniii! HAHAHAHAH" Ujar Tyia pula
Seraya Tyia mengambil botol air mineral yang berada di sampingnya di atas meja ditempat Kiara mengulang kaji pelajarannya serta Tyia membuka penutup botol itu dan menuangkan air ke atas kepala Kiara.
"HAHAHAHAH jom la wey blah, tak payah layan betina bodoh ini" Ucap Lily lalu berlalu pergi dari tempat Kiara"HAHAHA cauu luuu" Ujar Qis sambil menonjolkan kepala Kiara diukuti Tyia
Habis tudung dan baju Kiara basuh dek kerana perbuatan Tyia sebentar tadi.
"haih apa lah salah aku Ya Allah" Ucap Kiara merintih seorang diri.
Amelia yang baru tiba dari tandas itu terkejut melihat kawannya yang sudah basah lencun itu. Setahu dirinya, tadi tidak hujan? kenapa Kiara basah pula?
"Weyy kenapa dengan kau ni, kau okay tak? Kenapa basah ni? Siapa buat? Hujan ke tadi? Kenapa wey?" Soalan yang bertubi-tubi keluar dari mulut Amelia itu tidak dijawab oleh Kiara.
"Tak ada apa lah, tadi hujan hehe" Ujar Kiara berdalih.
"Eleh kau, banyak la kau hujan. Kau ingat aku bodoh sangat ke? Kau cakap sekarang siapa buat? Lily dan kawan dia buat kan??" Ucap Amelia
"Macam mana awak tahu?" Ucap Kiara menunduk malu
"Aku nampak la tadi diorang lalu. Ish kau ni kan, kenapa kau tak lawan je diorang tu balik. Dah la jom balik, aku hantar kau" Ujar Amelia lalu menyimpan buku-buku dan alat tulis lalu mereka berdua pun berlalu meninggalkan meja yang diduki mereka tadi.
Semasa dalam kereta, Amelia tidak habis-habis membebel dan memarahi Lily dan gengnya.
"Ish, kalau aku tahu diorang nak buat kau macam ni, aku tak pergi lah tandas tadi! Aku sanggup tahan tauuu" Ucap Amelia geram.
"Ni kalau dapat dekat aku, memang aku tarik rambut kambing diorang tu bagi gugur tau takpun aku tolak dalam loji taik HAHAHA padan muka " Omel Amelia lagi.
"Ish awak ni, dahlah. Biarkan diorang tu lagipun air je pun" Ucap Kiara pula
"Air je pun? Air je kau cakap?? Memang lah air tapi masalahnya disimbahnya kau dengan air tu! " Ucap Amelia lagi geram.
"Alaaa takpe, biar Allah je yang balas" Ucap Kiara sambil tersenyum
"Ek eleh kau ni, dahlah malas dah aku cakap dengan kau" Ucap Amelia merajuk
"Alaa jangan la merajuk, nah gula-gula HAHAH " Ucap Kiara memujuk
"Kepala otak kau lah HAHA dah sampai. Keluar-keluar" Ucap Amelia bergurau menghalau.
"Ya nak keluar la ni, byeeee! Bawak kereta elok-elok" Ucap Kiara sambil melambai kearah kereta milik Amelia.
"Assalamualaikum Kak Linda, Kiara dah balik" Ucap Kiara memberi salam seusai masuk sahaja ke dalam rumah"Waalaikumussalam, Ya Allah Kiara! Kenapa basah lencun ni? Kamu pergi mana?" Ucap Kak Linda dengan air muka yang risau.
"Tak ada apa lah Kak Linda, tadi air tertumpah hehe Kiara masuk bilik dulu tau, nak mandi " Ucap Kiara ingin mengelak dan berlalu masuk ke biliknya
Kak Linda yang memerhati dirinya dari belakang hanya menggeleng kepala sahaja. Tahu lah sangat dia bahawa Kiara kena buli. Sudah acap kali Amelia beri tahunya bahawa Kiara selalu dibuli oleh Lily dan gengnya.
"aduhh, apalah nasib badan kau Kiara oiiii" Ucap Kiara seusai selesai sahaja membersihkan dirinya.
Kiara menuju ke arah meja belajarnya dan mengambil buku untuk mengulang kaji pelajarannya.
Sedang Kiara hanyut mengulang kaji pelajarannya, dia teringat akan keluarganya.
"Apa khabar eh diorang sekarang? Sihat ke tak? Macam mana lah kehidupan mereka" monolog Kiara seorang diri.
"Aii Kiara, apa yang kamu bualkan sorang-sorang tu?" Ucap Kak Linda yang masuk ke biliknya secara tiba-tiba
"Eh tak ada lah Kak, ni haa soalan ni susah sangat hehe" Kiara berdalih.
"Kalau iya pun susah soalan itu, jangan lah sampai bercakap sensorang. Risau Akak tau" Ucap Kak Linda lalu meninggalkan Kiara di dalam biliknya.
Kiara hanya senyap dan sambung mengelamun selepas Kak Linda hilang dari pandangannya.
Lamunan milik Kiara serta merta hilang dek kerana terkejut akan satu panggilan yang masuk. Lantas Kiara mengangkat panggilan itu.
"Hello? Assalamualaikum" Ucap Kiara
"Siapa ni yaa?" Ucap Kiara lagi apabila tiada sahutan yang diberikan
Senyap
"Sia--" tidak sempat Kiara ingin bertanya sekali lagi panggilan telefon itu dimatikan oleh si pemanggil.
"Ish kenapa eh? Siapa lah nak main-main ni" Ucap Kiara geram
Kiara melihat jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Dia sudah berjanji dengan Amelia mahu keluar. Kiara pun bangun dari tempat duduknya dan bersiap-siap untuk keluar bersama Amelia.
Semasa di dalam perjalanan ke Mall, Telefon milik Kiara berdering lagi dan Kiara pasti pemilik panggilan itu orang yang sama menelefon dia tadi.
Kiara hanya mengabaikan panggilan telefon itu. Panggilan telefon itu berterus-terusan sehinggalah...
"Hei Kiara, Angkatlah. Kenapa kau tengok je?" Ucap Amelia
"eh ha iyaa ya, orang salah nombor je tu" Ucap Kiara dan mematikan telefon miliknya."Eh? Suka hati kau lah" Ucap Amelia pelik dan malas mahu melayan lalu hanya fokus memandu kereta.
'ish, siapalah yang call ni. Dari haritu nombor sama je' Monolog Kiara dalam hati.
'scammer kut kiara , jangan dipikirkan lah. Tak penting! tak penting! ' positive Kiara.
YOU ARE READING
KIARA RANIYAA
RandomMengisahkan tentang seorang perempuan yang tidak pernah merasakan bahagia , selalu disakiti dan suka menyendiri. Dari kecil hingga dewasa dia dibesarkan dengan kekerasan oleh keluarganya. Dirinya mengalami trauma yang berat dek masa silam yang mengh...