BAB 4

47 3 0
                                    

EDRIZ memandang kerata yang sudah tidak sempurna itu. Sungguh dia tidak menyangka, kereta itu menjadi sasaran. Dia tidak faham punca, tapi berdasarkan apa yang berlaku tadi, si lelaki itu yang meminjam wang. Tapi, siapa lelaki itu?  Dia nampak Fahmita sedang berbual dengan wanita separuh umur itu. Wanita itu memandangnya. Edriz bergerak ke arah mereka, apabila dia nampak wanita itu mengukirkan senyuman.
"Terima kasih sebab tolong anak saya..." Wanita itu berbahasa Melayu dengannya. Dia pandang Fahmita yang sedang duduk. Berpeluh kerana dia mengamuk tadi. Macam mana pula wanita Thailand ini dapat berbahasa Melayu dengan fasih , tiada dialek Thai.
"Macam mana boleh cakap bahasa Melayu?" tanya Edriz. Dia yakin Fahmita boleh berbahasa Melayu. Tapi, kenapa pula dia tidak berbahasa Melayu dengannya.
"Kami asal-usul sini. Tapi, mak dia orang Malaysia." Mek tudingkan jari ke arah Fahmita.
"Fa, tak cakap Melayu dengan dia ke?" tanya Mek.
"Malas." Sepatah dia menjawab.
Nah, ternganga Edriz mendengar perkataan malas itu. Fahmita berlalu ke dalam rumah. Dia mahu membersihkan dirinya. Melekit-lekit peluhnya disebabkan kemarahannya tadi. Dibiarkan saja lelaki itu berbual dengan Mek.
Selepas hampir satu jam, Fahmita keluar dengan berpakaian baru. Kedua-duanya masih belum habis berbual lagi.
"Fa..." panggil Mek.
"Ada apa , mek?" tanya Fahmita. Panggilan Mak itu disebut Mek kalau di sini.
"Riz ni dah cerita kat Mek pasal tu..."
"Mek nak Fa terima ke?" tanya Fahmita dalam bahasa Thai. Tak mahu lelaki itu tahu.
"Dia dah tolong Fa kan?"
"Mek kenal ke dia ni? Fa tak kenal." Fahmita menggeleng.
"Dia orang Malaysia. Dia beritahu sebagai kontrak sahaja sebab dia tak mahu ibunya jodohkan dia dengan pilihan ibu dia." Mek memberitahu.
"Boleh percaya ke Mek?" tanya Fahmita. Buat pula dijualnya dia kepada orang macam mana.
"Dia dah tolong kan, apa salahnya Fa tolong dia pulak. Mek betul-betul minta maaf atas apa yang Thim buat. Sampai hati dia buat macam tu. Kenakan arwah Ayah Kib dan Fa." Mek mengusap lengan Fahmita. Edriz hanya menjadi penonton kerana mereka bercakap dalam bahasa Thailand. Kalaulah dia tahu bahasa Thai. 
"Mek rasa, kalau Fa tak cuba pergi jauh dari sini, Thim mungkin akan buat hal lagi. Dulu ada arwah Ayah Kib tak apalah." Mek berkata perlahan. Sungguh dia kasihankan Fahmita disebabkan Thim. Sampai hati Thim kenakan Fahmita. Dia tahu cerita daripada Edriz tadi.
"Tapi, mek..."
"Thim tak akan berubah, Fa. Mek tahu sebab mek ni mek dia. Mek dah puas menasihati dia. Sekarang mek hanya mampu mendoakan dia supaya dia berhenti. Sebab tulah orang kata lelaki ini akan punah disebabkan  arak, judi dan perempuan. Mek risau sampai satu masa nanti dia jual Fa pula." Mek berkata perlahan. Semua itu tidak mustahil. Semuanya boleh terjadi.
"Mek..." Fahmita menyebut nama Meknya. Meknya ini adalah adik kepada ayahnya. Dengan dialah, Fahmita menumpang kasih sayang selepas ibunya meninggalkannya.
Fahmita memandang Edriz yang sejak tadi ralit melihat dia dan mek berbual. Bagaikan sedang mendengar lagu Thailand. Mendayu-dayu saja. Lagipun dia bukannya faham kerana bercakap dalam bahasa Thai.
"Bila awak nak sediakan kontrak?" tanya Fahmita. Mata tidak lepas memandang Edriz.
"Awak setuju?" tanya Edriz. Kali ini dia pula yang terkejut.
"Saya ikut cakap mek." Fahmita memberitahu. Edriz memandang wanita itu. Mudahnya dia pujuk. Agaknya memujuk dalam bahasa Thai lebih lembut. Sebab itulah dia lebih mudah mendengar. Edriz sendiri akui, bahasa Thai kalau kena gaya, lembut gaya percakapannya. Tambahan pula kalau yang perempuan mahu mencari pelanggan.
"Saya balik hotel dulu, esok saya datang sini bawa kontrak," kata Edriz.
Fahmita jongketkan bahunya. Edriz bergerak ke kereta dan memandu pergi.
Fahmita mengeluh. Tidak tahu sama ada betul atau tidak apa yang yang telah dia putuskan.
"Macam mana dengan kerja tu?" tanya Mek. Dia tahu sejak Fahmita balik ke sini sebulan yang lalu, dia diberi amaran kerana bercuti terlalu lama. Sekrang Mek tidak tahu apa status pekerjaan Fahmita.
"Hmm, dah kena buang." Selamba Fahmita menjawab. Sudah 3 tahun dia bekerja dengan syarikat tersebut.
"Habis tu macam mana sekarang?" tanya Mek.
"Fa nak cari kerja lainlah. Bagi semua ni selesai dahulu."
"Kalaulah arwah ayah masih ada..." Fahmita mengeluh kasar.
"Fa tak nak cari ibu Fa ke?" tanya Mek memandang Fahmita.
"Hmm, tak tahulah Mek. Dia dah buang Fa dulu, kalau Fa cari dia, dia mahu ke terima Fa?" Fahmita tertanya-tanya sendiri. Lagipun, dia tidak pernah terfikir mahu  mencarinya. Ibu sudah membuang dia, sepatutnya tidak perlulah dia mencarinya.
"Kalau nak cari pun kita tak tahu alamatnya kan?" Mek berkata. Arwah Rakib tidak pernah memberitahu alamat tersebut. Kali terakhir, dia cuma cakap nak berjumpa dengan Farah saja. Selebihnya Mek tidak bertanya lagi.
"Biarlah mek. Fa akan jalani hidup Fa sendiri."  Fahmita membalas. Dia sudah terbiasa hidup sendiri tanpa seorang ibu. Lagipun, Mek sudah memberikan kasih sayang yang secukupnya.

MR MILLIONAIRE's BRIDE CONTRACTWhere stories live. Discover now