AM: TSW| BAB 9

28 1 0
                                    


Seluruh ruangan bilik itu aku lihat. Mataku tiba-tiba tertumpu pada meja kerjanya. Ada banyak rubik tersusun rapi dan juga beberapa buku. Aku dekati mejanya itu. Mengambil salah satu buku. Dibelek-belek buku itu olehku. Lalu aku meletakkannya semula.

"What are you doing in my room?" tanya seseorang dari belakangku. Badanku automatik berpusing ke belakang. Nasib baik buku tu aku dah letak di meja balik kalau tak memang jatuh dah buku tu.

Setelah berpusing ke belakang. Apa yang aku lihat ialah Farish Adrian yang hanya berbalut dengan tuala. Menunjukkan segala otot badanya. Six pack itu jelas terlihat oleh mataku. Mataku membulat melihat dia yang hanya berbalut tuala. Terus aku larikan pandanganku ke tempat lain. Pagi-pagi lagi dah sarapan dengan tubuh tegap sir Farish. Aihh...

Mukaku memerah. Malu wei! Malu! Sumpah lepas ni sebelum masuk bilik orang aku ketuk dulu. Sumpah!

"I ask you again, what are you doing in my room Alieya?" tanyanya semula dengan wajah yang tajam melihatku. Gulp! Nak cakap apa ni? Ohh ya, sarapan!

"Eee... mama awak suruh panggil awak turun sarapan," jawabku dengan jujur. Memang betul pun mama dia suruh aku panggil dia sarapan. Tapi aku ni aje yang lebih-lebih, pergi masuk bilik orang tanpa kebenaran.

Dia menyilangkan kedua tangannya, tenung aku seakan tidak memercayaiku. Kaku aku berdiri. Dia tiba-tiba tersenyum sinis. Teguk liur aku tengok senyuman sinisnya itu. Kenapa pula dia ni?

"Ke awak datang nak..."

"Ehh... apa pula fikir macam tu, betul apa mama awak suruh saya panggil awak sarapan," nafiku. Boleh pula dia fikir aku macam tu.

Eee... dah la baik aku keluar dari bilik ni. Boleh gila aku di sini. Baru saja aku ingin melangkah, tanganku ditarik olehnya. Aihh... lelaki ni memang suka tarik tangan orang ke? Tak apa la kalau aku ni robot dia nak tarik-tarik tapi masalahnya aku ni manusia.

"Where do you think you're going darling, hmm?" katanya. Makin jelas senyum nakalnya itu. Dia panggil aku darling? Ingat aku ni patung barbie ke apa? Nak panggil aku darling. Sesak nafasku sekarang. Aku cuba untuk lepaskan genggamannya itu, tapi semua usahaku hanya sia-sia. Dia lagi kuat dari aku.

"Lepas la saya nak turun ni," tuturku minta belas kasihan. Dia tiba-tiba berfikir sesuatu. Apa lagi ni? Ada-ada aje ni!

"Not until awak cakap ya, awak akan tunggu saya dekat luar lepas tu kita turun sarapan sama-sama," katanya sambil mengangkat keningnya berkali-kali. Aku yang dengarkan itu nak saja ketawa. Kurang kasih sayang agaknya manusia ni, sampai buat aku macam ni. Dia main-main ke ni? Tunggu dia dekat luar yang macam yang aku ni wife dia. Sigh!

"Awak ingat saya ni isteri awak ke, hmm?" soalku pula. Malas dengan permainan dia pagi-pagi ni. Dah la pegang-pegang aku, lepas tu tak nak lepas pula.

"Saya boleh saja nak jadikan awak isteri saya kalau saya nak," katanya bersahaja. Bertambah sinis senyumnya. Memang sah manusia ni kurang kasih sayang. Ingat kahwin benda boleh bawa main-main ke?

"What you say, darling?"

Ditekanya perkataan darling itu. Aku menghembus nafas berat. Ini kalau tolak lagi, makin lama drama aku dengan dia dekat sini. Terima sajalah.

"Ialah-ialah saya tunggu awak." Malas dah aku nak bersuara sekarang ni. Baik aku ikut saja cakap dia.

Mahu tidak mahu. Aku ikut apa yang dia nak. Dia nak cabar aku kan. Ingat aku ni jenis penakut ke nak terima cabaran orang. Ni Alieya Maisarah la! Bukan sebarang manusia.

Dia melepaskan genggamannya. Terus aku membuka langkah keluar dari dalam biliknya dan menunggunya untuk turun bersama. Buatnya dia lebih-lebih nanti dekat aku baik aku keluar dulu.

𝙰𝙻𝙸𝙴𝚈𝙰 𝙼𝙰𝙸𝚂𝙰𝚁𝙰𝙷: 𝚃𝙷𝙴 𝚂𝙴𝙲𝙾𝙽𝙳 𝚆𝙸𝙵𝙴'𝚂 | Hiatus Where stories live. Discover now