KERETA diletakkan di garaj, ketika itu aku sudah balik ke rumah. Akhirnya balik juga aku setelah satu jam tersekat dalam rumah tu. Niat nak hantar baju aje last-last, hmm... Boleh gila aku dekat rumah tu. Kaki melangkah ke depan pintu. Diketuk dan cuba untuk dibuka
Tuk... tuk... tuk...
Pintu terkunci, tiada jawapan diberi. Aku pelik. Mama jalan ke? Tak mungkin. Mama selalunya akan beri tahu kalau dia jalan ke tak. Jangan cakap dia jalan tak bagi tahu aku. Telefon dicari, mendail nombor mama.
"Assalamualaikum Lieya..." mama bersuara.
"Waalaikumussalam, mama dekat mana?" tanyaku sambil mengipas mukaku yang sudah berpeluh. Panas.
"Maaf mama tak bagi tahu Lieya yang mama keluar sekejap, kunci mama letak tempat biasa, kalau nak makan mama dah masak tu tinggal makan aje."
"Hmm... ialah assalamualaikum," kataku dengan malas.
"waalaikumussalam." panggilan antara aku dengan mama terus mati. Hmm. Home alone la aku jawabnya.
Kunci yang mama katakan dicari. Dalam pasu bunga. Semua orang pun buat macam ni kan, aku tak hairan. Jumpa sahaja kunci terus aku buka pintu.
"Assalamualaikum..." aku memberi salam. Biar pun tak ada orang dekat rumah kita kena juga beri salam pada malaikat yang sudah menjaga rumah kita.
Anak tangga dinaiki. Aihh penatnya aku, kenapa la bilik aku dekat atas? Nak tak nak kena naik la juga. Sampainya di dalam bilik, telefon aku letakkan di atas meja lalu mengambil tuala untuk membersihkan diri. Melekit badan dengan peluh, tak selesa aku. Selepas tiga puluh minit aku membersihkan diri, baju dicari di dalam almari untuk dipakai. Jangan tanya kenapa lama, biasalah kami ni perempuan.
Perut berkeroncong. Aihh masa ni la kau nak aku makan perut. Bagi la aku rehat dulu baru makan. Tidak dapat tidak, aku kuatkan saja kakiku untuk turun ke tingkat bawah cari makanan yang mama cakapkan tadi. Tudung saji dibuka, tiba-tiba selera makanku membuak. Kalau mama yang masak, memang naik selera aku untuk makan. Ayam masak merah adalah kegemaranku.
Pinggan dicari dan diambil. Nasi dikaut Eee... tak banyak pun satu pinggan besar aje. Hehe. Jangan kecam aku memang macam ni. Sudah siap dikaut apa semua. Tinggal makan.
"Bismillah..." baru sahaja aku ingin menyuapkan ke dalam mulut tiba-tiba,
Tuk... tuk...
Tanganku berhenti seketika. Aihh... baru aje nak masuk dalam mulut ada orang datang pula. Makanan dijatuhkan semula, badan dibangunkan daripada duduk ingin mencuci tangan. Habis cuci tangan kaki melangkah ke arah pintu. Siapa pula yang datang ni? Daun pintu dibuka.
"Hai..." Sarah berdiri tepat di depanku. Dengan senyumnya itu aku terkejut. Lalu dia memelukku. Sungguh tidak disangka.
"Kenapa datang?" tanyaku, dahinya berkerut mendengar soalanku.
"Bukan kau ke yang ajak aku datang pergi rumah kau kelmarin," jawabnya. Aku berfikir sejenak mengimbas kembali memori kelmarin. Jari dipetik, kepala dihentak menggunakan tangan. Memang aku ada ajak dia. Aihh pelupa betul aku ni.
Kami berdua ketawa dengan kelakuanku.
"Mari masuk," aku mempelawanya untuk masuk ke dalam rumah. Dia macam teragak-agak untuk masuk.
"Boleh ke?" soalannya itu buat aku ketawa hambar. Apa punya soalannya yang dibaginya ni? Aihh. Sungguh geli hatiku mendengar soalan itu
"Dah kenapa pula tak boleh, beliau aku bukannya ada pun mamaku keluar, papaku kerja." Meyakinkan dia untuk masuk. Dia masih berdiri tidak bergerak. Aku menarik tangannya. Biarlah kalau terjatuh pun yang penting dia masuk. Haha.
![](https://img.wattpad.com/cover/359457572-288-k680978.jpg)
YOU ARE READING
𝙰𝙻𝙸𝙴𝚈𝙰 𝙼𝙰𝙸𝚂𝙰𝚁𝙰𝙷: 𝚃𝙷𝙴 𝚂𝙴𝙲𝙾𝙽𝙳 𝚆𝙸𝙵𝙴'𝚂 | Hiatus
Romansa-𝟷𝚜𝚝 𝚜𝚝𝚘𝚛𝚢- 𝙵𝙰𝚁𝙸𝚂𝙷 𝙰𝙳𝚁𝙸𝙰𝙽 | 𝙰𝙻𝙸𝙴𝚈𝙰 𝙼𝙰𝙸𝚂𝙰𝚁𝙰𝙷 𝙾𝚏𝚏𝚒𝚌𝚒𝚊𝚕 𝚍𝚊𝚝𝚎: 𝚂𝚝𝚊𝚛𝚝: 𝟸/𝟷/𝟸𝟶𝟸𝟺 𝙴𝚗𝚍: