AM: TSW| BAB 15

22 2 0
                                    


BEBERAPA hari sudah berlalu selepas kejadian aku pengsan dekat universiti. Tiba la hari di mana kumpulan kami akan membentangkan kami punya tajuk iaitu sejarah tentang kimia. Aku masih lagi merasa bersalah sebab tak dapat tolong. Nanti aku minta maaf dekat dia orang lepas habis bentang.

Habis sahaja kumpulan sebelum kami membentang tiba la aku dengan tim aku untuk membentang.

"Okay last group for today," panggil sir Farish. Terdengar kumpulan kami dipanggil terus semua berdiri. Kaki menuju ke depan dewan untuk membentang. Aku pandang kumpulanku. Riak wajah mereka semua tenang. Mungkin dah biasa buat pembentangan kut. Sebab itulah tenang.

Sampai saja depan dewan aku pusingkan badanku melihat semua orang. Gulp! Teguk air liur aku tengok semua orang. Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk menenangkan diri. Aku tak biasa membentang semua ni. Sebab tu la aku gementar.

Irsyad mengurus dahulu bahan yang dia buat sebelum membentang.

"Kau okay tak?" soal Sarah.

Aku angguk.

"Alah cakap aje macam biasa, boleh tu." Sarah memberiku semangat. Tapi masalah aku tak biasa nak cakap depan orang. Banyak lagi tu! Bukan sikit weh.

Ditengah aku cuba untuk tenangkan diri. Irsyad sudah pun siap mengurus semua. Terpapar la bahan yang kami ingin bentang. Hati aku semakin takut melihat semua orang. Cepat betul lelaki ni buat kerja. Tak sempat aku nak tarik nafas dalam-dalam.

"Baik la boleh mula," arah sir. Terus saja Irsyad memulakan pembentangan. Yakin betul dia bercakap depan orang. Dengan suara dia yang penuh keyakinan itu buat aku kagum.

Satu-satu kami bercakap ikut part kami masing-masing. Aku paling akhir. Lebih spesifiknya satu kali dengan penutup aku punya bahagian. Habis sahaja bahagian Irsyad. Adam pula menyambung. Dia juga sama. Suara dia penuh dengan keyakinan. Memang dia orang ni tak malu cakap depan orang ke? Ke sifat malu dia orang memang dah tak ada?

Habis bahagian Adam Sarah pula yang sambung. Makin berdebar la aku dibuatnya. Tangan aku dah berpeluh. Air luar tak habis-habis aku teguk. Nafas aku cuba untuk kawal. Semangat cuba untuk dikumpul. Biarpun tak boleh sebenarnya.

Masa tengah Sarah menerangkan tiba-tiba ada mesej masuk dalam telefonku. Aku mengeluarkannya dari dalam poket. Whatsapp dicari. Dan ditekan.

Ada mesej dari sir Farish. Terus aku angkat mukaku dan melihat ke arahnya. Dia sedang melihat aku. Aku tekan mesejnya itu. Dan melihat apa yang di mesejnya.

Don't be so nervous you can do it!

Lepas aku baca mesej itu aku pandang dia balik. Senyum dilakarkan olehnya. Dia nak bagi aku semangat rupanya. Aku balas balik senyumannya. Dengan seikhlas hati aku. Aku kena berterima kasih dengan dia lepas ni.

Habis sahaja bahagian Sarah. Tibalah waktu aku yang mengambil bahagian. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka mulut. Mata mencuba untuk melihat semua orang.

Dengan perlahan aku bersuara. Dan memberi salam. Suara cuba untuk dikawal dari tersasul. Satu-satu aku cuba terangkan pada semua orang. Tidak lupa senyum juga hadir ketika aku menerangkan.

Beberapa minit berlalu habis sudah pembentangan kami.

"That's all from us thank you," kataku bagi mengakhiri pembentangan kami. Finally! Habis juga. Aku menghembus nafas lega.

"Good," tutur sir Farish sambil memberikan tepukan. Terus saja satu dewan memberikan tepukan. Aku melakar senyuman bahagia. Tak sangka perjuanganku melawan malu akhirnya menjadi satu hasil yang tak disangka.

𝙰𝙻𝙸𝙴𝚈𝙰 𝙼𝙰𝙸𝚂𝙰𝚁𝙰𝙷: 𝚃𝙷𝙴 𝚂𝙴𝙲𝙾𝙽𝙳 𝚆𝙸𝙵𝙴'𝚂 | Hiatus Where stories live. Discover now