"Kami rasa ini adalah apa yang terbaik untuk kamu." Tenang Puan Baek menuturkan hasratnya.
Tapi lain pula dengan Baek Areum, duduknya sudah tidak senang mendengar apa yang baru ibunya khabarkan.
"Ibu, boleh tak jangan nak main-main soal kahwin ni. Areum kan masih muda, banyak lagi hal yang Areum nak buat selain kerja gila ni."
Terkejut bukan kepalang dirinya apabila ibu dan bapanya menyatakan hasrat mahu mengahwinkan dia dengan anak lelaki kenalan dia apa entah.
Memang taklah dia akan setuju. Itu cari nahas namanya. Tak sampai sebulan pun lagi dia menamatkan zaman persekolahnya, sudah ada berita yang dia akan dikahwinkan, like bro this is not funny.
"Ibu dan ayah tak main-main kami memang akan kahwinkan kamu dengan anak kenalan kami. Keluarga belah pihak lelaki pun dah setuju. Bulan dengan kamu dan dia akan kahwin jugak. Sebarang bantahan tak diterima." Tegas Puan Baek.
Suaminya di sebelah memang tak nak masuk campur dalam urusan itu. Dia hanya memerhati dalam diam. Biarlah isterinya yang memberitahu semuanya kepada anak gadis mereka.
"Areum tak naklah ibu ayah. Areum masih muda mana pandai Areum nak uruskan rumah tangga. Kalau bercerai nanti siapa yang malu? Ibu dan ayah pun dapat tempias."
Dia langsung tak boleh nak bayangkan bagaimana kehidupannya selepas berkahwin. Gembirakah dia?
"Jadi, pastikanlah yang kamu dan dia tak bercerai. Kamu tak malu ibu dan ayah pun tak dapat tempiasnya." Tambah Puan Baek.
"Ibu dan ayah tak sayang Areum ke? Tak nak jaga Areum lagi? Sebab tu ibu dan ayah nak Areum kahwih cepat?" Hampir air matanya tumpah ke pipi tapi ditahannya.
"Areum, disebabkan ayah dan ibu sayangkan kamulah kami buat keputusan ni." Encik Baek cuba menenangkan anak gadisnya. Memang diantara dia dan isterinya, dialah yang paling rapat dengan Areum.
"Sudahlah ayah ibu Areum penat. Areum nak rehat dulu dalam bilik. Areum pergi dulu."
Aku langsung tak hiraukan akan pujukan ayah. Aku fikir ayah akan menyokongku nampaknya sebaliknya yang berlaku. Terus je aku menonong ke bilik dengan seribu satu perasaan.