ii.

13 1 0
                                    

"Seriuslah, diorang nak kahwinkan kau dengan anak kenalan diorang ?" tanya kawan baiknya, Yeoun.

"Yelah, takkan aku nak main-main hal kahwin ni. Dahlah melibatkan masa depan aku."

Dalam hatinya sudah rasa geram yang amat apabila mengenangkan hal yang terjadi semalam.

"Tapikan, macam tak masuk akal langsunglah berita perkahwinan kau ni, terlalu tiba-tiba." Berkerut dahi Yoeun cuba menghadam apa yang baru sahabatnya khabarkan.

"Jangan tanya aku, memang aku langsung tak tahu pasal hal ni sampailah ibu dan ayah aku cakap. Entah bila diorang bincang pasal ni pun lagilah aku tak tahu." Katanya bernada kesal.

"Alah, tak payah susah-susah fikir, kau kahwin je dengan pilihan ibu dan ayah kau tu senang. Dua-dua belah pihak bahagia."

Hampir tersembul biji mata aku dengar apa yang dia ni cakap.

"Bahagia kau cakap? Kau ni otak kat mana, ibu dan ayah aku memang bahagialah kalau aku setuju, tapi aku ni, mana datangnya nak bahagia bagai."

Menggeleng kepala jadinya dengan Yoeun yang tak tetap pemikiran ni.

"Betullah apa yang aku cakap.Kalau kau setuju dengan semua ni ibu dan ayah kau pasti bahagia. Kau tak nak ke tengok diorang bahagia dengan pilihan diorang?"

"Aku tak tahulah kau sebelahkan siapa sekarang ni, aku ke diorang? Kalau diorang bahagia aku ni macam mana? Siapa nak fikir pasal perasaan aku? Kalau dapat suami baik tak apa jugak kalau kat depan je baik buat apa?"

Dia rasa tak ada gunanya dia berkunjung ke rumah kawan baiknya kalau Yoeun pun sebelahkan ibu bapanya.

Yang nak kahwin dia bukan mereka mana diorang faham apa yang aku rasa. Empangan air mata aku hampir pecah tapi tetap jua aku tahan. Aku tak mahu nampak lemah depan sesiapa. Ni bukan diri aku.

"Areum, aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau tapi ni semua demi kebaikan kau jugak."

Aku geleng kepala.

"Sudahlah Yoeun. Aku nak balik. Cakap kat ibu kau aku tak jadi nak makan tengahari kat sini." Baik aku angkat kaki sebelum perasaanku pecah di hadapan Yoeun.

Perlahan-lahan aku melangkah meninggalkan bilik tidur Yoeun.

Panggilannya aku hanya abaikan. Tunggulah sampai hati ni memujuk dirinya sendiri.

♡₊˚ 🦢・₊✧⋆⭒˚。⋆

Selepas kelibat Areum hilang Yoeun melepaskan nafas yang berat.

"Eh, Yoeun. Mana Areum ? Dia dah balik ke ? Bukan dia kata nak makan tengahari kat sini, ke ?"

"Entahlah, ibu. Dia kata ada hal penting nak kena buat. Maklumlah bakal pengantin baru." Selamba je dia berkata-kata.

"Ish, kamu ni ada ke nak cakap macam tu." Menggeleng Puan Chae.

"Ibu tunggu je nanti kad jemputan sampai. Baru ibu nak percaya cakap Yoeun."

Dalam hatinya bersorak riang. Padan muka kau Areum. Baru kau rasa akibatnya rampas kekasih hati aku.

Sambil mengukir senyuman yang hanya dia fahami.

Tyuji Swan 재윤Where stories live. Discover now