vi.

10 0 0
                                    

Selepas berhari-hari berlalu, satu habuk pun langsung tak masuk dalam kepala. Punyalah dah lama dia rancang untuk batalkan perkahwinan ni, tapi dia langsung tak ada idea supaya ibu bapanya setuju dengan pilihan dia.

Dalam keadaan kepala yang berserabut, tetap juga aku meliarkan pandangan pada dewan majlis yang hampir siap. Di sinilah tempat aku akan dikahwinkan dengan lelaki yang aku tak suka tak lama lagi.

Semakin lama hari itu akan tiba, hati aku menjadi semakin berdebar-debar. Perasaan aku buntu sekarang ni. Makan dan minum pun aku dah tak selera, sampailah ibu paksa aku makan itu pun hanya untuk alas perut.

Sampaikan pada tahap, aku mahu melarikan diri dari semua ini. Ya, memang aku pernah terfikir pasal tu. Tapi, dalam masa yang sama aku kena fikir tentang keluarga aku juga. Kalau aku melarikan diri, bukan aku sahaja yang kena tempias tapi mereka juga.

Cincin di jari aku lihat. Cincin ini adalah cincin tunang kami berdua. Tanda bahawa aku sudah dicop barangkali.

Sekarang, aku terasa sangat tersepit. Tiada orang yang aku boleh luahkan perasaanku saat ini. Semuanya seperti menindas aku ke alam perkahwinan yang langsung aku tak ingini.

Bunyi deringan telefon menyedarkan aku dari perasaan resah ini.

Aku tahu siapa yang menelefon jadi aku hanya buat pekak sahaja. Siapa lagi kalau bukan si budak Niki tu. Dari hari dia tahu aku akan berkahwin, dia tak habis-habis cuba untuk berhubung denganku.

Aku kalau boleh buat masa ni, tak mahu ada sesiapa yang menyerabutkan aku. Kawan yang aku harapkan, Chae Yoeun pun mahu membelakangkanku.

Lagi-lagi apabila aku tahu yang Niki itu ada hati denganku memang aku tak layan dia sangatlah sebelum ni. Sebab tu sampai sekarang dia mahu menghubungiku. Tak putus asa langsung.

Namun, apabila melihat telefon itu tak henti-henti bergetar, akhirnya aku buat keputusan untuk mengangkatnya.

"Ya, kau nak apa lagi?" Keras nada yang aku gunakan.

"Areum, betul ke awak nak kahwin? Semua ni tipu, kan? Saya tak percaya semua ni." soal suara di hujung talian.

"Niki, tolong. Terimalah kenyataan. Aku akan kahwin tak lama lagi. Tolong jangan letak harapan pada aku lagi." Sebenarnya ini adalah salah satu sebab kenapa aku tak mahu perkahwinan ini berlangsung.

Niki adalah kawan rapat aku di sekolah menengah sekali dengan Yeoun. Kami bertiga ni memang rapat dari dulu lagi.

Namun, antara kami bertiga, aku dan Niki punyai hubungan hati yang serius. Kami berdua adalah pasangan kekasih dari zaman sekolah hingga ke hari ini. Tapi, itu semua tak mungkin akan kekal lama, kerana aku bakal berkahwin. Aku tak mahu menyeksa hati dia jadi biarlah ia berhenti di sini sahaja.

"Tak. Kau tak sukakan dia macam mana kau sukakan aku. Perkahwinan ni hanya berlandaskan arahan ibu bapa kau je kan?" Niki cuba untuk menidakkan kenyataan yang ada di depan mata. Dia tidak boleh menerima hakikat gadis yang disukai diambil orang yang entah apa-apa.

"Habistu kau nak aku buat apa? Ibu dan ayah adalah nyawa aku, aku tak boleh nak ketepikan diorang. Aku tak boleh." Boleh aku rasakan tubir mataku sudah memanas.

"Macam mana dengan perasaan aku, Areum? Kau tak fikir perasaan aku ke?" Niki tak habis-habis seperti mahu menyalahkan aku dalam urusan ini. Seperti aku adalah penyebab segala-galanya.

"Sudahlah, aku malas dah nak bincang pasal ni." Habis je berkata-kata, Niki terus meletakkan panggilan telefon.

Saat ini, hanya sunyi  yang sudi menemani aku. Otak aku kosong, sepu. Jiwa aku entah terbang ke mana agaknya. Berlalu meninggalkan aku sendirian yang sudah mati rasa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tyuji Swan 재윤Where stories live. Discover now