Rasa tak percaya menyelubunyi diri, masih tak hilang walaupun sudah beberapa minit berlalu sejak kejadian tadi.
"Areum, kenapa dengan kamu ni, senyal je dari tadi? Sepatah haram pun kamu dah tak cakap lepas jumpa dengan bakal suami kamu tu." Ibu suarakan kesangsiannya apabila perasan anaknya senyap dan langsung nampak tiada mood tidak seperti mula-mula mereka sampai tadi.
"Ish, ibu ni. Areum ni memang macam ni pun." Dalam mahu menyedapkan hati ibunya, dia juga mahu menyedapkan hatinya yang resah.
"Ibu." Panggil aku.
"Hmm." Hanya guaman ibu sebagai jawapan untuk aku meneruskan kata-kataku.
Walaupun dalam keadaan ragu-ragu, aku tetap meneruskan apa yang tergantung tadi, "Ibu yakin ke nak kahwinkan Areum dengan laki macam tu?" Sambil jarinya menunjuk ke arah bakal ibu mentuanya dengan 'lelaki' itu berada.
Ibu memandangku dengan wajah tak puas hati. "Apa lagi yang kamu nak mengeluh ni, Areum? Budak tu baik apa, sopan santun, berbudi pekerti dengan orang tua. Muka dia pun kan kacak tu. Payah tau nak cari lelaki macam tu sekarang ni."
Sebab payahlah orang macam ni kita kena elak, ibu. Wajah je nampak suci murni macam tu, tapi untuk orang yang betul-betul kenal dia semua itu hanya penipuan yang sia-sia.
"Ibu, kalau nak tahu Areum kenal dengan dia dari sekolah menengah lagi. Dia tu nampak je baik tapi kat sekolah dia nakal sangat tau mak. Orang macam tu ke nak dijadikan suami? Makin rosak adalah Areum ni jadinya." Sedap betul dia mengutuk anak orang tapi apa yang dia kata semuanya betul dan tak ditokok tambah.
"Baguslah macam tu kamu pun dulu bukan main nakal lagi kat sekolah ada hati nak cakap kat orang lain. Lagipun, itu dulu sekarang ni dia dah dewasa fikiran dia pun mungkin lebih matang. Bukan macam kamu ni kecik sampai besar kamu fikir kamu je yang betul."
Hah, kan setepek dah kena. Padan muka kau, Areum!
Walaupun ibunya cuba meyakinkan dirinya, tapi hatinya tetap gusar bila tahu yang lelaki itu yang akan berkahwin dengannya.
Tak boleh jadi ni, aku kena buat rancangan. Perkahwinan ni hanya satu kesilapan yang akan membawa padah kemudian hari. Ya Areum, fikir!